Thursday, November 6, 2008

Liverpool FC Memorabilia

Sebagai peminat fanatik pasukan bola sepak paling gagah di Eropah, Liverpool FC, sudah pastilah aku akan membeli atau memaksa orang membeli merchandise2 original Liverpool untuk dibuat koleksi. Setakat ini, aku berjaya mengumpul 4 merchandise Liverpool yang semuanya diimport dari negara tanah tumpah darah kita yang kedua, England. Jelas sekali entry kali ini ditaip untuk aku riak dan bongkak sambil mempamerkan koleksi2ku yang bergaya ini. Sila klik Read More untuk berasa kagum.


Item: Liverpool FC Champions League Winners shirt
Dibeli oleh: Nurhisyam Suhaimi
Komen: Dibeli sebaik sahaja Liverpool memenangi Liga Juara2 Eropah pada tahun 2005. Siapa yang dapat lupakan malam bersejarah itu, ketika semua orang sudah tidur kekecewaan dipukul 3-0 sebelum halftime, aku masih setia di restoran Ayam Kampung Rimba (belakang Ameerali), lalu berlakunya keajaiban dan terhasillah tshirt ini. Oh ise aku baya kat kau guna McD kan mebe aku hutang kau lagi satu Big Mac.

Cicak Man dan Kacak Man

Item: Liverpool FC Snowcap
Dibeli oleh: Mohd Dazrul
Komen: Uhh memang kool gila la snowcap ini. Terasa kool mengalahkan Altimet jika aku memakainya ketika berjalan2 di Alamanda. Kalau Altimet nampak aku pakai pun mesti dia cakap aku ni Caaaantik. Mula2 aku mintak dazu beli jersey terus tapi jersey kat sini pun bole carik ye tak. Lagipun ada sponsor kasbeg dazu kan biro agama mana nak belikan untuk aku.
Wajah Riak aku

Item: Liverpool Fc Keychain
Dibeli oleh: Eleanor Ezura
Komen: Sungguh kool cik ezu membelikannya untuk saya ketika berjalan2 di UK. Selain digunakan untuk riak, keychain ini juga berguna untuk bergaduh dengan penyokong2 manshitter united dengan mencalarkan pipi mereka menggunakan keychain ini. Sorilah gambar tak clear sangat amek guna kamera fon aku yang murah je ni. Siapalah aku nak beli dslr (emo).

Banyak wajah2 rival yang aku telah kelar menggunakan keychain ini

Item: Liverpool Fc mug
Dibeli oleh: Akak Abe
Komen: Thanks akak abe menghadiahkannya kat aku. Tengkiu akak abe walaupun kita jelas berlainan mazhab di dalam bolesepak. Mug ini masih berada di dalam kotak. Tidak akan dibuka, apatah lagi dituang air milo ke dalamnya.




Aku tiada scarf ini. Tolong belikan untuk aku ketika kau pegi UK nanti ahmad shuduh.





2 comments:

Idlan said...

Jai kau ni macam mama aku lah. Aku belikan barang dia buat tayang dalam kotak ajer, bukan nak pakai

Mohamad Faizal said...

mana bole pakai nanti abesla terhakis macam mug kru aku

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...