Monday, November 3, 2008

October Movies!

Haiii bertemu kita lagi dalam segmen Mari Menonton Bersama Abang Jai. Bulan ini kita ada banyak cerita. Cerita aksi, cerita lucu, cerita cinta cerita hindustan suma ada. Seperti biasa, ulasan2 filem ini boleh dijadikan panduan agar anda tidak terpedaya dengan trailer2 yang mengaburi mata hati. Sila klik Read More untuk ulasan lanjut.



Ratings:
$$$$$ : wajib ditonton, curi wang daripada ibu masing2
$$$$ : sunat ditonton, gelapkan saja wang koperasi
$$$ : harus ditonton, jika ada wang ptptn yang berlebihan
$$ : makruh ditonton, dermalah wang itu ke masjid
$ : haram ditonton , baik pergi beli Chipster lagi kenyang

Eagle Eye
Ulasan Ringkas: Filem ini mengisahkan tentang seorang penyanyi yang pernah popular satu masa dahulu, Eagle Eye Cherry, dengan lagunya yang popular 'Save Tonight'. Setelah bersara kerana album tak laku, dia dan seorang ibu telah memenangi cabutan bertuah di mana setiap gerak geri mereka sentiasa diperhatikan, dan harus mengikut suara2 syaitan yang dibisikkan. Kalau tak buat nanti buruk padahnya. Filem ini dilakonkan oleh Shia Lebeouf, anak bekas pemain bolasepak Frank Lebeouf.

Ratings: $$ 1/2
Spoiler: i robot + enemy of the state = eagle eye

The House Bunny
Ulasan Ringkas: Filem ini mengisahkan tentang Shelly yang sudah lanjut usia, 27 tahun yang diusir keluar dari Playboy Mansion. Sambil membawa hatinya yang lara, dia pun membawa diri ke Tanjung Karang, di mana dia menyertai sekumpulan wanita yang nauzibillah wajah/personaliti mereka. Shelly sebagai bimbo yang sejati, mengajar kanak2 didik barunya itu untuk mengubah imej menjadi lebih hangat dari biasa. Namun lelaki2 yang gersang korang usahlah berharap dapat melihat aksi2 ranjang Playmate2 yang hot kerana filem ini memang berstatus 'U'.

Ratings: $$$
Spoiler: american pie beta house + Bugs Bunny = the house bunny

Disaster Movie
Ulasan Ringkas: Memang disaster movie ni jika tersalah tengok memang rasa nak menampar penonton wayang di sebelah anda. Namun begitu, tetap ada scene2 yang membuat aku tergelak ke ke ke seperti parody dari Juno, Superbad serta High School Musical. Lower your expectation when watching this movie, because I do think there are better spoof movie out there.

Ratings: $$
Spoiler: wanted + iron man + hulk + hellboy + dark knight + 10,000 bc + Enchanted + Alvin and the Chipmunk + Cloverfield + Miley Cyrus! + Amy Winehouse + Sex and the City + Indiana Jones + Beowulf + Prince Caspian + Love Guru + Gol dan Gincu + Budak Kelantan = Disaster Movie.

Max Payne
Ulasan Ringkas: Watching this movie is Maximum Pain.

Ratings: $$
Spoiler: B.B ialah watak jahat dalam filem itu.

My Best Friends Girl
Ulasan Ringkas: Anda baru berpisah dengan teman wanita anda tetapi masih menagih cintanya? Usah kaget. Upah saja Tank untuk keluar dengan ex anda. Tank akan melayan gadis anda seperti melayan anjing laut lalu ex anda pasti terkenangkan kemanisan bercinta bersama anda.

Ratings: $$ 1/2
Spoiler: Mamat american pie upah kawan baik dia tank untuk mendapatkan gadis yang dicintainya. and geeeeessss i wonder what will happen nexttttt

Bangkok Dangerous
Ulasan Ringkas: Dalam banyak2 filem, filem apakah yang tidak lurus dan bahaya? Bengkok Dangerous haa haa kelakarnya aku. Nicholas Cage berlakon sebagai pembunuh upahan yang memang samseng ah. Tapi kesamsengannya itu cair apabila dia jatuh cinta dengan gadis farmasi bisu. Dia turut mengambil seorang warga Thailand Kiatisuk Senamuang untuk menjad anak muridnya sambil membunuh target2 yang terdapat dalam kontraknya.

Ratings: $$ 1/2
Spoiler: Last2 Nicholas bunuh diri.

Tropic Thunder
Ulasan Ringkas: Mengisahkan tentang 3 orang pelakon, Ben si pelakon aksi yang sudah hampir ke penghujung kareer, Jack, naib juara Raja Lawak musim kedua, serta Downey Jr, pelakon yang telah memenangi pelbagai anugerah. Mereka disatukan dalam sebuah filem perang berbajet besar, yang di inspirasikan dari kisah benar hasil pengalaman Four Leaf, seorang askar wataniah. Masing2 big star mestila ada ego kan. Namun semua itu berubah apabila mereka terpaksa menghadapi situasi peperangan sebenar apabila dihumban ke hutan di mana terdapat kongsi gelap myanmar yang ganas. Tetapi filem ini takdela membuat korang gelak sentiasa pun. Hmm

Ratings: $$$
Spoiler: Four Leaf ada tangan sebenarnya.

Okay semua selamat menonton. Jumpa lagi kita di segmen yang sama bulan hadapan. I lap u all. Muah.



5 comments:

zatihazira said...

sumer makruh je. sial je wt teke teki benkok lurus. penat je aku berazam tanak gelak selame sehari.silap bukak blog kau sebelum tido.

Mohamad Faizal said...

jangan gelak seorang diri nanti dituduh gila. tergila gilakan aku

Anonymous said...

Jai ape citer Tottenham?

Anonymous said...

adam

Mohamad Faizal said...

tidak risau, kami masih di atas man u

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...