Saturday, January 19, 2008

Serangan

Suatu malam yang hening, sekumpulan manusia sedang berpesta meneguk arak dan bergaul bebas antara lelaki dan wanita. Mereka mengadakan majlis perpisahan untuk seorang teman, yang ingin ke negara matahari terbit untuk mennggapai impiannya. Segala aksi, segala perbualan, segala-galanya dirakan dalam sebuah kamera video digital untuk dijadikan sebagai kenangan buat rakan tadi. Sedang mereka asyik dan leka berfoya-foya, tiba-tiba terdengar suatu letupan yang kuat dan disusuli dengan gegaran yang menggemparkan bangunan itu. Semua orang menjadi bingung dan kaget. Apa yang berlaku? Gempa bumi? Serangan pengganas berani mati? Ataupun kiamat sudah dekat? Pelbagai persoalan bermain di minda mereka. Perhatian mereka dicuri oleh siaran berita di televisyen menunjukkan sebuah kapal tangki minyak sadang terbakar dan terbalik. Lokasi kejadian adalah berhampiran dengan bangunan mereka, jadi mereka membuat keputusan untuk naik ke atas bumbung dan melihat kejadian itu dengan mata kepala mereka sendiri. BOOMM!!! Satu lagi letupan berlaku. Sebuah bangunan berhampiran mereka hancur dan terbakar. Mereka semua menjerit dan berlari bertempiaran ke semua arah. Sebaik saja mereka keluar dari bangunan itu, Masyaallah, berlaku kerosakan yang sangat teruk di bandar itu. Mayat-mayat bergelimpangan di sana sini. Manusia menjerit ketakukan dan kesakitan. Adakah benar tiupan sangkakala sudah dilepaskan? Klik Read More untuk mengetahui kisah selanjutnya.

Satu ngauman yang kuat kedengaran di udara. Roarrrr!!!! Roarrr!!!! (2x). Rabbani, Shuhud, Laili, Jasmi dan Marlina bersama penduduk2 di bandar itu ingin melarikan diri dari bandar itu dengan menuju ke jambatan berhampiran. Tiba-tiba telefon bimbit Rabbani berdering. Gadis yang dicintainya, Eliza, mengadu kesakitan dan tidak dapat bergerak. Rabbani membuat keputusan untuk kembali mendapatkan gadis yang dicintainya. CRUSGHHH!!! Jambatan itu roboh. Jasmi turut hilang ke dalam laut bersama kepekatan malam. Rabbani, Shuhud, Laili dan Marlina membuat keputusan untuk meneruskan perjalanan menyelamatkan Eliza tatkala orang lain cuba meninggalkan bandar itu. Pihak tentera telah tiba untuk menenangkan keadaan. Dentuman dari kereta kebal kedengaran, tembakan dari senapang automatik dilepaskan bertubi-tubi ke arah sesuatu. Sesuatu yang besar. Sangat besar.

Mereka berempat menuju ke arah laluan keretapi bawah tanah. Berbekalkan lampu pada kamera video mereka, mereka menuju ke arah terowong yang gelap. Kelihatan tikus2 sedang melarikan diri dari sesuatu. WARGHHH!!!! Mereka diserang sesuatu yang kelihatan seperti serangga mutan. Marlina digigit oleh binatang keparat itu. Mereka menyabung nyawa untuk menyelamatkan diri masing2. Akhirnya mereka berjaya melarikan diri dan dijumpai oleh pasukan tentera. Muka Marlina kelihatan pucat. Darah mengalir dari mata dan seluruh tubuhnya. Pihak tentera cuba mengasingkan Marlina tetapi tubuh Marlina hancur secara tiba-tiba. Rabbani, Shuduh dan Laili yang dalam ketakukan meneruskan perjalanan. Aduhh dah pukul 7.30 aku nak semayang maghrib nak pegi keje. Malas pulak aku nak sambung menaip. Takpe biar aku abeskan cerita. Diorang selamat kan Eliza, Hud meninggal dimakan raksasa, Rob ngan Beth (Eliza) mati kot last2 sebab tentera Amerika mengebom bandar itu. Sekian saja spoiler aku untuk korang buat filem yang paling hebat tetapi endingnya membuat kita tak puas hati dan mencarut untuk tahun baru ini, Cloverfield.

Assalamualaikum.



0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...