Monday, December 8, 2008

Selamat Hari Raya Aidiladha

Raya kali ini aku bercuti. Raya haji tahun lepas aku bekerja, and raya aidilfitri tahun ini pun aku bekerja. Namun kali ini aku memohon cuti untuk pulang ke kampung halaman di Bandar Baru Bangi tercinta. Haa?

Seperti biasa walaupun bercuti aku tetap akan bangun pukul 4 pagi secara automatik kerana telah terbiasa nak pegi keje awai2. Namun aku tidak bazirkan masa, terus aku mengetuk drum di awal pagi lalu dicerca ibuku yang masih enak tidur. Selepas solat sunat raya di surau/masjid al kauthar, aku pun bersiap sedia untuk berkorban. Berkorban apa sajaaaaa, harta ataupun nyawaaaa. Selepas habis menyanyikan lagu P. Ramlee itu, aku pun pergi ke rumah Mak Long aku di seksyen 1. Kita ikuti dialog2 makcik serta pakcik aku yang hampagas ini:

Mak Long Bedah: ijai kau dah gemuk la skarang.
Pak Su Man: Eiii dah gemuk ye kau.
Mak Su Jee: Emm dah besar ye ijai
Mak Long Yah: ijai dah boroi ye hik hik hik

Betul ke aku dah gemuk? Mungkin baju yang aku pakai tu tight sangat. Mungkin Mak Long aku tak pakai spek mata. Mungkin weight gain yang aku baham dulu mula menampakkan hasilnya sekarang. Mungkin.

Demmit.

Selamat Hari Raya aku ucapkan untuk semua pendengar setia. I lap u all. U all lap me tak?



0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...