Monday, December 15, 2008

Jualan Istimewa Hari Raya

Mama bercadang untuk menjual beberapa ekor kucing. Bukan sekadar ekor, badan dia misai dia pun diinclude sekali. Haa haa lucunya aku. Iyolah mano laghat den nak jago sumo ompek puluh eko nak mampuih ko (saje nak tunjuk terer cakap noghori). Yaa inilah peluang korang untuk akhirnya memenangi sesuatu dalam hidup korang. Yelah dulu kecik2 sukan tak terer lumba lari tak pernah dapat pingat, peksa pulak dapat nomboq tiga puluh ke atas nak dapat anugerah readymix jauh sekali. Ini kerana kucing2 aku memang telah disahkan paling handal di asia tenggara ini. Aku berani berjanji dan berzanji, jika korang bawak kucing aku masuk bertanding, kalau tak dapat top three aku korang nak potong kuku aku pun aku sanggup. Maka saksikanlah gambar2 sang juara ini. Oh btw gambar2 kucing yang aku akan pamerkan ini bukan untuk dijual. Haa haa saje je nak bagi korang kagum sambil sakit hati. Yang aku nak jual atau beri percuma korang boleh datang rumah aku tengok. Click Read More for more pictures!

Cattery aku memang besaq korang nak sewa tido pun bole.


Yaa mungkin korang mengenali Sang Juara2 ini kerana mereka lebih popular dari Ziana Zain. Jika masuk bertanding pasti Best Kucing Malaysia, Pesona Chevy serta Pesona Shareca pasti akan masuk paper. Lagi hebat dari korang yang hanya masuk paper apabila nak buat ucapan raya ataupun ditangkap basah. Sudah pastila mereka akan ku bela sehingga arwah. Bukan untuk dijual. Nak sewa nak pegang2 boleh.



Kucing2 ini mama aku memang nak let go, I think. Kucing2 ini lebih kool daripada kucing korang kerana kucing aku ini berbaka baik serta memiliki surat beranak (pedigree). Mereka berjenama Cornish Rex, di mana mereka dilahirkan dengan kurang bulu di badan dan di hidung. Sekali tengok jijik juga (ataupun ghairah) nak memegang mereka, namun harga mereka lebih mahal daripada PS3 sumpah aku tak tipu. Well nama2 tu aku suke2 je letak aku tak ingat apa nama diorang.



Relakah korang memegang mereka? Cis korang memang racist.

Berikutnya, kucing2 ini diimport dari negara jiran, itulah sebabnya mereka dipanggil Siamese. Ini bukan kucing siam celup punya ini ada surat beranak jugak. Lesen tv pun ada (jenaka sambilan). Lihat saja ekor mereka serta muncung yang panjang, ciri2 inilah yang akan dihakimi oleh pengadil2 luar negara di pertandingan kucing antarabangsa.



Jikalau korang tak tahu, Malaysia juga ada breed mereka sendiri yang dinamakan kucing Malaysia. Dipelopori oleh arwah Kersani aku, kucing Malaysia kini menjadi rebutan breeder2 kucing kerana mudah dibela, hormat kepada tuannya serta pandai memasak. Aku rasa yang ni boleh dijual kot.





Sekian sahaja pameran kucing aku untuk kali ini. Maafla aku tiada kucing parsi. Arwah Oakley dah meninggal dunia lama dah. Lenkali kalau aku nak jual kuda2 padi and kepang aku letak gamba k. Assalamualaikum.

Cats will only be reserved for 3 DAYS to allow time to bank in the amount of total order to confirm purchase should COD takes place later. (first come, first served basis please)




10 comments:

syun said...

Lawaknye..kah kah kah!!
Kesian Saravanan & Azman Adnan..
Buatlar interview kpd mereka yg nk membeli kucing2 awak tu so that you r sure that they r really responsible pet's owner :)

sugar-coated cupcake said...

mcm pernah ku dengar part last tu. hehehhee... comel giler kucing2 ijai. lagi comel ammar. hahaha tak pasal2.

hUdArLiNg said...

wah!! comelnyeeeee~ nak free bole ker?hahaha. tp mama tidak membenarkan sebarang kuceng di rumah :(

zatihazira said...

ok jugak tuh nak tambah mahkluk2 comel kt umah aku..boring jugak comel sorang2. hahaha

Mohamad Faizal said...

chua shi yun: anda belila sekor saya bagi diskaun kawan2

ezu: hee hee perasan ke saya curik? ammar memang comel macam wall e saya akui

huda: belala kat uniten supervisor anda mesti suka

zati: kau memang comel apai walaupun dah bertunang asyik cakap pasal kau je

azor said...

aku tak paham laa.. "Wajah kacak, suara sedap, rajin ke surau, senang cerita memang menjadi idaman gadis2 dan arbok2 la." ko ke nih??? aku tak rasa pun??

Pink Stilettos said...

sedap la nama Shareca. Sharifah Shareca, bole? huhu ;p

Mohamad Faizal said...

azor: biasalah aku kacak di mata gadis2 je

nurul iza: sharifah shareca? nama untuk no 2 nanti ke? haa haa bole bole. tapi jika lelaki, syed mohamad faizal, seperti yang muaz idamkan (haa haa)

äíŋìŝ äżŗėėŋ said...

ijai!

ada newborn tak?

Mohamad Faizal said...

newborn tade kitten mebe adala kot datangla rumah memilih sekoq dua

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...