Sunday, December 30, 2007

Congratulations Zed Diyana!

Buat mereka yang tidak tahu ataupun tidak dijemput sama sekali, kawan saya yang bernama Zed Diyana binti Zulkafli telah selamat diijabkabulkan dengan seorang ahli gusti yang nama pentasnya ialah Test. Tapi kalau nama betul Nizam Haris Md Ishak dan dia sebenarnya bukanlah seorang ahli gusti seperti yang digembar gemburkan. Majlis persandingan bagi pihak perempuan dilangsungkan pada hari Sabtu bersamaan dengan 29 Disember (akad nikah a day before, so i wonder if something happened in between haa haa haa). Aku sepatutnya bekerja pada hari itu, namun faktor kesihatan menghalang aku untuk pergi melayan kerenah pelanggan2 HP daripada Amerika Syarikat. Setelah berjumpa doktor dan mengambil ubat, aku gagahkan jua diri ini untuk bergembira di kenduri kendara (ade ke ayat camtu). Terharu tak Zed Diyana? Di post ini aku sertakan gambar2 perkahwinan untuk tatapan korang yang tidak dijemput ataupun teman2 rapatku yang tidak dapat hadir yang berada di luar negara seperti Adam Johari, Mohd Dazrul, Anas Mohd Mustafah, Nurhisyam Suhaimi dan Kenny G. Cis gambar aku sekeping saja. (Gambar2 ihsan RTM dan Amirah Alia).

Dari kiri: Suzana, Amirah Alia binti Abdul Jalil, Ahmad Shuhud Irfani Bin Zakaria, Mohd Jamil Fathi bin Jamaludin, Nizam Haris Md Ishak, Zed Diyana binti Zulkafli, Brad Pitt, Nurdatillah binti Hasim pun ada, Adliza Galah, Evi Vidyana, Malik Jackson (lihat tangannya begitu mesra berpaut pada bahu Am), dan Mohd Ikram bin Rahim. Klik Read More untuk gambaq2 seteruihnya.

Nikmatilah gambar2 selebihnya yang aneh kerana tiada gambar aku. Cis Alie (teman lelaki Amirah Alia) kau memang keji. Alie ialah photographer tidak berbayar yang bertanggungjawab mengambil gambar2 ini.

Sungguh gembira wajah mereka mengalahkan pengantin yang sudah letih melayan kerenah mereka yang asyik ingin bergambar. Dari kiri: Syifa, Maisarah, Bc, Zed, Yuya, Seri, dan gadis raksasa yang tidak ku kenal.

Ahh walaupun pedih hatiku asyik2 gambar Amirah Alia tapi nak buat bagaimana dah cameraman jejaka dia. Adakah korang tahu? Lagi 2 minggu Aizura binti Abdul Rashid (baju ungu) pula akan melangsungkan perkahwinan dengan jejaka badan tough dari Fitness First.

Sebenarnya banyak lagi gambaq tetapi sebab tiada wajah aku maka aku pun tak mahu dah nak letak. Gilak ah rakan2 sudah berkahwin. Giliran siapa pula selepas ini. Nahh ini ranking ramalanku siapa yang akan berkahwin selepas ini berdasarkan pengalamanku bermain bola baling sejak sekolah rendah.

1) Aizura - kompem lg 2 minggu
2) Adam Johari - bulan 8, 2008?? hukum kahwin: harus. Mampu memberi isteri nafkah zahir dan mungkin kadang2 batin.
3) Anas Mohd Mustafah - sudah bertunang. besar kemungkinan tahun depan juga.
4) Amir Rashidi - makruh berkahwin, mempunyai keinginan seksual yang tinggi tetapi belum cukup wang simpanan.
5) Mohd Dazrul - Dazu sudah ada gadis korang jangan main2 gadis sarawak tu dia sumpit baru tahu.

Tidak berminat untuk berkahwin: Zulkifli bin Ibrahim.

Sori Zed aku memang gemar membuat perangai sebegitu tak kiralah ini majlis perkahwinan anda. Ok later. Kawen jemputla aku menyanyi di majlis korang k. i lap u all.



5 comments:

Idlan said...

Tahukah kamu, ijai, bahawa suduh (bukan nama sebenar) demam sepulangnya beliau dari majlis perkahwinan tersebut? Jeng jeng jeng kenapakah?

P/S: Lawa betul capal kamu

dazrul said...

hahaa tgn malik di atas bahu ikram. ape maksud ko faizal ha ha

tahniah zed diyana dan nizam haris

Mohamad Faizal said...

akak abe: abe demam kerana risau masih tidak berkudrat zahir apatah lagi batin untuk berkahwin

dazu: apa yang berlaku antara mereka biarlah rahsia haa haa

zed said...

thanks ijai for coming and for your dedicated blog entry!

Mohamad Faizal said...

thanks for inviting and semoga berbahagia and mendapat at least 3 orang anak!

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...