Sunday, March 2, 2008

February Movies!

Aku seorang kaki bola, kaki botol (bergas dan halal), kakitangan Datacom mulai hari Isnin dan kaki wayang. Setiap minggu aku pasti akan ke panggung untuk menonton filem2 terbaru tak kiralah filem apapun semua pasti aku tonton (kecuali filem Tamil, aku bukan Ahmad Shuduh). Maka di sini saya akan membuat sedikit ulasan filem serta memberi rating mengikut nafsu dan memberitahu spoiler2 besar untuk membuat korang marah. Haa haa siapa suruh lambat tengok. Ohh btw jika korang ingin menonton wayang tanpa bershopping, pergilah menonton di Jusco Cheras Selatan. Suasana tenang dan bahagia di sana kerana tidak ramai orang dan tiada kanak2 beruniform berpeleseran. Click Read More or the title.

Ratings:
$$$$$ : wajib ditonton, curi wang daripada ibu masing2
$$$$ : sunat ditonton, gelapkan saja wang koperasi
$$$ : harus ditonton, jika ada wang ptptn yang berlebihan
$$ : makruh ditonton, dermalah wang itu ke masjid
$ : haram ditonton , baik pergi beli Chipster lagi kenyang

Jumper
Ulasan ringkas : Mengisahkan tentang seorang lelaki (Hayden Christensen) yang mempunyai kebolehan untuk melompat dari satu tempat ke tempat yang lain dengan pantas. Dia menggunakan kebolehannya itu untuk memasuki acara lompat tinggi dalam sukan olimpik 2004 dan mendapat pingat emas dalam acara itu. Dia diburu sekumpulan 'Paladin' yang diketuai oleh Samuel Eto'o Jackson yang tidak suka dengan kebolehannya itu.

Rating: $$ 1/2
Spoiler: Rachel Bilson berlakon dalam the O.C

Dan In Real Life
Ulasan ringkas: Dan (Steve Carell yeahhhhh) seorang penulis yang kehilangan isterinya pulang ke kampung bersama 3 orang anak gadisnya. Kemudian dia berjumpa dengan seorang gadis dan mereka tertarik sesama sendiri. Malangnya gadis itu ialah teman wanita adiknya.

Rating: $$$
Spoiler: Tanak bagi spoiler sebab filem ini menarik untuk ditonton jadi korang silalah tonton

Vantage Point
Ulasan ringkas: Mengisahkan tentang konspirasi pembunuhan presiden Amerika Syarikat yang digambarkan dalam entah berapa sudut tah aku pun tak kira. Konsep yang menarik, pelakon2 yang gah serta aksi2 yang mendebarkan pasti akan membuat korang tidak tidur di panggung yang sejuk itu.

Rating: $$$
Spoiler: Dr Jack Sheppard (Lost) ialah watak jahat dalam cerita itu

Step Up 2: The Street
Ulasan ringkas: Filem bergenre sebegini bukanlah minat aku sebenarnya tetapi memandangkan pilihan lain aku ketika itu ialah menonton 1 missed call versi amerika, aku pun memilih filem ini kerana aku penakut orangnya. Mengisahkan tentang sekumpulan penari eksotik yang telah insaf dan ingin kembali ke pangkal jalan dan menyertai pertandingan joget 60'an secar underground.

Rating: $$
Spoiler: Mula2 geng baik kalah, pasti diorang menang last2.

Charlie Wilson's War
Ulasan ringkas: Charlie Wilson ialah seorang ahli kongress amerika yang berusaha sedaya upaya untuk menolong golongan Mujahiddeen menentang komunis bangsat tetapi tidak mendapat sokongan. Berdasarkan cerita sebenar katanya.

Rating: $$$$
Spoiler: Filem yang best aku tak bagi spoiler.

Ok jumpa lagi kita dalam segmen yang sama bulan depan. Banyak filem2 yang menarik menanti seperti 27 Dresses hee hee.





6 comments:

Anonymous said...

babet jai aku tak tengok lagi vantage point. arghhh arghhhh

-adam-

hUdArLiNg said...

hahaha.kaki wayang btol la u ni jai.haha

Mohamad Faizal said...

adam: haa haa haa

huda: haa haa haajar mat jani

Idlan said...

Be Kind Rewind dah keluar belum kat Malaysia?

Mohamad Faizal said...

be kind rewind kuar 20/3. mengisahkan tentang jack black yang terdelete filem2 dalam pita video lalu cuba melakonkannya kembali. 20/3 macam besday seseorang...hmmm

Idlan said...

tontonilah be kind rewind. nescaya kau akan gelak di saat ianya kelakar. walaupun tidak selalu sangat.

hari jadi siapa 20 march? Oh ya. Spike Lee.

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...