Thursday, December 25, 2008

The Best Job in The World

I got the best job in the world.

Aku boleh masuk kerja pukul berapa yang aku mahu.
Aku boleh balik pukul berapa yang aku mahu.
Aku tidak perlu login/logout/punch card.
Aku tidak perlu menjawab call melayan customer yang garang/bangang.
Aku boleh pegi breakfast, lunch, break pukul berapa yang aku mahu.
Aku boleh pegi breakfast, lunch, break seberapa lama yang aku mahu.
Aku boleh main xbox 360 bila2 aku mahu.
Tiada tekanan.

Kau kerja apa Faizal? Gigolo ke? Direct selling ke? Click Read More untuk teruskan kecemburuan anda.

Jika korang tidak tahu, aku bekerja sebagai Level 2 Microsoft Technical Support, di mana aku perlu membantu pelanggan Microsoft (home user) di Australia dan New Zealand menyelesaikan masalah mereka. Masalah komputer, masalah keluarga serta masalah matematik moden semua aku layan. It pays well, but the pressure is high. Nasib baik aku dikurniakan dengan kesabaran yang tinggi boleh bertahan dicerca jika Windows Update membuatkan mereka tidak boleh boot to Windows. Kecoh la korang aku tak pernah buat update rileks je. Aku juga harus bersabar mengajar atuk dan nenek cara2 untuk pergi ke safe mode berulang2 kali. Assobriminaliman. Wal tara iman wal neraka. Maka setiap hari, average customer yang aku dapat, around 8 - 10 issues per day. Ok la tu kan.

Tetapi! Minggu lalu, jika korang baca paper ataupun korang celik IT, korang pasti tahu tentang flaw Internet Explorer yang baru dijumpai. Microsoft telah mengeluarkan satu update kecemasan untuk membaiki isu itu. This security update resolves a publicly disclosed vulnerability in Internet Explorer. The vulnerability could allow remote code execution if a user views a specially crafted Web page using Internet Explorer. So berhati2lah korang jika menggunakan IE (semua version up until IE7. IE8 beta 2 korang tak payah ngada2 nak install), kerana ada certain phishing website yang akan mencurik password Facebook anda (semua password, password site porno anda pun tak selamat). So jangan lupa install update ya kawan. Sila layari http://www.microsoft.com/technet/security/bulletin/MS08-078.mspx

So bagaimana isu itu mengefek aku? Well akibat panic dan cuak dan kurang maklumat serta exaggeration daripada media, pelanggan2 Microsoft di Australia dan New Zealand semua gabra lalu menghubungi Microsoft dengan serentak. Maka lebih seribu panggilan yang masuk, kami di tier 2 terpaksa menjawab lebih 20 panggilan, semuanya pasal update yang baru direalease itu. Sehinggakan bos2 besaq pun terpaksa membantu.

But! Lucky for me, sehari sebelum itu, aku telah 'dinaikkan pangkat' (tapi tak naik gaji, hee hee) untuk menjadi full time email support. Maka di kala comrade2 aku sedang bertungkus lumus, aku hanya lepak chill bermain Soulcalibur (aku orang paling handal di ofis, kalau tak puas hati meh aa bertarung). So kerja aku sekarang troubleshoot guna email saje.

Walaupun begitu, email support sebenaqnya lebih mencabar, kerana isu2 yang ditanya lebih sukar nak arwah. Kerana email support ini percuma, so mereka yang kedekut tu paksala kami menyelesaikan masalah2 yang kompleks. Contohnya, mereka tidak boleh browse internet menggunakan usb modem jika wireless printer mereka connect kepada wireless router. (solution: assign static ip address). Well memberi penyelesaian memang mudah, tapi cara nak mengeksplain kat diorang tu yang payah. Kita tak boleh call diorang, tak boleh nak buat remote access, semua kena terang step by step dalam email. Luckily, ada banyak troubleshooting template yang boleh diguna, tukar nama kasteme je. So again, aku gembira.

So bagaimana? Berminat untuk berhenti kerja korang dan join aku? Aku tahu Muaz dan Andrew jeles melihat aku lepak cool hari2. Haa haa.



4 comments:

zatihazira said...

nampak sgt aku bute It sbb aku mmg tak paham 70% ape yg kau cube ceritekan.

tp kalau org tanye aku nape tkleh connect internet gune modem kejadah tu.mesti aku soh die g bayar yuran internet. yuran?

Mohamad Faizal said...

biaq buta IT jangan buta tajwid

Customer from ANZ said...

Dear Faizal,

I cannot post a comment in your blog. This happens after performing windows update

p/s: I hate vista.

Regards
Customer yang pandai

Mohamad Faizal said...

Dear Customer yang pandai,

Thank you for contacting M*******t Online Assisted Support. My name is Faizal and I will be assisting you with your case.

As I understand it, you’re having some issue unable to post a comment after performing Windows Update. If there has been any misunderstanding, please let me know.

To resolve your issue, you can check this KB article:
http://support.microsoft.com/kb/316941
please use method 1

Your feedback is very important to us. I would appreciate your confirmation or a reply on the results for the suggestions above. If anything is unclear, or if there are any questions about the steps, please do not hesitate to let me know. I will be glad to help.

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...