Thursday, December 18, 2008

Seram

Malam itu memang gelap. Langsung tiada cahaya bulan. Entah kenapa, aku rasa gelisah sangat pada malam itu. Hati aku tak tenteram. Peluh dingin membasahi dahi aku. Apa yang aku buat semuanya tak kena. Aku mengambil wudhu', aku cuba untuk bertenang. Namun ketenangan itu terhapus apabila aku teringat kisah seram itu. Semuanya bermula apabila aku membaca majalah Mastika bulan lalu. Peristiwa penduduk di Bangi dicakar binatang aneh masih segar dalam ingatan aku. Walaupun tiada bukti fizikal tentang kewujudan binatang itu, namun kesan cakaran yang ditinggalkan memang zahir, memang jelas, memang nyata.

Aku terpaksa memberanikan diri untuk keluar rumah kerana perut aku sudah berbunyi minta diisi. Petanda buruk yang pertama, enjin kereta aku tak mahu hidup. Aku beristighfar banyak2, akhir enjin kereta dihidupkan jua. Fikiran aku memang melayang masa tu. Aku memandu tanpa arah tujuan. Tak banyak kereta pada malam itu. Tiba2, aku dikejutkan dengan satu bunyi. Memang terperanjat aku. Namun perasaan hilang setelah menyedari itu hanyalah bunyi nyanyian Miley Cyrus daripada cd player aku.

Tiba2 sekali lagi, darah aku berderau. Aku dapat dengar dengan jelas bunyi geseran pada kereta aku. Bunyi seolah2 kereta aku dicakar. Aku memang tak pandang side mirror atau cermin belakang, terus pecut balik rumah. Sampai sahaja di rumah, aku terus keluar kereta, aku ternampak kesan cakaran di kereta aku. Untuk membuktikan aku tidak bercakap bohong, aku sempat mengambil gambar untuk tatapan korang dan pembaca Mastika bulan hadapan.


Klik Read More kalau nak tahu lebih lanjut.

Well sebenarnya aku tergesel dengan dinding masa nak masuk parking kat Warta. Bastard kecik gila nak masuk aku ingatkan lepas arghhhhh. Tapi saspen kan cerpen aku di atas.



7 comments:

Muaz said...

damn!! bangang giler la citer ko..

tapi kesian keta baru ko...(aku gelak dalam hati jer la)

Anonymous said...

jai bile kau dapat kreta baru kau? ape lagi. post aaa gambar

adam

hUdArLiNg said...

cis.tipah tertipu.

zatihazira said...

mungkin betul dinding tu berpuake,walau kecik tp kau nmpk die luas...padahal dahi kau yg luas.

Anonymous said...

cikgu maudziah pasti berbangga ngan karya cerpen seram kau..boleh dapat A tu..
assalamualaikum..
haha...

-shuhud-

Mohamad Faizal said...

muaz: brani gelakkan aku nanti aku pukul kau di soulcalibur

adam: tak boleh post nanti dikira riak tuhan marah

huda: tapi seram bukan sampai tak lawas kencing anda

zati: dahi luas tandanya luas pengetahuan dan keimanan

abe: assalamualaikum tu kau tiru suara dia ke astagfirullahalazim

maria said...

le..ingatkan betullah tadi.habis masa aku je...

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...