Wednesday, December 3, 2008

Bandar Baru Bangi Rawks

Bandar Baru Bangi is the BEST place to live. Click Read More to know why.

We got everything in Bandar Baru Bangi.

Shopping: We got two world class shopping centre, the magnificent Warta and the magical PKNS complex. Warta ni kira setaraf dengan Midvalley ah cuma saiz dia kurang sikit je. Midvalley ada bowling? Warta pun ada. Midvalley ada wayang? Warta pun ada. Free seating lagi tiket murah pulak tu (kawan2 bangi jangan korang bocorkan apa yang dah berlaku di situ). Nak KFC? Warta pun ada. Nak kedai game? Warta ada 3 midvel ada 2 je. Nak main snuker main arked? Warta ada juga.

Food: Ahhh. Where should I start? Korang tak perlu keluar Bangi untuk membaham benda2 yang lazat serta halal. Nak fast food? McD 24 hours drive thru baru bukak. KFC, Pizza Hut, Ayamas, Kyros Kebab, Secret Recipe, San Francisco, Papa Chop Mama Grill (ke Mama Chop Papa Grill?). Ape? Nak restoran eksklusif dan mahal? Tiada masalah. Boleh pegi restoran Yus. Nak maplay? Syurga mapley di seksyen 15 penuh dengan india muslim yang ramah dan boleh kira makanan tanpa menggunakan kalkulator atau sempoa semua pakai ketiak dia je. Nak kedai selebriti? Boleh jumpa Cat Farish di CopyCat. Boleh jumpa Ezzah Aziz Fawzy di Kopitiam Kawan. Boleh jumpa gitaris Search di Bangi Kopitiam. Boleh jumpa Rosyam Nor kat rumah dia kat Bangi Perdana tapi dia tak bagi masukla kalau korang nak makan tengahari umah dia.

Study: Kamon. Tak payah anta anak korang belajaq jauh2 untuk berjaya. Hantar saja ke sekolah aku Sekolah Menengah Kebangsaan Jalan 3 tengok antara hasil terbaiknya ialah aku. Pastu bole melanjutkan pelajaran di Universiti Kebangsaan Malaysia, Universiti Tenaga Nasional (wooooooooo woooo woooo bunyik sorakan kanak2 uniten), KLIUC, Maktab Perguruan Islam, Sekolah Memandu Mazris serta sekolah OKU kat area kilang tu.

Recreation: Nak main futsal? Ada 8 court kat Bangi ni kau pilih je nak yang mana. Kalau perut korang boroi macam Jamil, pergila jogging dekat Taman Tasik Cempaka. Huii air dia kaler biru tau jangan main2. Lepas tu malam2 bole tengok orang ringan2 kat tasik tu. Tapi skarang Jais asyik rush je dah susah dah nak nampak. Baguihla tu.

Facilities: Nak datang Bangi senang je. Boleh naik komuter. Cab ada di mana2. Bas nak pegi warta sentiasa ada. Kalau sakit klinik banyak. Hospital Az Zahrah pun ada. Kalau kena santau bole jumpa Harun Din. Kalau nak santau orang boleh jumpa Mohd Naufal. Kalau nak kawin/spend malam pertama, bole bersetubuh di Bangi Golf Resort (hee hee). Pastu boleh pegi perpustakaan awam, pasar malam yang ada jual minyak lintah, Surau Al Kauthar yang ada aircond, Kedai Gunting Rambut Abang Macho, Pasar Mini Kiat Seong.....sambung sendiri aku nak frag2 kejap.

Bandar Baru Bangi Rawks!

Right?



13 comments:

Idlan said...

Jai, kau lupa :

1) Mawi
2) Khir Toyo
3) Pusat Andaman Zee Ika

omecool20 said...

yezzaaa Bangi rocks :D

Anonymous said...

aku sgt bersetuju..sebab tu aku masih berkeliaran di bangi..haha..
jai,warta nak bukak wayang baru..opening soon..
kau patut include skali acik peluh dan perkhidmatan kaki pukul pengawas( diketuai oleh ikmar..)

p/s:aku blah jumaat ni..

-shuhud-

hUdArLiNg said...

hahaha!mcd drive thru tu best. ;p

jayen said...

Camne ni boleh lupa:

Kedai Gunting Rambut Maniam Jalan 6

and latest addition,

Kedai Gunting Rambut Abang Macho Seksyen 15 ... Lepas Gunting, Bertambah Macho!

souled_oUt said...

hehehe.. but i still prefer shah alam lah

zatihazira said...

hanye org bangi bangge dgn bangi *taip komen dgn muke kerek*

Mohamad Faizal said...

akak abe: zee ika tu sapa selebriti jugak ke

omecool20: bangi memang semulajadi rawk

abe: scarf liverpool aku jangan lupa

huda: kalau pegi mekdi hubungi saya untuk makan bersama tanpa membayar

jayen: Kedai Abang Macho dah tulis apa di perenggan terakhir...

souled_oUt: skolah alam shah ramai gay (tiada kaitan dengan shah alam)

zati: bangi > seri kembangan

ainsah nor hashim said...

bangga la jadi warga bangi.. hehehe

Loveliana cakes said...

jai jangan lupa
nak order kek kawin bertingkat sampai sploh pun ade, nak order kek-kek dengan design paling modern pun ade..jenguk je puteri seroja tu ade kedai loveliana cakes kat situ..
http://loveliana-online.blogspot.com

SteamPlayer said...

Warga seksyen 4 here :3

Nurul Shafira said...

warga maktab perguruan islam here. :)

Anonymous said...

Orang Bandar seri putra pun layaaaaaaaaaaan sekali

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...