Saturday, June 7, 2008

May Movies!

Yaaa siri review filem kembali lagi. Kali ini, aku telah memecahkan rekod dengan menonton 9 atau dalam bahasa arabnya tis'atun filem untuk bulan May. Terdapat banyak filem2 yang gagah dan berbajet besar pada bulan ini seperti Orang Besi, Indiana Jones: Kerajaan Tengkorak Kristal dan Putera Kesepian. Namun adakah filem2 tersebut mampu untuk mendapat rating yang tinggi daripada pengkritik filem separa berbakat seperti aku? Sila klik Read More untuk review filem2 tersebut yang bebas daripada spoiler.

Ratings:
$$$$$ : wajib ditonton, curi wang daripada ibu masing2
$$$$ : sunat ditonton, gelapkan saja wang koperasi
$$$ : harus ditonton, jika ada wang ptptn yang berlebihan
$$ : makruh ditonton, dermalah wang itu ke masjid
$ : haram ditonton , baik pergi beli Chipster lagi kenyang


Ironman
Ulasan Ringkas: Mengisahkan tentang Tony Stark, seorang usahawan senjata yang berjaya, kacak, dan kaya raya. Satu hari, selepas melakukan demonstrasi senjata terbarunya, beliau telah diculik oleh ahli kumpulan pengganas Rabbani. Mereka memaksanya untuk bersama2 menyanyikan lagu nasyid yang menyeleweng dan mencipta senjata untuk mereka. Tony berpura2 mengikut cakap mereka tetapi ahli kumpulan pengganas itu memang bangang kerana tak dapat bezakan Tony ni membuat senjata untuk mereka atau sebaliknya walhal apa yang Tony buat memang lari dari tajuk asal. Apape sajalah. Maka lahirlah seorang hero yang berpakaian besi berjenama Triumph.

Ratings: $$$$
Spoiler: Encik Botak kawan Stark adalah watak jahat dalam cerita itu.

Fool's Gold
Ulasan Ringkas: Finn memasuki pertandingan mencari harta karun anjuran rukun tetangga kawasan perumahannya. Biasalah adat pertandingan, pasti ada saingan. Beliau dibantu oleh bininya Tess dan disaingi oleh kongsi gelap Bigs Bunny dan seteru lama Moe. Hmm.

Ratings: $$
Spoiler: Takyah beri spoiler pun korang tahu watak baik yang mendapat harta itu di akhir rancangan.

What Happens In Vegas
Ulasan Ringkas: Apa yang berlaku di Vegas? Jack dipecat bapanya sendiri, Joy ditinggalkan tunangnya. Mereka bertemu di kota penuh dosa, berparti liar serta meneguk arak sebotol dua. Manusia ini biasalah bila sudah mabuk mulala buat benda2 di luar jangkaan seperti melakukan persetubuhan haram dan berkahwin tanpa wali. Keesokan harinya setelah menyedari apa yang berlaku, mereka pun bersetuju untuk berpisah, namun setelah mereka memenangi RM 3,000,000, di situlah bermulanya kisah mereka hidup sebagai sepasang suami isteri secara terpaksa demi mendapatkan wang itu. By the way, kenapa Cameron Diaz wajah dia semakin buruk?

Ratings: $$$
Spoiler: Mula mula tak suka lama lama jatuh cinta.

Speed Racer
Ulasan Ringkas: Filem penuh warna warni pelangi ini mengisahkan tentang Speed yang malas belajar sejak kecil dan bercita2 untuk menjadi pemandu teksi ataupun pelumba kereta ketika dewasa. Rex, idola Speed yang juga merupakan abangnya telah kembali ke rahmatullah akibat kemalangan ketika berlumba. Speed menjadikan abangnya sebagai inspirasi untuk berjaya di litar lumba. Untuk menentang sindiket kongsi gelap Royalton yang mengamalkan rasuah dan korupsi dalam perlumbaan, Speed dibantu oleh Rain dan Racer X.

Ratings: $$$1/2
Spoiler: Racer X sebenarnya ialah abang Speed.

The Chronicles of Narnia: Prince Caspian.
Ulasan Ringkas: Empat adik beradik yang kini sudah akil baligh kembali ke Narnia. Namun Narnia yang mereka kenali tidak lagi sama kerana 1300 tahun sudah berlalu sejak mereka meninggalkan tempat itu. Perebutan kuasa menyebabkan Putera Kaspian mengumpulkan bala tentera bergajah Abrahah untuk melakukan reformasi. Berjayakah mereka menawan kembali Narnia? Adakah White Bitch akan hidup kembali? Di manakah Aslan? Adakah Susan akan mencium Kaspian? Untuk mengetahui jawapan2 terhadap soalan2 di atas, sila tonton filem ini di pawagam.

Ratings: $$
Spoiler: Ataupun baca saja spoiler kerana filem ini buhsan. 1) Ya. 2) Tidak. 3) Di hutan. 4) Ya.

Drillbit Taylor
Ulasan Ringkas: Drillbit, seorang yang pemalas cuba untuk menipu kanak2 tidak berdosa dengan menjadi bodygay mereka. Eh kejap eh aku nak tutup gas air tengah berbunyik tu.

Ratings: $$
Spoiler: Tiada.

Indiana Jones and The Kingdom of Crystal Skull
Ulasan Ringkas: Henry Jones, seorang atuk yang berumur 64 tahun masih mampu untuk melompat sana sini melawan askar Soviet yang diketuai oleh Irina Spalko dan dibantu oleh anak haramnya Henry Jones Jr serta kekasih gelapnya Marion. Mereka berusaha untuk mencari dan memulangkan tengkorang kristal yang telah dipajak gadai oleh kawan mereka yang biol, Ox.

Ratings: $$$1/2
Spoiler: Tengkorak alien??

Superhero Movie
Ulasan Ringkas: Sebuah filem parody yang meniru aksi2 filem superhero seperti Spiderman, Batman, X-Men dan Cicak Man. True, this is a film full with slapsticks, toilet humor and fart jokes, but what could you expect from this kinda movie? Sesuai untuk ditonton bersama rakan2 yang masih hidup.

Ratings: $$1/2
Spoiler: Serangga pasti mati dilanggar kenderaan.

Apa Kata Hati
Ulasan Ringkas: Haa haa haa ala takde cerita lain so aku tengokla cerita ni. Jangan risau ini bukan filem arahan Razak Mohaideen. Lagipun apa salahnya kita bantu industri perfileman tempatan. Kecoh aa korang ni.

Ratings: $$1/2
Spoiler: Awie aww

Sekian sahaja untuk kali ini. Jumpa lagi di bulan hadapan ya. I lap u all.
.



3 comments:

hUdArLiNg said...

Indiana Jones and The Kingdom of Crystal Skull
Ulasan Ringkas: Henry Jones, seorang atuk yang berumur 64 tahun masih mampu untuk melompat sana sini melawan askar Soviet yang diketuai oleh Irina Spalko dan dibantu oleh anak haramnya Henry Jones Jr serta kekasih gelapnya Marion. Mereka berusaha untuk mencari dan memulangkan tengkorang kristal yang telah dipajak gadai oleh kawan mereka yang biol, Ox.

henry jones 3 laaa...jr itu adalah atok tersebut...apa la ijaii...har har har...

Mohamad Faizal said...

ala ini director's cut punya anda memang taktau dia tak kuar kat malaysia dia ada tayang kat selatan ghana je

L a L a said...

speed racer ada mr hujan....

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...