Sunday, December 28, 2008

Kongratulasi Anas!

Satu demi satu rakanku tumpas/diperdayakan sehingga ke alam perkahwinan. 26 Disember 2008, Anas Mohd Mustafah telah berjaya mendapatkan lesen untuk bersetubuh secara halal. Setelah sekian lama bertunang (lama ke?), Anas akhirnya akur bahawa ikatan pertunangan bukanlah lesen untuk ringan2, lalu proses pernikahannya disegerakan.

Siapa Anas? Anas ialah rakan baikku dari skolah rendah kelas 1 Biru, 2 Biru, 3 Biru, 4 Biru, 5 Biru, 6 Ikhlas, tingkatan 1 Amanah, 2 Amanah, 3 Amanah dan selamanya. Di dalam geng Bangi, Anaslah yang paling baik. Anas jarang sekali mencarut (kecuali ketika dibunuh aku dalam Halo) apatah lagi mencederakan binatang peliharaan. Anas juga seorang yang tegap, walaupun sejak akhir2ni keboroian dia semakin bertambah. Anas sekarang kerja di Maxis. Dia sering bagi caller ringtone free kat aku walaupun semuanya lagu XPDC. Cis. Aku harapkan walaupun kau sudah berkahwin, kau tetap akan ada masa untuk menonton wayang ataupun lepak2 minum2 yang halal di maplay Amirah Alia ataupun bermain xbox di rumah aku. Aku doakan korang agar tidak bercerai dan mendapat at least 3 orang anak.

Sorilah aku tak panggil jurukamera professional aku Zati Hazira untuk mengambil gamba, so saksikanlah gamba2 kawen yang tidak jelas yang diambil menggunakan fon antik aku. Click Read More for more pictures.

ijai: Anas kau dah bersetubuh ke?
anas: eheh heh heh



Kelihatan salah seorang pekerja katering cuba untuk mempromosikan kuih Bahulu Tongkat Ali mereka


Gadis2 memang nak kahwin cepat.

Maaf nak gambaq lain kena mintak kat Anas nanti. Alrite, mangsa seterusnya, Amir Rashidi!



6 comments:

zatihazira said...

sial je soklan kepade rakan.telus kurang tulus.
dikesempatan ini, kerane tau mizah sering menjadi silent reader blog kau...aku nk mintak maaf kepade beliau indirectly kerane tidak dpt menemani beliau ke majlis ini.

mekasih.*menjeling apai*

Mohamad Faizal said...

aku mewakili apai: jangan buat begini zati, lupakanlah cinta rahsia kita..aku sedah menjadi tunangan orang....

Anonymous said...

gilelah anas! hahaha. dah boleh bersetubuh

adam

Mohamad Faizal said...

tapi anas mudah berpeluh tak selesala nak bersetubuh (haa haa)

Idlan said...

ijai apasal adik aku tak pakai baju melayu? haish aib sungguh.

p/s: guitar hero kat malaysia berapa rm ya?

Mohamad Faizal said...

kerana diaa adalahh ultramannn

guitar hero full set = around 800
guitar hero gitar saje = 350
game guitar hero cetak rompak = seploh hengget

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...