Sunday, July 13, 2008

Footballers Lookalike

Adakah korang tahu? Pemain bola sepak menjadi kaya raya bukan semata2 kerana mendapat gaji yang mahal setiap minggu. Terdapat juga sesetengah pemain yang menjadi pelakon dan penyanyi yang terkenal. Mari kita lihat contoh2 di bawah.



Yaa di kala musim bola sepak liga perdana Inggeris telah tamat season mereka, penjaga gol Liverpool akan menghabiskan masanya di set Prison Break, di mana dia memegang watak Agent Kellerman. Namun adakah Reina akan kembali ke Prison Break season 4? Kita semua tahu di penghujung season 2, Kellerman seperti ditembak ketika dalam perjalanan ke penjara. Reina yang masih bersukaria setelah memenangi Kejuaraan Eropah baru2 ini tidak dapat dihubungi untuk sebarang komen.



Salah satu sebab mengapa Newcastle United mempamerkan persembahan buruk di bawah pimpinan Glen Roeder ialah kerana Glen lebih menumpukan perhatiannya terhadap band beliau iaitu Muse. World tour Muse yang padat menyebabkan Glen tidak dapat memberi fokus kepada Newcastle United, lalu dipecat jua akhirnya.



Owen Hargreaves pemain tengah Manshitter United lagi garang. Selain menjadi frontman untuk kugiran All American Rejects, dia turut berlakon dalam siri televisyen Smallville sebagai Clark Kent.



Ronaldo pernah menjadi seorang penyerang yang paling ditakuti satu ketika dahulu. Namun masalah berat badan serta kecederaan lutut dan buku lali yang sering menghantuinya menyebabkan beliau terpaksa mencari rezeki lain. Dia menubuhkan satu pasukan mencari hantu dan menamakan kumpulannya itu 'Entiti'. Menggunakan nama Lando, dia cuba menipu rakyat2 Malaysia dengan aksi memburu hantunya itu.



Seorang lagi pemain Brazil, Ronaldinho turut mengalami masalah yang sama dengan Ronaldo. Faktor berat badan menyebabkan Ronaldiho menerima tawaran George Lucas untuk berlakon sebagai Jar Jar Binks dalam filem Star Wars.



Mungkin korang tidak tahu, Shrek diilhamkan dari wajah Wayne Rooney.

Ada banyak lagi pemain bola sepak yang menjadi pelakon dan penyanyi seperti Thierry Henry sebagai Warrick dalam CSI, Robert Pires menubuhkan band Incubus (dan menggunakan nama Brandon Boyd) serta Arsene Wenger sebagai Mr Bean. Ingin lagi? Usah kaget, sila klik Read More.



Ok ini footballers lookalike yang aku jumpa di internet. Lebih ekstrem dan kejam.







Ok setakat ini dahulu. Jika ada muke pemain bolasepak yang sejibik dengan sape2 dan korang ada nak tambah, jangan malu2 marilah kita sama2 bergelak ketawa. Assalamualaikum.



1 comments:

O Ena O said...

paling bes tgk rooney bulat! hahahaha..kelako beno..amik ko rooney bulatt..cmne la ko ni bleh jd futballer ek..

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...