Wednesday, October 10, 2007

Top Ten Raya Songs

Yayyy yayyy dah nak raya. Tetapi raya ini takkan bermakna tanpa dendangan lagu2 raya klasik dan moden. Sehingga kini, terdapat 288 buah lagu raya yang telah dicipta sejak zaman Jahiliyyah hinggalah zaman globalisasi ini. So here's my Top Ten Raya songs of all time. Tett tenettet tet tenenet tenenet (2x). Click the title or Read More.

1. Musafir di Aidilfitri - S. Jibeng
This is probably the syahduest raya song ever made. Gemaaaaaaa damnn meremang bulu ketiak tatkala mendengar verse pertama lagu itu. The cover by ruhil amani was okay but nothing beats the original.

2. Satu Hari di Hari Raya - M. Nasir
I'm sure this song will be in everyone's top ten. Dengarla patblas kali berturut2 pun pasti tidak bosan.

3. Raya - Jalil Hamid
"Bila sebut pasal raya semua ingat hari raya tapi janganlah pula kita lupaaa. Ada 1001 kata berkait dengan raya selain hari rayaaaa....." Haa haa a different take on Hari Raya. Bukan setakat hari raya, jalan raya, kaya raya, puduraya, bunga raya, hantu raya suma ada.

4. Seloka Hari Raya - Uji Rashid dan Hail Amir
Tiada pasangan di dunia ini yang dapat mengatasi chemistry antara mereka tak kirala diorang tu nurul dan ajai dulu2 ke, yusry dan erra dulu2 ke apatah lagi achik spin dan siti nordiana.

5. Malam Kita - KRU
Haa haa ini kira lagu raya ke? aku pun tak tahu. Yela lirik dia begini, "Ohh sepurnama kita tempuh dugaan penuh kesabaran, kini tiba sekali lagi hari yang dinanti tiba pasti...". Tak kira aku fanatik KRU sejak sekolah rendah lagi.

6. Cahaya Aidilfitri - Black Dog Bone
Nama band sudah menakutkan tapi lagu rayanya menjadi instant classic ketika mula2 direlease 14 tahun dahulu (fakta tak benar, men blasah je ni).

7. Lebaran Ini - Raihan, Nowseeheart, Rem & Ajai
Suara Rem meneran sungguh real tatkala rakaman di studio majalah mangga mengatakan Rem tercirit sedikit sehingga mengalir ke lutut.

8. Bergema Takbir di Pagi Raya - 4u2c
Masa ni 4u2c gaduh ngan KRU biasalah tak matang lagi.

9. Menjelang Hari Raya - Dj Dave
Dj Dave sungguh kacak bergaya dulu dan sekarang menjadi kegilaan ibu bapa kita di zaman2 remaja dulu.

10. Aidilfitri - Sanisah Huri
Tak kenal? aku pun tak kenal. Tapi lagu dia camni, "Kini tibaa masanya berharii rayaa muslimin dan muslimat sembahyang bersamaaaaa..."

Yaa sekian saja Carta Raya tahun ini. Jangan diam saja habaq mai la korang punya lagu feveret lak. Ok Selamat makan lemang untuk anda sekeluarga. Peace..



2 comments:

Idlan said...

ah, dua lagu hari raya super syahdu syahdan tak ada dalam senarai kau ni jai. Dari jauh ku pohon maaf oleh sudirman, dan ku pohon restu ayah bonda oleh entahsapenetah. Mungkin sebab ia lagu pohon2. Tak lupa lagu Sepasang Kurung Biru oleh Khairil Johari Johar!

Mohamad Faizal said...

ku pohon restu ayah bonda mamat exist kot.

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...