Friday, February 1, 2008

Top Ten Coolest Shirt

Woohoo Top Ten is back. Bersedialah untuk berasa jeles dan cemburu melihat koleksi tshirt2 ku yang kool lagi bergaya ini yang tidak boleh dibeli dengan wang ringgit (melainkan wang ringgit yang banyak, kita bole bincang). Btw post ini tidak sama sekali berniat untuk bersaing dengan superrolling.blogspot.com ataupun atiecollection.blogspot.com. Well not this time. Hee hee. Click Read More or the title.

1) Family Guy - No Fat Chicks
Ohh this is the coolest tshirt ever. Tiada orang lain yang lebih kool di Asia ini melainkan aku kerana memiliki tshirt ini. Ramai gadis yang tersinggung dengan mesej yang disampaikan oleh Peter Griffin ini dan meninggikan suara mereka terhadap aku. Kamon, bukan aku yang cakap mengapa korang mahu terasa hee hee. Kredit kepada Adam Johari yang membelikan aku pakaian yang kool ini. Korang toksah carikla kat pasar malam ke kedai bundle osama ke tak jumpa punya.






2) The Simpsons - Ladies Man

Yesss gadis2 yang cantik dan comel semestinya sudah mengetahui hakikat yang aku ni memang seorang ladies man yang sopan dan gentleman walaupun ketika aku tidak berbaju dan berperut boroi (takla boroi sangat) seperti abang Homer. Sekali lagi aku katakan, toksah cuba2 mencari baju ini di kedai2 berhampiran kerana korang pasti akan mengalami trauma dan kekecewaan. Terima kasih kepada Adam Johari kerana membelikan aku baju ini.



3) Family Guy - Life is Full of Choices

Ok ini adalah tshirt kool aku yang paling awal. Gambar Stuart Gilligan Griffin yang sedang memikirkan alat pembunuhan yang digemarinya. Baju ini dibelikan oleh Mohd Jamil Fatty di *tutttttt* (biasak ah mana bole kasitau korang nanti korang beli jugak aku dah tak sekool dahulu). Ohh Family Guy adalah cerita yang lucu korang tontonla pasti terputus urat ketawa korang.


4) Liverpool Champions League Winners Shirt

Walk onnnnn walk onnnnnn with hopeeeeeee in your hearrtttttttt and you'll never walk aloneeeeee you'll neeeeever walk aloneeeee. Perlu aku cerita lebih lanjut ke kisah di Istanbul? Terima kasih Ise kerana membelikan aku tshirt ini. Ohh aku utang kau blanje mekdi tak abes lagi.



5) Transformers - Soundwave

Cis kalau korang mengaku minat Transformers tetapi tak kenal Soundwave memang nak kena tampar laju2 ngan aku. Soundwave ialah karekter yang paling kool dengan suaranya yang semulajadi robot, dengan ketaatannya kepada Megatrun eh Megatron sori ye Arun dan minion2nya yang comel tetapi ganas seperti Laserbeak, Ravage, Rumble dan Frenzy. Ok yang ni aku bolela bgtau kat mana aku beli. Lokasi: Kompleks Bangi Utama tingkat fudkot. Tp aku rasa dah tutup kedai tu haa haa padan muka korang.



6) Stone Cold Steve Austin

KRASHKKKK tenet tenet tenet tettenenenet (lagu intro stone cold). Yaa satu masa dahulu aku merupakan peminat fanatik gusti. Aku sering mengaplikasikan teknik2 seperti tombstone piledriver, stone cold stunner, sharpshooter dan juga sweet chin music terhadap saudara mara yang tidak berdosa serta kawan2 seperti Nur Ikmar Idris bin Nordin. Jika fanatik kenala memiliki tshirt kan barula kool.


7) Super Mario


Cis aku ditipu oleh iklan di laman web. Fabriknya terlalu nipis kadang2 menampakkan dadaku yang sasa berserta organ2 di sekitarnya. Sekali lagi Adam Johari yang membelikannya thanks bebeh i miss u.



8) Kadet Bomba

Ohh betapa bangganya aku ketika menyarung pakaian seragam ini ketika memimpin perbarisan ahli kadet bomba di sukan tahunan sekolah. Walaupun kami tewas di tangan bulan sabit merah, kami tetap berasa bangga.



9) England jersey

Engggland england pantang kalah, walau sakit jatuh dan rebahhhh (ikut rentak lagu kedah). Cis biarlah tidak layak ke Euro pun aku tetap menyokong tanah tumpah darahku yang kedua. Sepuluh pound sterling saje aku beli bersamaan dengan namploh hengget haa haa di sini harganya dua ratus lebey haa haa. Mohd Dazrul Syariz bin Sabardin yang belikan untuk aku.




10) Jersey 3 Amanah

3 Amanah memang sang juara dalam semua acara. Men bola pun kami terer maka tak hairanlah kami menang tournament antara kelas pada masa itu dengan aku menjadi penjaring terbanyak kejohanan (5 gol) (penipu). *RALAT - SALAH GAMBAQ NOO


Ok aku biarkan korang lalai dan leka dalam kekaguman. Peace.




11 comments:

datillah said...

mohamad faizal xdak kja...menagkap gambar baju2 sndirik =P

mmbr yg bwk ko g intvw kt teletech said...

aku minat giler dgn bju bomba ko le jai..
ade brani ke nk lelong..
hahahaha..

Mohamad Faizal said...

ala nurdatillah takkan i nak amek gambaq baju u kot nanti orang tuduh i arbok

ala member yg bwk aku g interview kat teletech aku sebenanya nak letak baju autobot kau tp nanti bersungut pulak

Anonymous said...

haha. no fat chicks.

-adam-

Anonymous said...

ape nak jd ngan ko jai ade blog ni sabul sungguh...baju sang juara 3Amanah kaler biru la stripe merah...mungkin tuh baju ko wakil konda kondi tadika ixora kot

- u'll never walk again, fool!-

Mohamad Faizal said...

ha'ah la baju 3 Amanah yg kaler biru tua tuh silap plak. tu baju form 4 kot. btw sape kau nak kutuk2 tadika ixora aku aku lempang dada kau kang

---> kelat said...

kelat bekenan ler t-shirt mario tuh... huhuhu...

nur khadijah said...

hoho...baju pun ada top ten ka...sejak bila 3 amanah ada baju tersendiri??? ataupun adakah kaum lelaki sahaja yang ada baju tersebut? hmmmm

Idlan said...

kau patut berkecimpung dalam dunia t-shirt threadless ijai. sploh dollar dan sangat unik.

Mohamad Faizal said...

nurkhadijah: ada ada untuk gadis pun ada tp versi tudung la and kat blakang ada tulis nama ngan nombor. ADI 19 (kat blakang tudung)

akak abe: nah threadless shirt ciptaan aku 5 ringgit je. kat tengah2, font size 96, 'KACAK'.

Idlan said...

tak main la kacak. hemsem baru kaw kaw. make sure font kau verdana ok. bukan comic sans

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...