Thursday, August 7, 2008

July Movies! (part 2 of 2)

Yeshhh usah histeria siri ulasan filem untuk bulan Julai episod kedua telah tiba. Gila kau sebelas filem takkan aku nak buat sekali harung penat otak aku nak memikirkan spoiler apa aku nak dedahkan kat korang. Buat korang yang masih belum menonton Perjalanan ke Tengah Bumi Tiga Dimensi, Peperangan Antara Naga, Pahlawan Negro eh Gelap, Fail X serta Seks dan Bandar Itu, bacalah ulasan filem ini dahulu sebelum ke panggung agar korang tidak membazir popcorn jika cerita itu tidak kool. Click Read More for the reviews.


Ratings:
$$$$$ : wajib ditonton, curi wang daripada ibu masing2
$$$$ : sunat ditonton, gelapkan saja wang koperasi
$$$ : harus ditonton, jika ada wang ptptn yang berlebihan
$$ : makruh ditonton, dermalah wang itu ke masjid
$ : haram ditonton , baik pergi beli Chipster lagi kenyang

Journey to The Center of The Earth (2d)
Ulasan Ringkas: Ya betul. Aku hanya menonton versi dua dimensi. Konon2 nak tengok 3d la lepas tu nak tengok apa perbezaan dia. Perbezaan dia ialah aku kena bayaq extra 7 hengget untuk spek angkasa gaban itu. Alah apa sangatlah yang tiga dimensi aku rasa part ikan melompat2 je. Nasib baik Brendan Fraser tu hensem awww.

Ratings:$$
Spoiler: tahukah korang perut aku nampak boroi kerana efek 3d?

War of the Dragons
Ulasan Ringkas: Mengisahkan tentang pasangan bercinta Korea Han ji Eun dan Rain. Han ji Eun apabila telah mencapai akil baligh akan dibaham oleh naga Imoogi untuk menjadi naga yang lebih gagah seperti raksasa cloverfield ataupun Ikmar. Tetapi Rain telah melawan qada' dan qadar dan telah menyelamatkan Han Ji Eun daripada dibaham. 500 tahun kemudian, mereka lahir semula ke dunia jumpa2 terus nak ringan2 mana boleh. Seperti biasa Imoogi jahat kembali untuk membaham Han Ji Eun ataupun nama modennya Sarah. Agak hampasla cerita ni sebab mana2 Sarah lagi mesti Naga tu jumpa.

Ratings: $$
Spoiler: Orang tua mula2 tu sebenarnya atuk yang hidup 500 tahun lalu.


The Dark Knight
Ulasan Ringkas: One of the best movies this year. Please read the reviews online.

Ratings: $$$$$
Spoiler: Harvey Dent = Two Face

X Files: I Want To Beleive
Ulasan Ringkas: Filem ini dirilis hanya untuk peminat seperti aku. Kalau sekadar tahu nama Scully ngan Mulder pastu nak cakap filem ini buhsan korang boleh hidu ketiak aku yang berbau Avon ini. This is a standalone movie. It's more like one of the episodes in the cult series. So we wouldn't know what happen after the last episode, will the human race wiped out by the aliens? Did Cigarette Smoking man mati this time? What happened to William? Nope. You won't find the answer to those questions in the movie. Instead, be prepared for a walk down memory lane (chewahh) Psychic priest, blood, and Walter Skinner!

Ratings: $$$
Spoiler: tee nee nee nee nee neeeeee(lagu tema x files)

Sex and The City
Ulasan Ringkas: Kesinambungan daripada siri televisyen hit satu masa dahulu. Carrie kini hidup gembira di samping jejaka tercinta. Mereka bersetuju untuk berkahwin dan Big tiba2 kecut perut dan ingin melarikan diri di hari perkahwinan (berhati2 adam johari). Cis nama je sex and the city tetapi di mana persetubuhannya? Cis semuanya telah dipotong. Tetapi muka sarah jessica parker macam unta kan korang perasan tak?

Ratings: $$$
Spoiler: Carrie last2 kawin jugak dengan Big. Ala takyah cita pun korang tahu.

Sekian, assalamualaikum.



0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...