Tuesday, September 23, 2008

Top Ten Raya Songs

Next week dah raya. Seluar raya mahal setahun sekali masih belum dibeli. Tetapi raya kali ini sudah tidak bermakna lagi buat diriku. Mengapa?

a) Aku sudah bekerja kena bagi duit raya kat sepupu, Mak Long, Mak Ngah, Pak Su dan Park Ji Sung.

b) Aku tiada kampung

c) Aku BEKERJA di hari raya ini. Sah2 tak semayang raya (namun taktik ini hebat kerana tak perlu memberi duit raya)

Jadi apa mahu buat? Dengar lagu raya sajalah untuk mengubat hati yang lara. Sila klik Read More ataupun tajuk dia untuk mendengar Top Ten lagu raya kegemaran aku. Peace.

1. Musafir di Aidilfitri - S. Jibeng
This is probably the syahduest raya song ever made. Gemaaaaaaa damnn meremang bulu ketiak tatkala mendengar verse pertama lagu itu. The cover by ruhil amani was okay but nothing beats the original.

2. Satu Hari di Hari Raya - M. Nasir
I'm sure this song will be in everyone's top ten. Dengarla patblas kali berturut2 pun pasti tidak bosan.

3. Raya - Jalil Hamid
"Bila sebut pasal raya semua ingat hari raya tapi janganlah pula kita lupaaa. Ada 1001 kata berkait dengan raya selain hari rayaaaa....." Haa haa a different take on Hari Raya. Bukan setakat hari raya, jalan raya, kaya raya, puduraya, bunga raya, hantu raya suma ada.

4. Seloka Hari Raya - Uji Rashid dan Hail Amir
Tiada pasangan di dunia ini yang dapat mengatasi chemistry antara mereka tak kirala diorang tu nurul dan ajai dulu2 ke, yusry dan erra dulu2 ke apatah lagi achik spin dan siti nordiana.

5. Malam Kita - KRU
Haa haa ini kira lagu raya ke? aku pun tak tahu. Yela lirik dia begini, "Ohh sepurnama kita tempuh dugaan penuh kesabaran, kini tiba sekali lagi hari yang dinanti tiba pasti...". Tak kira aku fanatik KRU sejak sekolah rendah lagi.

6. Cahaya Aidilfitri - Black Dog Bone
Nama band sudah menakutkan tapi lagu rayanya menjadi instant classic ketika mula2 direlease 14 tahun dahulu (fakta tak benar, men blasah je ni).

7. Lebaran Ini - Raihan, Nowseeheart, Rem & Ajai
Suara Rem meneran sungguh real tatkala rakaman di studio majalah mangga mengatakan Rem tercirit sedikit sehingga mengalir ke lutut.

8. Bergema Takbir di Pagi Raya - 4u2c
Masa ni 4u2c gaduh ngan KRU biasalah tak matang lagi.

9. Menjelang Hari Raya - Dj Dave
Dj Dave sungguh kacak bergaya dulu dan sekarang menjadi kegilaan ibu bapa kita di zaman2 remaja dulu.

10. Aidilfitri - Sanisah Huri
Tak kenal? aku pun tak kenal. Tapi lagu dia camni, "Kini tibaa masanya berharii rayaa muslimin dan muslimat sembahyang bersamaaaaa..."

Yaa sekian saja Carta Raya tahun ini. Jangan diam saja habaq mai la korang punya lagu feveret lak. Ok Selamat makan lemang untuk anda sekeluarga. Peace...

p/s: kalau korang perasan aku kopi pes je post bertarikh 9/10/2007 bukan korang perasan pun amacam munafik tak tindakan aku



4 comments:

Anonymous said...

betul ke ade orang name s jibeng?

-adam-

sugar-coated cupcake said...

aww ijai kena keje during raya ke? i know how that feels. last year lah. huhu. anyway, asalkan semangat raya ada.. tu penting ;) kirim salam kat mama ijai k!

Mohamad Faizal said...

adam: tak baik kau mengeji nama dia dahla mata dia buta

ezu: biasalah saya orang putih mana sambut hari raya heee. bersedia baju raya anda kerana baham2 di rumah saya nanti kena pakai baju raya lengkap

hUdArLiNg said...

ijai,takde open house lg?kali ni huda akan pastikan mama huda tak marah lg.hahaha

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...