Sunday, June 22, 2008

KEDAH PANTANG KALAH!

Aku tidak tahu mengapa. Aku dilahirkan di Kuala Lumpur. Aku dibesarkan di Bandar Baru Bangi, Selangor. Kampung aku kat Selayang dan Serdang. Mama abah aku pun orang Selangor. Tetapi aku adalah penyokong kuat Kedah sejak dari zaman kehebatan midfield general Radhi Mat Din, Tangan Besi Ahmad Sobri, tough tackling Manja Man serta kegagahan pemain import Jan Janostak dan Abdul Rahman Adigun. Berita tentang Kedah masuk ke final Piala F.A bertemu fierce rival Selangor terus aku sampaikan kepada teman sekerja Muaz yang asyik dodgy tak mahu membuat kerja lalu terus membeli tiket. Maka berbekalkan frasa2 utagha yang aku tahu seperti "Yang hang ketegaq sangat ni pasai apa??", "Hang ni asyik pi mai pi mai tang tu ja" serta the ever popular "Awat hang tak habaq awai2 noo", kami pun berangkat ke Stadium Shah Alam pada hari Sabtu 21/6. Muaz dan sepupunya memakai jersey Kedah manakala aku hanya memakai baju transformers kerana tiada kostum yang sesuai. Oleh kerana semangat "Pulun Kedah Pulun" yang membara di jiwa (dan bagi mengelakkan aku dipukul penyokong Kedah kerana muka aku bersifat keselangoran) aku pun belilah jersey Kedah di pintu masuk, dan terus memakainya di tempat kejadian. Bunyi dentuman gendang jelas kedengaran. Sorakan para penyokong semakin kuat. Semangat kami semakin membara. Selangor merupakan musuh tradisi Kedah sejak dahulu lagi. Kira macam Liverpool dengan Man U or Real and Barca ataupun Brazil dan Argentina. Tambahan pula, mereka bermain di tempat sendiri, with full strength manakala khidmat pemain import kami Marlon James dan Bernard Huggins tidak dapat digunakan kerana masing menyahut seruan kerajaan bermain untuk kelayakan Piala Dunia zon Concacaf. Cis, sikit pun kami tidak gentar. Sila klik Read More untuk kisah selanjutnya.


Bersama Muaz serta jersey aku yang masih berbau kedai


Walaupun kami ke stadium, namun solat maghrib tidak dilupa. Muaz pada mulanya agak liat untuk solat memberikan seribu satu alasan seperti pening2 berterusan, sakit2 sendi serta pura2 hilang ingatan akhirnya akur setelah aku menjelaskan tentang azab siksaan kubur. Hee hee. Kembalinya dari surau, kami 10, 000 warga Kedah melontarkan suara menyanyikan lagu 'Kedah Pantang Kalah' walaupun aku hanya tahu chorus dia saje "Keeeeedah, Kedah pantang kalah, walau sakit jatuh dan rebahhhhhhh" dan selebihnya aku hanya miming bagi menjaga air muka. Well memang aku berjaya la blend in with the crowd. Sehinggakan seorang adik bertanya kat aku dalam loghat utara yang pekat, "Bang ayaq ni pi beli kat mana?" Aku menjawab dengan ringkas tetapi yakin, "Kat luaq noo". Haa haa kagum bukan.

Fanatics.


8.45 wisel permulaan dibunyikan. Kedah did not take long to settle down and sent their fans in frenzy after Mohd Fadly Baharom scored the first goal just inside 2 minutes. Kami melompat2 dan berpelukan seperti orang kurang siuman. The pace of the game was very quick, and Selangor got their equalizer on 14th minute. Ellie Aiboi cross was met by Mohd Amirulhadi after a weak clearance from Mohd Fazliata Taib. Kedah was in front one more time after Mohd Khyril Muhymeen fired from a close range to make it 2-1. The forty-five minutes were dominated by Kedah, with an impressive possession of the ball.

Buruk gila wajah kami ketika klimaks terutamanya orang yang belah kanan.

On second half , Kedah sealed the game when Syafiq Jamal scored after a breakaway by Kedah. Substitute Frank Seator scored from the spot to reduce the deficit. Entah mengapa aku pun tidak tahu, Sabri Abu dilayangkan kad merah mungkin kerana mencarut sedas dua dalam loghat utagha kepada referee yang kambing gila malam itu. Bermain dengan sepuluh pemain, terdapat banyak aksi2 yang menhentikan jantung seperti tandukan Selangor di saat akhir permainan yang diselamatkan di atas garisan ketika minit2 akhir perlawanan. Namun sebagai Sang Juara yang tulen, Kedah bertahan, dan berjaya mempertahankan kejuaraan Piala F.A. Wooohoooo. Next, Piala Malaysia. Double treble perhaps?

Pulang dari rumah, aku bertemu Tengku Eleanor Ezura sebentar di Subang bercatching up dan membaham di kala kelaparan. Thanks Ezu kerana membelanja. Yela gaji dah semakin mantap kan sejak bekerja di Oracle. Oraitt aku dah penat menaip. Pulun Kedah Pulun! Jangan dok loklak ja noo.



3 comments:

Muaz said...

kedahh!!! kedah pantang kalahh...!! yeah

nasib baik menang - aku punya seriauu.. lega.. memang sgt sweet kemenangan kedah! hehe

nanti piala mesia plak!! pulun kedah pulun!

p/s: tak ajak aku lepak minum pun.. huhhh!!

Mohamad Faizal said...

piala malaysia aku akan pastikan lirik sudah dihafal agar aku tak perlu miming lagi

Akim Iqbal said...

La ingatkan hang orang kedah. hehehe

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...