Thursday, September 11, 2008

MISSING!

Di mana Peter Griffin? Di mana tshirt kegemaran aku? Aku tak jumpa. Sudah satu rumah aku selongkar. Dalam almari, dalam mesin basuh, dalam rumah kucing, dalam cintaa harus saling percayaaa (lagu mila). Kali terakhir aku pakai ialah 2 minggu lalu. Ini perkara seriyes bukan main2. T shirt itu adalah tshirt aku yang paling kool yang tidak boleh didapati di butik2 bundle berhampiran ataupun superrolling.blogspot.com. Adam Johari yang membelikannya untuk aku di Amerika Syarikat. Bulan Ramadan ni aku meminta jasa baik korang yang mencuri baju aku yang kool itu, secara sengaja ataupun tidak, pulangkanlah. Tidak lena aku tidur setiap malam. Kesian mama aku harus mendengar rengekan aku meminta baju yang sama setiap hari. Aku akan paparkan gambar2 kool aku bergaya dengan tshirt dari pelbagai sudut agar korang dapat carikkan sekali untuk aku. Sape jumpa akan aku doakan kebahagiaan korang di akhirat setiap kali aku abes semayang. Click Read More or the title for more pictures.



Hilang...




Where are you my love...


Usah kau pergiiiiii


Di manaa kan ku carii gantiiiiiii

Tuhan nampak doo apa yang korang buat. Baik pulangkan kalau korang terambil. Berikut adalah teori2 aku siapakah orang2 yang disyaki mengambil baju aku secara paksa:

1) Pekerja kedai dobi yang tidak jujur
2) Jiran2 yang cemburu
3) Gadis2 yang salah faham (Nurul Huda selalu marah saya pakai baju ini).

Di bulan Ramadan yang mulia ini saya harap kita semua dapat bermaaf maafan yang hidup dalam suasana yang harmoni. Oleh itu tolonglah pulangkan baju aku yang kool tu. Assalamualaikum.





7 comments:

Anonymous said...

wei jai..peter griffin kau sedang bersemadi dalam bonet kete aku..kau tertinggal time naik kete aku pg tgk piala mesia..spender belang2 george michael kau pun ade gak(aku sengaja menambah perisa agar cerita lebih sedap)..aku dah siap basuh..lupe lak nak bg kat kau..haha..

Anonymous said...

eh lupe lak letak nama..yg menghantar comment sbg anonymous di atas itu adalah aku-->abe yg kacak..
sekian trima kasih..nak rawatan gigi sila la cari aku(jai aku tumpang buat promosi kat blog kau..)

Mohamad Faizal said...

si keji kau menyebabkan aku menderita 2 minggu. namun di bulan ramadan yang mulia ini aku maafkan kau

hUdArLiNg said...

3) Gadis2 yang salah faham (Nurul Huda selalu marah saya pakai baju ini).

oh sampai hati ijai meletakkan nama saya sebagai saspek yg dicurigai???? sob2.yang bersalah adalah anda sendiri.dan juga "abe yang kacak" (rakan komplot anda) heehh..sedih..

Mohamad Faizal said...

jangan sedih nurul huda biasalah keliru akibat kelaparan di bulan ramadan. nanti bulan syawal datang rumah saya yaa (teknik amek ati)

zatihazira said...

munkin baju tu pon dh menyampah kat kau.pantang kering disarung semula.

sugar-coated cupcake said...

hahahaha. siannya ijai... alhamdulillah dapat dijumpai akhirnya.. :)

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...