Monday, October 15, 2007

Hari Raya Sucks

Hari Raya menjadi buhsan sejak tahun 2000. Why? Kerana aku tiada kampung. Even if aku still ada kampung, kampung aku terletak di Bandar Baru Selayang, K.L dan Serdang .40 minit dan 15 minit perjalanan menaiki kereta, kalau naik roller blade lambat sikit. Atuk dan nenek aku telah tiada, maka tiada lagi family gathering di antara sanak saudara di bawah satu bumbung. Maka hari rayaku pada setiap tahun akan disambut seorang diri di bandar baru bangi yang tercinta. Ingin tahu rutin rayaku setiap tahun? Klik Read More ataupun tajuk.

1 Syawal (tahun ini dan tahun2 sebelumnya sama saja, bezanya pada baju raya saja)
Pagi: Bangun tido - Mandi - Pakai baju baru/tahun lepas - Semayang raya - Pegi kubuq atuk/uwan dan nenek/atuk - Pegi rumah Mak Long di seksyen 1.

Tengahari: Pergi Kg Pandan umah nenek pinjam, ngan Ampang.

Maka tamatlah 1 Syawalku.

2 Syawal
Pagi: Pergi rumah Atuk no 2 di kelang, Rumah Mak Ngah ngan rumah Pak Long di Shah Alam.

Maka tamatlah 2 Syawalku.

3 Syawal
Beraya di panggung wayang berdekatan bersama Ahmad Shuduh. Antara cerita2 yang kami lihat di Hari Raya tahun2 sebelumnya ialah filem2 bangsat seperti Gila Bola lakonan Dr. Fazley mahupun Rock arahan Mamat Khalid. Mungkin esok terpaksa menonton cerita Otai. Tiada tiket...kami terpaksa.

Begitulah rutinku setiap tahun. Untuk korang yang masih mempunyai kampung, pulanglah berhari raya dengan gembira. Nanti apabila telah tiada barulah korang terasa. Sehingga terpaksa meluahkan kegayan masing2 di blog. Tetapi tahun ini raya menjadi semakin buhsan kerana statusku tidak melayakkan diriku ini untuk mengumpul duit raya. Ehh tunggu. I am currently unemployed because I have quit my beloved Idwal Systems Sdn Bhd. (jeng jeng jeng). Yesss dengan alasan itulah aku still berjaya memperoleh rm15 setakat ini. Dengan alasan itu jugalah aku berjaya mengelakkan diri dari memberi wang kepada saudara2 terdekat berserta ibu bapa mereka. Namun begitu aku telah menjanjikan mesin menjahit dan set memancing baru untuk Pak Long dan Mak Long di Shah Alam serta rantai emas dan baju golf untuk Pak Long dan Mak Long di Bangi sebagai habuan raya tahun hadapan. Cis kerana mulut badan binasa. Takpe next year diorang lupala tu haa haa. Hmm oklah Selamat Hari Raya kawan2, maaf zahir saje. I lap u all. U all lap me x?



3 comments:

nur khadijah said...

aiyo muhammad faizal yang kacak..den lupa nk memberi pujian di hari raya dari perantauan. kalau tidak, mesti ur hari raya tak sucks sangat kan ;) anyway, selamat hari raya(wpun lambat 4 hari)! maaf zahir dan batin.

Mohamad Faizal said...

haa haa thanks nur khadijah johari nanti saya anta buluh untuk dibuat lemang di perantauan k

Idlan said...

kau buat aktiviti gay apa lagi dengan amatsuduh?

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...