Monday, December 22, 2008

Secret Santa

Di pejabat aku, terdapat pelbagai bangsa dan agama. Orang Melayu ada, Cina ada, India ada, Australian ada, Iban ada, Indon ada, Filipino ada, Kadazan Dusun serta kaum Jahilliyyah. Maka di persekitaran yang sebegini, perayaan setiap bangsa akan disambut dengan meriah. Sempena hari natal yang bakal tiba, ofis aku telah mengadakan Pertandingan Menghias Pejabat serta aktiviti2 prenatal (macam tak kena je bunyinya) seperti Permainan Tradisional (Counter Strike, Monopoly etc) serta Secret Santa. Secret Santa ialah aktiviti di nama kita akan mencabut nama secara random, kemudian membelikan hadiah kepada makhluk tersebut yang nilainya tidak kurang daripada sepuluh ringgit.

Seperti biasa, aku last2 minit baru terpikiaq nak pi beli apa. Dalam minda aku kalau susah2 aku bagi cd Miley aku saje. Tapi mana bole sape nak teman aku pagi2 g keje. Kemudian aku pun berjalan2la seorang diri di warta (dan eksiden seperti post di bawah). Ahah aku ternampak sebual novel cinta 'Jika Ada Jodoh'. Tapi harga dia doploh ringgit aku memang kedekut orangnya so tak jadi. Ahah aku ternampak buku panduan Mengerjakan Solat tapi harga dia 8 ringgit. Hmmmmm. Last2 aku masuk kedai permainan aku belikan kiub menguji minda dengan harga limablas ringgit. Yesh. Maka di hari Jumaat yang lepas, kami pun bertukar2 hadiah. Mari kita saksikan gambaq2 depa suma. Klik Read More nooo.

Gembira mendapat hadiah dari Santa Klaus diimport khas dari Mumbai



Ini hadiah yang aku dapat. Spender saiz S. Padahal aku saiz L menuju ke arah XL kadang2. Terima kasih secret santa aku. (ini bau2an sebenaqnya bukan spendeq)


Muaz dapat kain batik jawa.


Kughaan dapat kayu api


Calvin dapek toaster. TOASTER!

Selamat hari natal! I lap you all.



5 comments:

hUdArLiNg said...

knp tak paparkan gambar hadiah kamu yang berharga rm15 itu?

Anonymous said...

ya..aku pun tertanya2 sapekah mangsa malang yg dapat hadiah kau tu..haha..

-shuhud-

Mohamad Faizal said...

huda: kerana hadiah itu boleh didapati di pasaraya warta

shuduh: game aku tu baguih noo boleh menambah IQ korang yang di bawah paras laut tu

Penerima Rubic Cube versi ijai yang cool said...

terima kasih. terima kasih. terima kasih.

-sekian-

Mohamad Faizal said...

sama2 muhammad fitri bin husin semoga iq kau bertambah

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...