Sunday, September 23, 2007

Top Ten Tv Shows

Abang T-Bag sudah kembali. Jaga2 bontot korang. Abang Hiro akan kembali next week. YATTAAAAAA!!! Auntie Bailey menyusul dengan jeritan " YA'ALL GOTTA DO YOUR ROUNDSS". Nasib penduduk perkampungan Jericho juga bakal diketahui tidak lama lagi. Seterusnya dapatkah Abang Earl terus mengamalkan hukum karmanya? Adakah cinta suci Abg Sawyer dan Akak Kate akan dirahmati tuhan? Yaa akhirnya kehidupan kita akan kembali bermakna dengan kembalinya siri2 tv amerika yang bisa melalaikan kita yang sedia lalai. Top Ten Tv Shows. Klik tajuk ataupun Read More.


Yaaaaa penantian itu satu penyeksaan. Setelah hampir empat bulan berpisah dengan surirumah2 tua yang masih solid punggung mereka dan intern2 pembedahan yang tidak pernah lekang dengan masalah, akhirnya kita tidak perlu lagi mengikuti siri gusti TNA yang ada Kurt Angle dan Sting. Marilah kita membazirkan bandwidth ofis mendonlod cerita2 ini. So here's my top ten favorite (modern) tv shows.

1. Alias
Uuuuu uuuu uuuu ukkk uuuu uuuu wooo uuuuu uuuuu uuuuuuu uu u uuuuu. Ini ialah bunyi kesedihan aku kerana siri tv yang PALING BEST di cakerawala ini telah ditamatkan. Sydney Bristow ialah gadis idaman setiap lelaki dan sesetengah lesbian kerana mampu memenuhi fantasi seksual mereka. Setiap episod Alias dipenuhi dengan aksi2 pergaduhan yang menarik, bersama gajet2 inovatif untuk membantu Syd dan rakan2 menyelesaikan misi mereka. Terdapat juga watak2 antagonis yang menarik seperti Anna Espinosa (Syd's arch enemy), Irina Derevko dan feveret saya Julian Sark.

2. Heroes
Siri televisyen heroes berjaya menambat hati saya sejak episod pertama lagi. Mula2 saya menyangka ini ialah klon x-men ataupun siri bangang mutant-x. Well, adala sikit2 namun begitu teknik penceritaannya dan cara hero2 dan heroin bermain dengan emosi penonton disertai dengan efek2 visual yang memukau membuatkan saya terus ketagih. Jika saya seorang Hero, saya ingin menjadi Matt Parkman (tak acila jadi Peter/Sylar). Boleh membaca hati orang di surau nak tengok diorang khusyuk ke tak ataupun asyik berfikir macam aku "bilaaaalaaaa nak abesss dia baca ni" (surau aku buat doploh xleh salahkan aku).

3. Lost
Lost sudah masuk season 4. Di season 4 flashback kini akan diselang selikan dengan flash forward setelah diorang keluar dari pulau pinang. Masih banyak lagi persoalan yang masih belum terjawab. Apakah entiti ghaib dan asap hitam yang selalu mengganggu penduduk lost itu? adakah akibat global warming mahupun gangguan iblis? Siapakah sebenarnya Walt? Adakah cinta Kate terhadap Sawyer benar2 suci ataupun sekadar cemburu dengan Jack? Teka teki sebeginilah yang membuatkan saya marah di samping tertunggu2 episod seterusnya. Tetapi season ini kita tidak dapat lagi mendengar lagu You allll everybodyyy dendangan Drive Shaft di atas kematian wira kita Abang Charlie...uuu uuu uuuu

4. Prison Break
Season 1, superb. Season2, bole tahan. Season 3 bagaimana? Episod pertama keluar minggu lepas. Persoalan mengapa encik scofield dihumban ke dalam sona telah terjawab kerana pihak syarikat (Company, haa haa) ingin beliau membebaskan seorang tahanan misteri di dalam sona. Ohh mengapa bellick dijadikan macai di dalam penjara? sungguh kasihanku melihatnya. Ohh buat korang yang tak tengok lagi padan muka terbaca spoiler haa haa. Watak kegemaranku dalam siri ini ialah abang T-Bag.

5. Family Guy / South Park / The Simpsons / American Dad
Lawak bodoh. Toilet humor. Fart Jokes. Celebrity bashing. Pop culture reference. Ohh aku gemar.

6. Grey's Anatomy
Yes ladies, I watch Grey's. I know mekdrimi mekstimi. Sungguh gay. Tapi jangan nak berbohong korang jantan2 dayus yang lain pun tengok jugak. Siapa tidak suka soap opera telenovela tentang percintaan, karier, adultery, kecurangan, seribu penyesalan...hilanggg.

7. Jericho
Cerita ini sungguh bosan di awal musim. Namun sedikit demi sedikit, kesengsaraan penduduk bandar Jericho mengharungi kehidupan di zaman post apokalips berjaya menambat hatiku untuk terus menonton.

8. My Name Is Earl
Brilliant(mulala tu malas nak menaip).

9. Arrested Development
Lucu. Tapi dah tamat. The Bluths...the most dysfunctional family in tv...well after the griffins and the simpsons of kos. Watak kegemaran aku ialah Gob dengan fuiiyoo magiknya yang sering tak jadi, joget ayamnya yang pasti membuatku tak kering gusi hee hee hee. One of the funniest scene was when all the bluths did the chicken dance...but gob was too late to join. haa haa.

10. Mis Tres Hermanas.
Drama percintaan remaja zaman2 kita. Lisa purfauro es to morientes fernando torres.

Sekian. Selamat bersahur. Habaq mai la kat ceq ang punya cita lak.




1 comments:

Idlan said...

ah! aku cinta padamu hiro nakamura (

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...