Wednesday, November 26, 2008

Prepare for Awesomeness

Finally. Setelah 12 tahun menanti, setelah penat mencuri tulang tetapi mengharapkan gaji, setelah berdoa ke hadrat ilahi setiap hari, akhirnya aku telah berjaya memiliki gajet yang aku idam2kan selama ini. Well korang gadis2 mestila mengidamkan Vincci la Louis Vuitton la Louis Hamilton la tetapi aku? Apa yang aku inginkan? New handphone? Cisl aku rela pakai 3310 keramat aku dulu. New car? Cis pakai kancil aku lagi bergaya jimat minyak. New Kids On The Block? Aku ada album dia. "Abis tu apa yang kau mahu Faizal usahlah berteka teki!" bisik hati korang. Haa haa sejak hari Isnin, tepat sahaja pukul 2, akan terusku logout dan menghilangkan diri dari tempat kerja, memecut pulang dengan rasa gembira. Mahu tahu mengapa? Klik Read More untuk berasa kagum.


Wajah penuh bernafsu

Haa haa haa kagum bukan? Haa haa haa riaknya riaknya. Setelah beberapa minggu aku berulang alik ke kedai Bernard, kedai game kat Jusco Cheras Selatan serta Mines, akhirnya aku berjaya menemui Guitar Hero: World Tour di Midvalley. Dari jauh aku melihat kotaknya ahhh hampir orgasm aku dibuatnya. Namun hati kecil ini berbicara, wajarkah aku membelinya? Harganya dahla sama macam harga seekor kambing. Namun bila nafsu serakah sudah menguasai diri, aku tumpas. Tanpa banyak bicara "amoi wa lu punya regular kasteme bagi mulah sikit maaa," ujar aku kepada Faye Wong (aku reka je nama cina tu). "Oklah nasib baik lu manyak hensem wa bagi lu ini troli untuk solong itu kotak." Apapelah. Maka dengan hati yang gembira, aku pun pulang ke rumah. Mari kita saksikan saat2 bersejarah ini.

"AHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHH prottt protttt," bunyi aku kentut kegembiraan.


The new wireless guitar...the new neck slider will allow you to goreng sampai arwah.


Inilah sebabnya aku rela mengumpul wang serta berpuasa menahan diri daripada makan dan minum serta perkara2 yang membatalkan puasa seperti keluar haid dan nifas. Inilah sebabnya.


Mengikut rentak lagu Everlong, lagu paling besh dalam sejarah kehidupan manusia.

Guitar Hero: World Tour features 80+ songs for you to jam with your friends and family. Suma jenis lagu adala. Nak pop? Beat It by Michael Jackson. Nak punk rawk? Ada Dammit by Blink 182. Nak Jared Leto? Ada 30 Seconds to Mars. Nak hangguk kepala? Korn ada Tool ada Metallica pasti ada. Akustika Nirvana 'About A Girl' pun ada.

Besides guitar and drums, it also has a microphone. Tapi mic aku masih tak bukak lagi dari bekas dia. Haa haa terlalu asyik mengetuk dram (tapi takdela sampai tinggal semayang maghrib). Markah dikira berdasarkan pitch lagu. So tak kisahla kalau korang berwajah hodoh macam Siti Sarah ke, suara macam itik seperti Macy Gray ke memang dia tak kisah.

So adakah ini satu pembaziran? Tidak sama sekali. Game ini boleh merapatkan ukhuwwah sesama umat manusia. Lagipun bukannya selalu aku keluarkan money untuk diri sendiri. Hmm macam mencurigakan je ayat terakhir aku tu. So come on my friends, let's join Y.P.R!

Da' killa!




9 comments:

Anonymous said...

jai abang aku pun dah ade sebiji. ape lagi. jom kite rock bile aku balik nanti.

-adam-

sugar-coated cupcake said...

datilla is so cool!! korang dua memang sesuai..! :))

Mohamad Faizal said...

adam kau nak balik tahun depannnn kamonla kate nak tubuhkan band untuk perdayakan gadis2. kate nak masuk amazing race asiaaa balik ah cepat

ezu: jom ah joun ezu Y.P.R masih memerlukan penyanyi hee hee

Muaz said...

damn..lagi awesome dari orgasm ke? Hahaha...

wei..nanti aku pegi rumah ko.. cun laa.. hehe

hUdArLiNg said...

wah! ini btol mengorgasmkan! *pelik plak aku ckp cmni* neway, nak join gakkkkkk!!!

Anonymous said...

kite kene buat video dulu jai. aku tak pandai berlakon. confirm tak dapat masuk amazing race asia

-adam-

souled_oUt said...

ohhhh sangat kagum !! have fun with ur new toy.. !!

zatihazira said...

ok, buat pertame kali aku jeles dgn gejet kau. yg len aku tak heran sgt!

Mohamad Faizal said...

haa haa haa jeles bukan? kagum bukan? ghairah bukan? haa haa haa riaknya riaknya

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...