Wednesday, May 7, 2008

April Movies!

Yaaa Tora datang lagi dengan ketam ronggeng. Di bulan April aku hanya menonton enam filem terbaru (tiada pornografi). Tiada cerita yang betul2 menendang punggung (kickass) pada bulan ini. Namun aku tetap akan menyajikan korang dengan review2 yang menjana minda yang bebas daripada spoiler dan sport rim. Click Read More for the reviews.

Ratings:
$$$$$ : wajib ditonton, curi wang daripada ibu masing2
$$$$ : sunat ditonton, gelapkan saja wang koperasi
$$$ : harus ditonton, jika ada wang ptptn yang berlebihan
$$ : makruh ditonton, dermalah wang itu ke masjid
$ : haram ditonton , baik pergi beli Chipster lagi kenyang
.

Deadly Ghost
Ulasan Ringkas: Mengisahkan tentang seorang gadis yang mampu berkomunikasi dengan entiti ghaib. Kira macam kumpulan Sixth Sense la. Cerita ini memang sangat seram sehingga salah seorang rakanku menjerit "awwwhhh" di dalam panggung kemudian berlari meninggalkan tempat duduk ketika cerita masih berjalan. Kalau korang handal cube teke sape hee hee. Berbalik kepada cerita, oleh kerana communication skill bersama jembalang gadis itu memang mantap, maka ramaila orang yang ingin meminta bantuan gadis itu seperti meminta nombor ekor dan khidmat santau.

Ratings: $$
Spoiler: Gadis itu yang menyebabkan kematian abahnya.

Nim's Island
Ulasan Ringkas: Nim atau nama penuhnya Nirmala Samsudin tinggal di sebuah pulau peranginan terkemuka di Sabah bersama abahnya. Satu hari, abahnya pergi menjalankan kajian di laut dan dengan takdir director, berlakulah ribut yang menyebabkan kapal abahnya rosak. Nim pun meminta bantuan daripada hero kesayangannya Alex Yoong. Alex Yoong sebenarnya penulis buku yang neorotik namun dia tetap tabah untuk membantu Nim.

Ratings: $$ 1/2
Spoiler: Spartannnnsssssssssssss

Definitely Maybe
Ulasan Ringkas: This is the movie of the month. Cerita2 sebegini haruslah ditonton bersama gadis kerana pasti kita akan dianggap arbok jika berlinangan air mata menonton cerita ini bersama rakan2 berbelalai. Mengisahkan tentang Nim dari Nim's Island yang berteka teki dengan abahnya tentang kisah cinta abahnya pada masa dahulu. Abahnya sengaja menukar nama dan sedikit fakta dan membiarkan Nim meneka siapa sebenarnya ibu dia. Cerita ini sungguh sweet. Hee hee memang bapuk aku ini.

Ratings: $$$$
Spoiler: Emily mak dia. Thanks

Street Kings
Ulasan Ringkas: Filem tipikal polis. Ada polis baik dan ada polis jahat. Dalam polis jahat pasti ada seorang polis yang ingin kembali ke pangkal jalan. Dan pastilah geng2 polis jahat akan membunuh polis baik. Sekian.

Ratings: $$$ 1/2
Spoiler: Negro yang bole gerak2 dada tu baik sebenarnya negro yang bos tu yang iblis laknatullah.

Over Her Dead Body
Ulasan Ringkas: Mengisahkan tentang Gabriel Solis yang meninggal dunia semasa perkahwinannya. Entah mengapa dia tidak disiksa di dalam kubur sebaliknya mampu merewang2 di dunia. Ada perkara yang belum diselesaikan nampaknya. Maka dia pun mengganggulah hidup wanita yang cuba mengurat tunangnya.

Ratings: $$ 1/2
Spoiler: Jason Biggs purak2 gay

Forbidden Kingdom
Ulasan Ringkas: Mengisahkan tentang seorang jejaka yang meminati kung fu. Satu hari, dia telah kembali ke zaman cerita cina Journey to the West tu. Terdapat gadis2 cina yang leng lui dalam cerita ini. Ada satu scene yang pasti membuat korang ketawa sehingga sewel. Pertelingkahan antara Jet Li dan Jackie Chan juga agak menarik.

Ratings: $$$
Spoiler: Sami itu ialah salah satu bulu monyet.

Thanks. Ahlan wa sahlan wal allughatul arabiah wahidun.





2 comments:

Anonymous said...

nasib baik aku dah tengok dah definitely maybe. jom jai tengok made of honor. haha -adam-

Mohamad Faizal said...

made of honor kuaq bulan 6 la kat sini. bapuk gila nak tengok cita tu ngan kau haa haa kau pulang bilaa kamonnnn

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...