Monday, December 1, 2008

November Movies!

Yesh. New month. New movie reviews! Ya bertemu kita lagi dalam segmen Mari Menonton Bersama Abang Jai. Seperti biasa, Abang Jai akan bersusah payah beratur membeli tiket menonton filem2 terbaru untuk diulas agar sebagai panduan untuk korang membuat keputusan agar tidak tersilap menonton filem yang sundal kualitinya. Untuk bulan November, kita ada filem tentang binatang, tentang penyakit kelamin berjangkit (well not really), filem tentang pontianak pun ada. Sila klik Read More untuk ulasan lanjut.

Ratings:
$$$$$ : wajib ditonton, curi wang daripada ibu masing2
$$$$ : sunat ditonton, gelapkan saja wang koperasi
$$$ : harus ditonton, jika ada wang ptptn yang berlebihan
$$ : makruh ditonton, dermalah wang itu ke masjid
$ : haram ditonton , baik pergi beli Chipster lagi kenyang

High School Musical 3
Ulasan Ringkas: Aku tak pernah tengok pun High School Musical (HSM) 1 and 2. HSM tu apa pun aku tidak tahu. Tetapi setelah berkali2 aku melihat trailer HSM di pawagam, part di mana Zac Efron sedang main basketball pasti buat muka konon2 bersemangat tapi macam nak terberak pastu Vanessa Hudgens tiba2 muncul dalam crowd sambil disinari lampu limpah akhirnya membuat aku naik nafsu untuk menontonnya. Masa aku menonton sungguh ramai kanak2 yang histeria melihat Zac (Troy). Aku cuba untuk resist namun tidak terdaya lalu aku pun turut sing along mengikut irama dan lagu (tapi dalam hati ah).

Ratings: $$$$ 1/2 (bohongla kalau korang tak suke filem ini)
Spoiler: takde bende yang dispoilerkan

Quantum Of Solace
Ulasan Ringkas: This movie is a direct sequel to Casino Royale. But you dont have to really watch the first one to actually understand the movie. Bond, yang masih marah dan sedih akibat kematian Vesper, berikrar untuk membalas dendam dan membalas kad raya dari ibundanya. Tipikal Bond movie la yang menggunakan kombinasi tumbuk-zina-tembak untuk setiap filem dia. Tapi menonton di wayang usahlah korang yang gersang mengharapkan dapat melihat adegan persetubuhan haram.

Ratings: $$$
Spoiler: Miss Fields akan ditoron Bond.

Madagascar 2
Ulasan Ringkas: I laik tu muvit2 yu laik tu MUVIT! Binatang2 yang boleh bercakap kembali lagi untuk menghiburkan kita. Mereka ingin pulang ke New York setelah penat bermusafir. Dengan bantuan Penguin bersaudara, mereka pun naikla Air Asia tetapi nak dijadikan cerita, mereka terhempas di Afrika, tempat asal mereka, di mana Alex bertemu dengan famili cerianya. Siapa kata filem animasi begini hanya untuk kanak2? Sebagai graduan multimedia, kita haruslah menghayati karya animasi 3d begini bukan senang tau nak buat.

Ratings: $$$
Spoiler: Singa kecik yang mula2 itu adalah Alex.

Quarantine
Ulasan Ringkas: Filem ini tidak sesuai untuk ditonton oleh ibu mengandung kerana boleh terkujat lalu terberak i mean terberanak. Efek ketakukannya ditambah dengan menggunakan teknik 1st person view ala2 Cloverfield untuk membuat kita menjerit awww. Mengisahkan tentang penbaca berita tv3 Zakiah Anas serta cameramannya yang membuat liputan kehidupan ahli bomba. Ketika mengikuti bomba2 itu bertugas, mereka semua telah dikuarantin di dalam sebuah pangsapuri. Kejadian aneh berlaku apabila penduduk apartment itu mengigit antara satu sama lain, menyebabkan mereka menjadi ganas dan hilang kawalan seperti Zombi Kampung Pisang. Dapatkan Zakiah Anas menyelamatkan diri dari suasana genting itu?

Ratings: $$$ 1/2
Spoiler: Semua orang meninggal

Gp506
Ulasan ringkas: Lebih kurang je macam cerita Quarantine, cuma dia berbahasa Korea.

Ratings: $$ 1/2
Spoiler: Semua orang meninggal

Igor
Ulasan Ringkas: Igor dilahirkan hanya untuk satu tujuan, menjadi hamba kepada Evil Scientist. Namun Igor yang sorang ni bercita2 besar, he wanted to be the evil scientist himself. Setelah tuannya mati, Igor cuba untuk menggantikan tuannya dengan menyertai pertandingan Saintis Jahat tahunan anjuran rukun tetangga kawasan mereka. Ditemani oleh sidekicknya Brain yang bangang serta Scamper yang tak boleh meninggal dunia, Igor pun mencipta wanita yang hodoh, Eva.

Ratings: $$ 1/2
Spoiler: Raja Malaria jahat sebenarnya

Twilight
Ulasan Ringkas: Mengisahkan tentang Bella yang pulang ke kampung halamannya di Slim River kemudian jatuh cinta dengan Edward, seorang pontianak yang vegetarian. Well mereka satu famili tak minum darah manusia, minum arak je. Based on a book by the same title, filem ini lebih kepada kategori cinta romantis daripada aksi seram menghisap darah. Bella's blood made Edward intoxicated, tetapi demi cinta suci, dia mampu bertahan. Bella pula rela darahnya dihisap agar dia juga boleh menjadi pontianak dan mereka dapat bercinta untuk selamanya....namun nyawa Bella di dalam bahaya apabila pontianak kejam, James terhidu bau ketiak Bella lalu menyebabkannya terangsang dan dahagakan darah. Gadis2 pasti cair menonton cerita cinta vampire ini. Mungkin telah dipukau Edward.

Ratings: $$$ 1/2
Spoiler: Di penghujung filem, adakah Edward akan membaham Bella untuk hidup bersama selamanya? Tidak.

Okay semua selamat menonton. Jumpa lagi kita di segmen yang sama bulan hadapan. I lap u all. Muah.



6 comments:

Anonymous said...

jai kau kene tengok bolt. best gile babi. jauh lagi best dpd madagascar 2.

aku pun teringin tengok HSM 3. haha.

adam

Mohamad Faizal said...

aku baru tengok bolt semalam. hampir mengalir air idung aku masa part sedih

Anonymous said...

bitch jgn kasi spoiler bolt. aku nk tgk minggu ini.



Jamil

hUdArLiNg said...

haha.sume org sibuk menceritakan kekacakan edward.hensem sgt ker?huhu

Nana said...

Ijai, datillah sepatutnya menonton edward bersama aku..

aku kecik ati! tp takpe edward is so worth it for the 2nd time.

Tit JOM!

Mohamad Faizal said...

jamil: spoiler bolt ialah....dia anjing usain bolt

huda: dolah lagi kacak toksah korang terpedaya dengan lirikan manja mata dia

nana: janganlah kecik ati nana nanti balik sarawak aku nak sumpit laen. sumpit lama dah berkarat

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...