Friday, September 14, 2007

Mengapa Aku Pakai Spek

Sehingga hari ini, berdasarkan bancian yang telah dilakukan, 40% undian mengatakan wajah saya bughuk nok mapuh memakai spek. Namun begitu, majoriti masyarakat setempat amat mengagumi wajah baru ini dan sering menghantar emel dan faks menanyakan apakah rahsia memiliki wajah seperti Anuar Zain. Tanya saja Eleanor Ezura, Aqilah Hasan apatah lagi Nurdatillah Hasim. Ingin tahu lebih lanjut? Click Read More.

Walaupun sebahagian besar undian yang positif aku yang undi sendiri, namun masyarakat setempat terutamanya gadis2 jelita tetap mengagumi wajah baru ini. Kamon bukannya aku nak pakai pun spek tetapi keadaan yang memaksa. Kisahnya bermula sejak 6 tahun dahulu, ketika aku form 5. Malam tu aku membaham nasi paprik. Tangan aku basuh tak pakai sabun agaknya. Pastu aku pun menggosokla mataku. Tiba-tiba...auummm auuuuuuu aku menyalak seperti serigala jadian. Sungguh pedih mataku masuk sambal. Kepedasannya yang lebih hangat daripada biasa membuatkan mata kananku menjadi kabur. Pastu esok aku pegila klinik sebab kehangatannya masih terasa. Doktor test mata mmg kanan x nampak ah. Pastu dia kata ini temporary dan aku ni memang rabun sebenarnya. Suck my balls ah doktor. Kemudian aku pun meneruskan kehidupan seperti biasa. Mata aku ok je lepas tu cuma kabur jela belah kanan tp aku blasah je gagah la katakan.


6 tahun kemudian, aku mula pening2. Mungkin tekanan kerja. Mungkin aku kelaparan. Mungkin akibat aku sudah boroi. 'Mungkin' lagu Anuar Zain. 'Mungkin Nanti' lagu Peterpan. 'Maybe' lagu Emma Bunton. Haa? Seperti biasa aku gagahkan diri juga. Tapi setelah pening2 ini berterusan selama 2 minggu aku pun mula risau. Aku pun google la 'pening-pening berterusan' banggg kluar barah otak pulak. Ahhhh. Esok terus pegi klinik. Doktor tanya aku rabun ke mama di blakang terus menjawab soalan itu dengan panjang lebar. Dia kata selama ini bata kiri aku yg balancekan kekaburan mata kananku. Setelah tamat bebelannya (mama dan doktor) aku pun terus dibawa ke kedai spek di bintang (formerly known as warta). Cek2 sbelah kiri 25 sbelah kanan 275 haa haa. Maka hari ini genaplah 2 minggu aku memakai kacamata. Peace.



3 comments:

L a L a said...

teruk betul sambal paprik tu.. samala kita,,i pun da 280 belah kiri.. berbuka puasa?? mau belanja??

Idlan said...

oh ijai yang kacak berkaca mata. aku dah puji ni plis jangan passing blog aku kat amat suduh itu, terima kasih.

Mohamad Faizal said...

haa haa bakpe nak bgtau shuduh di blog akak abela tempat saya melihat gamba2 abe yg aib

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...