Tuesday, September 9, 2008

August Movies!

Hai bertemu lagi kita di dalam segmen Ulasan Filem Bersama Abang Jai. Sempena bulan kemerdekaan yang ke _ _ ini (isi tempat kosong tengok korang tahu ke tak), Abang Jai akan mengulas 7 buah filem yang langsung tiada kena mengena dengan sejarah kemerdekaan negara kita yang tercinta ini. Click Read More or the title for the reviews.

Ratings:
$$$$$ : wajib ditonton, curi wang daripada ibu masing2
$$$$ : sunat ditonton, gelapkan saja wang koperasi
$$$ : harus ditonton, jika ada wang ptptn yang berlebihan
$$ : makruh ditonton, dermalah wang itu ke masjid
$ : haram ditonton , baik pergi beli Chipster lagi kenyang

21
Ulasan Ringkas: Mengisahkan tentang sekumpulan kanak2 graduan Universiti Tenaga Nasional yang handal Penaakulan Mantik dan Trigonometri Tambahan yang menubuhkan sebuah kelab perjudian di mana mereka akan mengira kad dalam permainan Blackjack. Eleh bukan susah pun kalau korang nak tahu tips dia tanyala aku. Berbekalkan ilmu yang penuh di dada di bawah bimbingan mentor mereka Kevin Spacey, mereka pun mengorak langkah ke bandar berdosa Las Vegas untuk mencari rezeki haram.

Ratings: $$$
Spoiler: Morpheous berkomplot dengan Ben untuk menangkap Kevin Spacey

The Mummy: Tomb of the Dragon Emperor
Ulasan Ringkas: Filem ini mengisahkan Aniq yang tinggal di Pulau Pinang. Dia mempunyai kakak - Aisya, dan adik - Sabrina. Aniq berkenalan dengan Amelia tetapi mereka mempunyai masalah untuk memberitahu keluarga kerana sikap keluarga yang mengaturkan perkahwinan anak-anak. Kedua-dua mereka yang menuntut di universiti berpakat kononnya universiti mengadakan program keluarga angkat. Amelia tinggal sebagai anak angkat di rumah keluarga Aniq, manakala Aniq pula ke rumah keluarga Amelia untuk memikat bakal mertua masing-masing. Pada masa yang sama, Mami Jarum ingin mengahwinkan anaknya Mehran dengan Aniq. Sebaliknya, Mehran pula menyintai Saiful. Eh ini cerita Anak Mami

Ratings: $$
Spoiler: Booooringgggggg

Forgetting Sarah Marshall
Ulasan Ringkas: Peter memiliki hidup yang sempurna, berkerjaya sebagai komposer lagu, serta memiliki awek hot yang berlakon dalam CSI versi seksual. Namun segalanya berubah apabila aweknya Sarah Marshall meninggalkannya demi penyanyi rock antarabangsa Aldous Snow. Peter membawa hatinya yang lara ke pulau Tioman. Cube teke sape dia jumpe kat sane? (Jawapan di bawah).

Ratings: $$$
Spoiler: Sudah pastilah berjumpa Sarah bersama teman lelaki barunya. Namun kesudahannya Peter tidak bersama Sarah jeng jeng jeng.

Rogue
Ulasan Ringkas: Mengisahkan tentang sekumpulan pelancong yang tidak bersalah dibaham buaya satu persatu. Tidak perlu aku ulas lebih lanjut.

Ratings: $$
Spoiler: Orang yang meninggal ialah mamat 2 orang yang bawak bot, suami perempuan tua, serta perempuan tua yang pakai spek.

Wall E
Ulasan Ringkas: Semua manusia telah meninggalkan bumi. Yang tinggal hanyalah sebuah robot pengangkut sampah DBKL yang telah berevolusi lalu membentuk mata beremosi. Satu hari Hawa (Eve) turun ke bumi dan Wall E yang gersang terus jatuh cinta. Setelah misi Eve selesai terus hilang nafsunya terhadap Wall E. Saksikan pengembaraan serta cinta agung robot di angkasa.

Ratings: $$$$
Spoiler: Wall E meninggal dunia.......kemudian hidup balik haa haa

Penelope
Ulasan Ringkas: Penelope memiliki hidung seperti babi akibat terkena sumpahan orang minyak. Sumpahan itu hanya boleh dihapuskan jika 'salah seorang dari mereka menyayanginya'. Ibu bapa Penelope mengintepretnya dengan menganggap hanya kerabat diraja perlis yang berkahwin dengan Penelope yang dapat menghapuskan sumpahan itu. Seorang wartawan dari kolum gosip Harakah berusaha untuk mendapatkan gambar hidung Penelope yang mahal itu dengan bantuan jejaka kacak 'Max'.

Ratings: $$$ 1/2
Spoiler: Max tanak kawin dengan Penelope kerana dia bukanlah golongan diraja...walaupun ditawarkan wang ribuan ringgit namun dia tahu dia tidak dapat mengalihkan sumpahan yang menimpa Penelope...ohh mulianya...

Death Race
Ulasan Ringkas:Jensen, seorang bekas penagih eh bekas pelumba dituduh membunuh isterinya. Dia dihantar ke penjara Pudu di mana dia dipaksa untuk menyertai sebuah perlumbaan maut sebagai 'Frankenstein'. Dia disaingi oleh karekter2 aneh seperti Mesingan Johari, seorang negro yang dikatakan homoseksual, Grimm, badan penuh tatu macam Scofield, 14k, seorang graduan UKM yang mendapat CGPA 3.98 serta Pachenko, pembunuh isteri Jensen. Warden dia kata sape menang bole kuaq penjara...

Ratings: $$$$
Spoiler: Jensen masuk penjara itu atas arahan warden semata2 untuk menggantikan Frank. Bitch.

Ok di bulan Ramadan yang mulia ini kalau nak menonton wayang bole tapi jangan ringan2 ok. Assalamualaikum.



3 comments:

hUdArLiNg said...

hahaha.review anda tidak pernah megecewakan saya.dan poket money saya.haha.

oh btw, anda telah ditag. sila rujuk blog saya. terima kasih. =]

QilahLala said...

i dah berkurun tak tgk movie ijaiiiii !!! kamu kaya boleh lah tgk hari hari haha

Mohamad Faizal said...

huda: kena tag? apa benda tu tag team macam wwe smackdown ke

lala: tak baik menuduh saya kaya. beriman, mungkin. ala anda yang pentingkan kareer tidak mahu menonton lagi...

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...