Tuesday, July 1, 2008

June Movies!

Haiii bertemu lagi kita dalam rancangan "Reviu Filem Bersama Abang Jai" (nada arbok). Di bulan Jun ini kita ada pelbagai watak menarik yang menghiasi dunia perfileman seperti Dr. Ishak Banner atau nama pendeknya Hulk, seekor panda yang handal berkungfu, seorang spy yang lucu serta lelaki kacak yang bijak berkata2 untuk berzina dengan gadis2. Marilah kita sama2 menikmati review filem yang bebas daripada spoiler ini. Click Read More pleaseeee.


Ratings:
$$$$$ : wajib ditonton, curi wang daripada ibu masing2
$$$$ : sunat ditonton, gelapkan saja wang koperasi
$$$ : harus ditonton, jika ada wang ptptn yang berlebihan
$$ : makruh ditonton, dermalah wang itu ke masjid
$ : haram ditonton , baik pergi beli Chipster lagi kenyang

Kungfu Panda
Ulasan Ringkas: Mengisahkan seekor panda Hang Po, yang amat meminati seni mempertahankan diri Melayu seperti silat cekak musang. Namun impiannya itu tidak direstui oleh abahnya, seekor itik yang handal membuat mi. Satu hari Po secara tidak sengaja telah dipilih untuk menjadi hero dalam cerita itu untuk bertumbuk dengan Tai Lung, seorang banduan yang telah melarikan diri daripada penjara Sona. Master Shifu yang mula2nya menyampah dengan Po akhirnya akur bahawa hanya Po sahaja yang dapat membela nasib binatang2 lain. Saksikanlah filem ini di pawagam kerana terdapat nama2 besar yang menyumbang suara seperti Jack Black sebagai Po, Dustin Hoffman sebagai Master Shifu, Angelina Jolie sebagai Tigress dan Eman Manan sebagai Tai Lung.

Ratings: $$$$
Spoiler: Scroll of The Dragon sebenarnya tidak mengandungi apa2. Begitu juga dengan resipi rahsia mi kari abah po.

The Happening
Ulasan Ringkas: Filem ini diarahkan oleh M. Night Shamamamamamalayan. Sudah pasti kita akan menjangkakan ending yang tergantung berserta 'twist' yang tidak disangka2. Tetapi aku hampa. Mula2, scene kematian beramai2 seperti membunuh diri dengan terjun dari bangunan, menikam diri sendiri dengan cekak rambut, menembak ketiak sendiri sehingga meninggal dunia, hmm looks promising. Namun 20 minit kemudian, huarhhhhghh. Kematian mereka sebenarnya MUNGKIN disebabkan oleh pokok2 yang mengganas, bertindak balas melakukan proses fotosintesis songsang, dengan membebaskan bahan kimia berbahaya ke udara bagi membunuh umat manusia yang suka melakukan pencemaran.

Ratings: $ 1/2
Spoiler: Bagi spoiler pun tak guna.

The Incredible Hulk
Ulasan Ringkas: Sambungan dari Hulk yang pertama, menyaksikan Ishak yang melarikan diri ke kawasan pedalaman Brazil bagi mencari penawar bagi virus h.i.v serta sifat panas barannya yang melampau. Pihak tentera berjaya menemui Sahak lalu menghambatnya pulang ke tanah air amerika. Pihak tentera mengambil pemain import dari Rusia serta menyuntiknya dengan virus panas baran itu yang akhirnya berubah menjadi makhluk laknat Abomination. Roarrr saksikan pergaduhan mereka yang bisa menggegarkan panggung dan punggung.

Ratings: $$$ 1/2
Spoiler: Iron Man muncul di akhir filem.

Get Smart
Ulasan Ringkas: Yeshhhh. Filem yang kutunggu2 sekian lama kerana terdapat pelakon kegemaran aku Steve Carell. Diadaptasikan dari siri televisyen 60'an mengisahkan tentang Maxwell Smart, seorang analrapist err i mean analyst bagi CONTROL sebuah agensi pengiklanan rahsia yang melindungi amerika daripada serangan musuh luar. Dapatkah Encik Smart menghalang KAOS daripada melakukan angkara durjana? Sama samalah kita menyaksikan filem yang lucu ini. Terdapat banyak watak2 menarik di dalam filem ini seperti The Rock, Hiro Nakamura, dan Azamat Bogatov.

Biased Ratings: $$$$$
Spoiler: The Rock sebenarnya watak jahat dalam filem itu.

Made Of Honour
Ulasan Ringkas: Alaa tengok poster pun kau orang bole tau bagaimana kisah filem ini. Mengisahkan tentang McDreamy yang sering menggunakan kekacakannya untuk mengajak gadis2 melakukan persetubuhan haram. Semua gadis ditoronnya kecuali sahabat baiknya. Hendak dijadikan cerita, McDreamy sedar dia cintakan gadis itu, gadis itu pula nak kawen lelaki laen, McDreamy menjadi pengapit dia untuk merampas gadis itu, McDreamy berjaya. Sheesh. Tapi takpa cerita ini sesuai untuk ditonton bersama gadis2. Heee heee.

Ratings: $$
Spoiler: Takyah beri spoiler pun korang bole tahu bagaimana kesudahannya.

Baiklah sekian saja ulasan filem untuk kali ini. Jumpa lagi di bulan hadapan yaa. I lap u all.




3 comments:

Idlan said...

hoi kamu dah amik mag liberpul kamu ke belum ijai? kalau tak kitorang nak buat tempat simpan minyak lepas goreng meatball

Mohamad Faizal said...

alaa sabaqla jangan bertindak dengan drastik nanti saya amekla kerana masing2 terlalu sibuk dengan kehidupan sehinggakan kami gay2 bangi tidak dapat berjumpa selalu seperti dulu...

Anonymous said...

haha jai. time kasih bday msg. kau masih ingat. terharu aku. ramai orang lupe sebab aku dah takde facebook. hahaha

-adam-

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...