Friday, November 21, 2008

Why My Office is Kooler Than Yours

Saban hari, ofis aku semakin kool. Baru2 ini, bos aku telah mengubahsuai sebuah bilik untuk menjadi 'Chill Out Room' untuk kami mengumpat dan mengadu domba. Bilik ni memang jauh lebih kool dari bilik korang kerana bilik korang mana ada Macbook (spankin new!). Bilik korang mana ada aircond (haa haa). Bilik korang mana ada pc yang ada Windows original. Bilik korang mana ada tv lcd. Dan yang paling kool, bilik korang mana ada XBOX 360!!! (korang harus menjerit 'WoW!' skarang juga untuk menambah efek kekoolan dia).

Well keje dengan Microsoft mestila diorang bagi 360. Kalau keja dengan Sony diorang bagi PS3. Kalau keje dengan Exxon Mobil diorang bagi minyak masak. Kalau keja dengan Maxis diorang bagi caller ringtone. Kalau keje dengan Idwal diorang tak bagi apapa. Kalau keje dengan Satyam diorang bagi serbuk kari. Apa yang aku merepek ni. Ok berbalik kepada tajuk asal, we got the Falcon edition of the xbox, with 4 wireless controllers, and a couple of original games, including Fifa 09 (hot stuff), Kung Fu Panda (gaduh ramai2), Gears of War, Forza Motorsports and apa lagi tah aku pun tak ingat.



Maka ada saja masa pasti kami akan menghabiskan masa bermesra dan bersenggama di dalam bilik itu. Buat korang yang tak tahu, aku memang handal bermain Fifa. Korang hantarla Cristiano Ronaldo ke Akmal Rizal ke Titus Bramble ke suma aku bole gelecek siap buat skill tiga-ratus-enam-puluh-darjah(tekan LT + pusing right analog stick 360 darjah). Tanya saja mangsa2 ratahan aku di ofis. Kita ikuti testimonial mereka setelah dikokak aku dalam permainan Fifa.

Syed Muaz:
"Faizal ni memang handal orangnya. Selain mahir dalam Fifa, beliau turut handal menginstall Windows serta jarang miss sembahyang jumaat. Saya amat berbangga menjadi temannya"
Andrew Chan Wai Jien:
"Ngo hou lengchai. Lei hou leng. Sik sap mai"

Gaya sang juara. Main game pakai baju Melayu dapat pahala.

So bagaimana? Kool tak ofis aku? Tunggu apa lagi? Hantarla resume korang untuk bekerja di sini. Pastu boleh aku belasah korang Fifa. Kalau tanak main Fifa nak main Saidina pun ada kat ofis aku. Ok assalamualaikum


8 comments:

souled_oUt said...

keje kat satyam dpt serbuk kari? hahahahah..

u keje kat mana ni? my work sucks.. well working in a bank sucks..

Anonymous said...

tak tahan aku melihat xbox360...

adam

Mohamad Faizal said...

souled_oUt anda kerja bank apa bangkok dangerous ke haa haa

adam kau akan pasti tak tahan dan ghairah melihat entry akan datang aku kerana aku telah membeli sesuatu yang kool...tungguuuuu

Jamil said...

eh faizal. jom aa main fifa. aku keje bank jugak. bank aku ada fridge penuh mknan hehe


Jamil

Mohamad Faizal said...

jamil mak kau dah pegi haji belum bila kita nak buat parti liar di rumah kau

Emi said...

Sape dapat serbuk kari? Xde pun..
:(

Syed Muaz said...

hehehe.. aku tak comment cam tu.. tapi office kita mmg agak kool ada semua ni.. hehehe

nanti aku komen lagi..

*ps; kita ada rematch fifa sejak kekalahan ko kat amcorp mall

Mohamad Faizal said...

kekalahan aku? KEKALAHAN AKU? haa haa haa haa haa haa haa haa haa haa haa haa haa haa haa haa haa haa haa haa haa haa haa haa haa eii penatla aku nak gelak aku dahla puasa sunat arini

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...