Sunday, August 3, 2008

July Movies! (part 1 of 2)

It's August, and you stalkers have been waiting for my July movie reviews right? Well, another record has been broken as I watched a total of 11 movies last month, including 5 back to back shows. I'm going to resign from my position as a Microsoft Technical Support next month and I'm going to be a professional movie reviewer with www.cinemaonline.com.my. Click Read More for the reviews!

Ratings:
$$$$$ : wajib ditonton, curi wang daripada ibu masing2
$$$$ : sunat ditonton, gelapkan saja wang koperasi
$$$ : harus ditonton, jika ada wang ptptn yang berlebihan
$$ : makruh ditonton, dermalah wang itu ke masjid
$ : haram ditonton , baik pergi beli Chipster lagi kenyang

Wanted
Ulasan Ringkas: Mengisahkan tentang seorang lelaki dayus yang diimport oleh sekumpulan pembunuh yang menggelarkan diri mereka The Farts. Filem ini mengandungi pelbagai aksi menarik yang bisa membuatkan kita berkata "whoaa". Namun aksi persetubuhan haram antara Angelina dan James yang aku saksikan di dalam trailer dia takde pulak di dalam filem tersebut. Apa ni tipu woi pulangkan wang aku.

Ratings: $$$$
Spoiler: Pembunuh yang cuba membunuh James ialah abah kandung dia.

Hancock
Ulasan Ringkas: Hancock ialah seorang superhero yang bermasalah. Selain daripada tidak sembahyang lima waktu seperti kebanyakan umat manusia sekarang ni, dia turut meneguk minuman syaitan dan F.U.I (flying under influence of alcohol). Namun seorang perunding imej bersedia mengubah sikap Hancock kerana dia memahami situasi Hancock yang keseorangan. Berbekalkan kostum kulit ketat yang ditempah daripada Man Kajang, Hancock pun cuba berubah demi bangsa dan negaranya.

Ratings: $$$
Spoiler: Charlize Theron pun ada superpower macam Will Smith jugak.

Run Fatboy Run
Ulasan Ringkas: Mengisahkan tentang seorang lelaki bernama Dennis Fathi Jamaludin yang berasa kecut perut ketika hendak berkahwin lalu melarikan diri ketika hari perkahwinannya membuatkan gadisnya kecewa. (jangan kecut perut ok adam johari) 5 tahun kemudian, cinta Dennis terhadap gadisnya masih mendalam. Setelah melihat gadisnya ingin berkahwin dengan lelaki lain, Dennis yang boroi mencabar lelaki baru gadisnya itu untuk berlumba lari di Beijing 2008. Dapatkah Dennis mengecap cita2 murninya itu? Sama2 kita saksikan spoiler d bawah.

Ratings: $$$
Spoiler: Dapat.

The Nanny Diaries
Ulasan Ringkas: Nanny graduan jurusan Sains Kemasyarakatan secara tidak sengaja dilantik menjadi pengasuh untuk Datin X. Datin X digambarkan sebagai wanita kelas atasan yang stereotype, hanya mementingkan kerjaya (shopping) dan sebenarnya lonely tanpa kasih sayang dan belaian seorang lelaki bernama suamiiiii (nyanyi lagu kopratasa). Nanny terpaksa mengimbang antara minatnya, Harvard Hottienya dan juga sexual harassment yang dihadapi daripada suami Datin X.

Rating: $$ 1/2
Spoiler: Nanny = Annie

Doomsday
Ulasan Ringkas: Negara Scotland telah dijangkiti virus 'XP Antivirus 2008' di mana XP Antivirus 2008 sebenarnya ialah 'rogue' antivirus yang hakikatnya hanya menakutkan kita dengan mengatakan komputer kita dijangkiti virus dan harus membeli software itu untuk membuang virus itu dari komputer. Antara simptom2 komputer anda telah dijangkiti virus itu ialah pop up yang berterusan, home page yang ditukar serta komputer menjadi lembab yang amat. Jangan sekali2 korang pergi membayar untuk perisian jahanam itu kerana pop up itu akan terus muncul. Untuk menghapus kan virus itu, korang harus

1) Terminate process virus itu di background (ctrl+alt+del)
2) Buang folder XP Antivirus yang biasanya terletak di dalam Progam Files.
3) Hapuskan entry virus itu di registry (biasanya terletak di HKEY_LOCAL_MACHINE\SOFTWARE\Microsoft\Windows\CurrentVersion\Run)

Untuk maklumat lanjut dan yang lebih terperinci, sila hubungi saya di v-26mros (at) mssupport (dot) microsoft (dot) com

Hellboy 2: The Golden Army
Ulasan Ringkas: Hellboy bersama rakan2 x filesnya kembali untuk menyelamatkan dunia daripada ancaman tentera emas Poh Kong yang akan dihidupkan kembali oleh Prince Nuada untuk menakluk dunia ini. Hellboy dibebani dengan masalah populariti, masalah rumahtangga bersama Liz, serta sikap supervisornya yang tegas tetapi cilanat. Marilah kita sama2 saksikan kesudahannya di pawagam yang berdekatan.

Ratings: $$ 1/2
Spoiler: Anak kembar hellboy diberi nama Vivienne Marcheline dan Knox Leon.

Part 2 akan muncul tidak lama lagi. Stay tuned!





0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...