Sunday, March 9, 2008

Mari Belajar Tajwid

Hari-hari merepek dan mencarut ringan di blog ini pasti memberi dosa2 tanpa disedari. Oleh kerana itu, apa salahnya aku mengajar tajwid sekali sekala. Berbekalkan Sijil Penilaian Rendah Agama atau SPRA aku yang Jaijidan (bahasa arab; maksud dia layak mengajar di sekolah agama) dapatlah aku menunjukkan kehandalan tajwid aku kat korang (riak untuk mengajar takpe). Ditambah pula dengan kemenangan PAS di Bandar Baru Bangi ini marilah penuhkan ilmu di dada agar tidak malu akibat tidak tahu jelaskan hukum wajibul ghunnah. Sila klik tajuk ataupun Read More. Assalamualaikum.

Ok hari ini kita akan belajar hukum nun mati. Hukum nun mati ada 4 iaitu Izhar halqi, Idgham, Iqlab dan Ikhfa'. Semua ini diajar oleh ustaz dan ustazah aku di sekolah agama sbelah stesen bomba tuh. Kami yang bersampin hijau lebih gagah dari korang yang bersampin ungu yang menumpang tatkala peperiksaan SPRA (saje carik gaduh).

Izhar Halqi
Apabila nun mati bertemu dengan huruf2 izhar, maka wajib dibaca dengan jelas dan nyata. Huruf2 izhar: alif kha kho ain ghain ha

Idgham
Idgham terbahagi kepada dua iaitu idgham maalghunnah dan bilaghunnah. Apabila nun mati bertemu huruf2 idgham, masukkan bunyi huruf pertama ke dalam huruf kedua. Maalghunnah dengung, bilaghunnah takyah dengung.
Huruf2 maalghunnah: ya wau mim nun
Huruf2 bilaghunnah: lam rho

Iqlab
Camane nak explain yang ni. Haa jika nun mati bertemu ba (satu huruf saje), jangan bunyikkan huruf nun tu. Wajib dibawa dengung.

Ikhfa' Hakiki
Nak baca dia macam between izhar dan idgham dan kekalkan dengung dia. Huruf2 ikhfa' adalah selain huruf2 yang telah dimention di atas.

Ok semoga korang mendapat ilmu dan tidak membaca dengan tunggang langgang main langgar je tajwid suma. Assalamualaikum.

Ustaz Faizal al Kacaki
(Microsoft Certified Tajwid Trainer)




5 comments:

nur khadijah said...

boleh bukak kelas tajwid online nih ijai ;)

Mohamad Faizal said...

bole saja jika ada sebarang kemusykilan jangan segan untuk bertanya ya cik khadijah. hukum mim mati ke mad arid lissukun ke hukum rho pun bole heee

Lea M. said...

paling lemah tajwid masa skolah. :(

Mohamad Faizal said...

takpe cik lea saya rela mengajar jika membayar yuran

hUdArLiNg said...

wah ustaz ijai al kacaki.hahaha.mcm2 la ijai ni

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...