Monday, October 6, 2008

Hari Raya Blues

1st October 2008

4.00 a.m:
Bangun solat tahajjud. Mandi sunat aidilfitri. Memakai baju raya baru bukan tahun lepas punya yang berwarna ungu. Membaham nasi impit beserta kuah kacang, resipi istimewa arwah uwan aku.

4.30 a.m:
Sambil bertakbir raya, aku pun bertolak ke Jalan Raja Chulan untuk menunaikan seruan syarikat. Siapalah aku yang tiada kampung ini untuk bercuti di hari raya.

5.00 a.m:
Tiba di pejabat. Kes pertama hari itu, masalah pengaktifan Tetingkap (Windows Activation). Pengguna tidak dapat mengaktifkan Windows melalui internet kerana driver network cardnya masih belum diinstall. Ingin mengaktifkan melalui telefon, tetapi tiada installation ID. Apabila diperiksa, part number cd Windowsnya tidak sama dengan produk key yang digunakan. Masalah selesai.

8.30 a.m:
Memakai songkok dan bersampin. Meminta izin untuk bersembahyang raya. Berjalan segak seperti pendekar menuju ke masjid Jamek. 15 minit kemudian, menitis air hidungku kerana solat sunat aidilfitri telah tamat. Takpe aku dah cuba sedaya upaya.

10.00 a.m:
Berjalan2 di ofis mencuri tulang sambil bermaaf2kan sesama rakyat Malaysia yang tidak menyambut hari raya. Masing2 bertanya mengapa aku tidak bercuti dan pulang ke kampung. Aku hanya membalas dengan linangan air mata.

11.00 a.m:
Bos aku memanggil aku. "Faizal kau memang pekerja yang rajin aku akan naikkan gaji kau dan beri kau pulang pukul doblas untuk menyambut hari raya,"ujar bos aku. Bos kepada bos aku yang nampak aku memakai baju melayu dan bersongkok kata "Hensemnyaa"(yang ini aku 100% bercakap benar).

11.30 a.m:
Jamuan istimewa hari raya. Dapat makan nasi beriyani berlaukkan ayam masak merah, kambing masak taucu dan ketam ronggeng. Setelah penat mencekik, aku pun pulang menuju ke kampung halaman (bandar baru bangi tercinta).

1.30 p.m:
Sampai di rumah, tidoq la penat doo.

4.00 p.m:
Mama aku kejut. Masa untuk beraya di rumah saudara mara. Aku pun mengenakan set kedua baju raya yang lebih mahal. Seluarnya longgar, maksudnya aku sudah tidak boroi. Alhamdulillah. Sesi bermaaf2fan bersama ibu dan bapa diteruskan. Tiada duit raya, of kos.

5.00 p.m:
Berjalan ke Kampung Pandan ke rumah kakak kepada nenek belah bapak aku, dan kakak kepada uwan belah mak aku. Kali ini, giliran aku menghulurkan duit raya kerana aku sudah bekerja (dipaksa sebenarnya). Itu pun menyamar saja aku yang bagi, padahal mama aku yang letak duit dalam sampul surat. Selepas itu, kami ke Ampang beraya di rumah sepupu mama aku. Perjalanan disudahi dengan salam dengan berkunjung ke rumah Mak Long aku di fasa 1 Bandar Baru Bangi. Pak Long aku menuntut set golf yang aku janjikan raya tahun lepas. Mama seperti biasa menyelamatkan aku.

10.00 p.m:
Sampai di rumah. Ahh penatnya. Itulah rutin raya aku. Tiap2 tahun pun sama je sebenaqnya except tahun ini aku bekerja. Bagaimana raya korang kool ke tidak? Pasti korang hampa dengan berbaju raya tahun lepas kan.

Selamat Hari Raya semua! I lap u all. U all lap me x?


2 comments:

hUdArLiNg said...

saya berbaju baru dan masih menerima duet raya!ha ha ha ha!

Mohamad Faizal said...

tapi anda masih terpedaya dengan lakonan encik azmi (ke encik shahril?) dari bahagian kewangan haa haa

saiful izwan dan tamir afendi pun terpedaya jugak

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...