Friday, February 8, 2008

All Hail Stephen Chow

7/2/2008. Hari Raya Cina pertama. Hari yang dinanti2kan oleh kaum cina dan tidak ketinggalan orang melayu seperti aku. Mengapa? Kerana hari itu cuti? Cis tiada cuti bagi aku walaupun hari itu merupakan cuti umum. Yaaa hari itu merupakan opening day CJ7, filem Stephen Chow terbaru, pelakon cina yang paling gagah, lucu dan leng chai sekali yang pernah hidup di muka bumi ini. Sebagai seorang yang almost fanatik terhadap Stephen Chow, sudah pastilah aku akan pergi menonton di hari pertama tayangan. Maka dengan yakinnya aku pergi ke Jusco Cheras selatan untuk menonton show pukul 2.20pm bersama Ahmad Fadhullah bin Zainal (pilihan terakhir aku). Sampai saja di sana masyaallah sungguh ramai manusia terutamanya kaum cina sedang beratur untuk membeli tiket. Ape diorang ni tak balik kampung ke tak pegi kuil ke semayang raya ke ziarah kubur mak bapak ke apapela nak tengok wayang buat apa, bisik aku di dalam hati. Melihat jadual, CJ7 full sehingga ke malam bastard sungguh. Sampai giliran aku, 2.20 full hanya available waktu seterusnya 3.10 itu pun baris depan sekali. Takpe, apa saja untukmu abang chow sing chi. Sambil mencarut2 ringan di dalam hati, aku pun kemudiannya menonton cerita CJ7 dengan gembira. Nah, Top Ten filem Stephen Chow yang aku gemari. Click Read More or the title.

1) Forbidden City Cop.

Filem klasik Stephen Chow yang paling aku minat. Mengisahkan tentang sekumpulan bodigad kepada maharaja cina ketika itu. Suma handal bertumbuk kecuali abang Chow yang bangang dan hanya reti membuat gajet2 tak berguna seperti katil yang ada gear untuk membantu persembahan di ranjang. Haa haa.

2) Fight Back to School

Abang Chow adalah seorang polis yang tidak berguna di dalam filem ini. Namun pihak atasan memberinya satu lagi peluang dengan melakukan penyamaran di dalam sekolah. Kalau korang perasan, ini adalah antara filem terawal yang ada Ng Man Tat (si tua yang sentiasa ada dalam kebanyakan filem stephen chow).

3) Shaolin Soccer

Siapa yang minat Stephen Chow tapi tak pernah menonton filem ini sila hantukkan kepala kat dinding sehingga luka. Mengisahkan tentang Kaki Besi, Sing (Steel Leg??) yang menyara hidup dengan menjadi tukang sapu sebelum bertemu Shebby Singh, seorang jagoan bolasepak zaman 80'an yang sudah bersara. Sing mengumpulkan abang2 segurunya Kepala Besi, Baju Besi, Tangan Kosong, dan Si Obesiti untuk menubuhkan pasukan My Team. Cameo Cecilia Cheung dan Karen Mok menggembirakan aku.

4) Kung Fu Hustle

Filem Stephen Chow yang paling berjaya. Sing, seorang penjenayah yang tidak merbahaya dan pura2 jahat ingin join kumpulan gengster agung yang diketuai oleh Rosyam Noor sebelum insaf dan menjadi hero kung fu yang gagah.

5) CJ7

Woo hoo filem terbaru Stephen Chow. Ini kira ala2 ET versi cina la ni. Sesuai ditonton oleh seisi keluarga kerana filem ini banyak menyerapkan nilai2 murni. Berhati2 sapa yang beremosi mungkin boleh mengalirkan air mata dan hidung. Aku baik tanak bagi spoiler so korang pegila menonton di panggung ok (jika ada tiket, of kos)

6) The Tricky Master

Filem judi2. Tengok takpe tapi jgn main judi haram tau.

7) All's Well Ends Well

Stephen Chow purak2 ilang ingatan.

8) King of Comedy

Wooohoooo ada Cecilia Cheung woooooo

9) God of Cookery

Wooohoooo ada Karen Mok woooooo

10) Royal Tramp 11

Wooohoooo ada Michelle Reis woooooo.

Oraittt jumpa lagi. Assalamualaikum. Aku memang si pemalas haa haa



0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...