Sunday, October 7, 2007

Why You Should Choose Idwal Systems

Formed in 1989 from a very modest beginning, Idwal Systems Sdn Bhd progressed 'organically' to an optimum level of preparedness to provide the best service to their clients. Idwal is registered with the Finance Ministry of Malaysia as a supplier of computer systems and services, with a paid up capital of RM1,000,000. Idwal has developed an excellent technical infrastructure backed by solid financial resources and management. Their experience cover a variety of IT services to do a wide spectrum of clients in various sectors; government, commercial, cooperative, semi government and educational purposes. Cool eh? Click Read More or the title. Ohh these are taken from the company's profile.

Ok so what's so cool about this company? After you read this I bet you will send your resume and be a part of Idwal Systems.

Pengurusan:
Supercool boss. Encik Hashim (bukan encik idwal ok) tidak pernah memaki hamun pekerjanya. Dia juga sentiasa mengambil berat tentang semua pekerjanya dengan bertanyakan progress projek dari semasa ke semasa. Jika berjumpa di kedai makan di waktu tengahari, jangan segan silu untuk mengorder makanan yang mahal2 kerana dia pasti akan membelanja. Isterinya Puan Faezah pula sentiasa ceria dengan gelak tawanya yang sering menghangatkan suasana pejabat.

Latihan industri:
Jika anda seorang pelajar, jalankanlah latihan industri anda di idwal systems. Anda pasti menjadi handal dan berguna kepada masyarakat kerana anda akan terlibat dengan projek2 besar seperti membangunkan courseware Kemahiran Cepat Menguasai Membaca dan Menulis (KCM2M) mahupun sistem kompleks MAIS dan MAINS. Pengalaman Flash yang diperoleh pasti dapat membantu anda mendapat A dalam projek akademik anda di tahun akhir nanti. Dan mungkin anda akan berjumpa dengan cinta anda di tempat praktikal.

Kesejahteraan hidup di akhirat:
Setiap hari jumaat, semua pekerja diwajibkan berkumpul dan membaca surah Yaasin. Tiada kompeni di Asia Tenggara ini yang mengamalkan aktiviti ini. Adalah bohong jika korang mengaku membaca Quran di rumah terutamanya jika nama korang adalah Mohd Jamil Fathi, Amir Rashidi, Saiful Izwan, Tengku Amir Afendi, apatah lagi Ahmad Fadhullah. Di bulan Ramadan yang mulia ini pula, idwal mengadakan tadarus al Quran setiap pagi yang buat masa ini Ahmad Fadhullah hanya pernah turun membaca sekali je. Idwal Systems sebenarnya tidak begitu popular berbanding syarikat lain kerana, Idwal Systems TIDAK mengamalkan rasuah dan riba. Gaji pekerja dibayar melalui bank Islam jadi kita tidak perlu risau tentang hukum halal dan haram. Dari semasa ke semasa, bos akan memberi tazkirahnya agar kita tidak lalai dan alpa dalam meneruskan kehidupan ini.

Pemakaian:
Jika anda berada di bahagian multimedia, anda akan berasa sungguh gembira kerana anda bebas memakai apa saja, asalkan menutup aurat. Anda boleh memakai seluar jeans, memakai selipar jamban, memakai t shirt family guy mahupun berbaju melayu lengkap dengan keris dan tengkolok.

Suasana kerja:
Rakan2 sekerja di idwal semuanya sekepala. Gurauan2 yang ekstrim yang dilakukan tidak akan disalah anggap sebagai gangguan seksual. Anda boleh mendengar stesen radio yang lain punya hangat beb sesuka hati. Anda boleh bermain ping pong di masa lapang. Dan jika tiada kerja, anda boleh install counter strike dan mengadakan lan party membunuh teman sekerja anda sambil mencarut2 kegembiraan.

Kemudahan:
Walaupun idwal systems tidak sebesar syarikat2 lain, (4 tingkat, still besaq noo), idwal systems menyediakan kemudahan infrastruktur yang lengkap. Tandas di setiap tingkat, surau, studio rakaman (atau tempat tidoq hee hee), bilik bacaan, bilik mesyuarat, meja ping pong, meja makan, peti ais, pc ram 2 gig core 2 duo, dvd mr and mrs smith dan macam2 lagila.

Nikmat2 lain:
1) Besday anda akan disambut dengan pizza hut, satey, kek serta pelbagai jenis kuih muih moden dan tradisional.

2) Bekalan pisang goreng dan keropok lekor setiap petang.

3) Perkhidmatan lebih masa akan dibayar. Setiap projek akan diberikan insentif.

4) Watak2 menarik seperti Abang Mat Nor dan Nor Akmal Hisyam.

5) 5 minit perjalanan dari rumah.

Jadi, tunggu apa lagi? Hantarla resume anda segera inilah peluang anda untuk mengecapi keamanan di dunia dan akhirat. Idwal sekarang memerlukan seorang multimedia developer kerana salah seorang pekerjanya yang paling berwibawa akan pergi. Min requirement, reti guna Flash, Photoshop, bole handle pressure, tak hensem pun takpe. Untuk keterangan lanjut sila lawati www.idwal.com.my







3 comments:

L a L a said...

wah wah..bukan main kamu mempromote ofis kamu yerr.. konon puji2 dapat gaji lebih la?? apa pun,, dis year jgn lupa buat open hse.. n sruh mama u buat sagu lagi ok??

Idlan said...

ijai, aku mendapat perkhabaran kau pergi membeli belah pakaian hari raya bersama pasangan gay kau pada hujung minggu lepas. bertaubatlah ijai. tinggalkan dia yang memang tidak dapat diselamatkan lagi itu (walaupun dia rajin iqamat semasa solat terawih).

Mohamad Faizal said...

ohh aqilah hasan rumahku sentiasa terbuka untuk kunjunganmu..

ohh akak abe, setiap tahun kami pasti bersama2 membeli belah di sogo walaupun hakikatnya dia tidak pernah membeli apa2

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...