Saturday, March 29, 2008

International Cat Show

Yess. It's back. Setelah berkurun lama aku tidak mengekori kedua orang tuaku ke pertandingan kucing, kini aku akan kembali. Maka dengan rasminya aku mengajak korang semua untuk turut hadir menyaksikan kegagahan kucing2 aku mempertahannya kejuaraan mereka. Yes people, my cat is the best there is, the best there was, and the best there ever will be. Ini bukan riak, ini adalah fakta. Kalau tak percaya, datanglah esok ke Midvalley dan saksikan sendiri bagaimana Pesona Shareca aku mencakar manja rival2nya.

Date: 30 March 2007
Time: Pagi ke petang
Place: Midvalley. Kat mana tah jap aku tanya mama aku.
Harga tiket: Free kalau kenal mama aku ataupun presiden Kelab Kucing Malaysia. Kalau tak kenal kena bayar kot sebab dia join skali dengan pet fair.

Click Read More to see the list of cats competing.

Senarai kucing bertanding. Btw jangan tanya mengapa nama mereka begini bukan aku yang memberinya:
1) Chevy (Best Kucing Malaysia , Juara Bertahan).
2) Pesona Mikayanie
3) Pesona Inna Gadda Da Vidda
4) Pesona Shareca
5) Sonata Eujin Na
6) Manees
7) Pesona apa tah terkehel jari aku nak menaip namanya.

Ada lagi tapi aku tak tahu nama mereka. So datangla beramai2 esok ok bawak sanak saudara dari kampung mari saksikan kehebatan kucing aku. Dan sertailah Kelab Kucing Malaysia yuran pendaftaran RM10 sahaja bole bayar di kaunter esok jumpa mama aku ok? Gambar dan laporan penuh tentang pertandingan kucing ini minggu hadapan.

Wednesday, March 19, 2008

Happy Birthday

This is the story of a girl,
Another year, another story to be told,
Today she's twenty three,
That's old let's call her aunty,
There's too much for me to say,
What's on my heart on this beautiful day,
Like an angel coming from the sky,
Brightens up the world with her smiles,
Those pretty eyes will make you fly,
You could see it from a thousand miles,
She got a black belt you know tak tipu,
Her hobby is tido oh yes it's true,
Oh my god this poem is so corny,
Don't know what to give you I'm hor...eh sorry,
I don't mind buying you Prada and Gucci,
Just as long as you promise to buy me THAT tv,
So happy birthday my pretty lady,
I'll watch movies with you for eternity...

20.3.2008. Happy Birthday.

Sunday, March 9, 2008

Mari Belajar Tajwid

Hari-hari merepek dan mencarut ringan di blog ini pasti memberi dosa2 tanpa disedari. Oleh kerana itu, apa salahnya aku mengajar tajwid sekali sekala. Berbekalkan Sijil Penilaian Rendah Agama atau SPRA aku yang Jaijidan (bahasa arab; maksud dia layak mengajar di sekolah agama) dapatlah aku menunjukkan kehandalan tajwid aku kat korang (riak untuk mengajar takpe). Ditambah pula dengan kemenangan PAS di Bandar Baru Bangi ini marilah penuhkan ilmu di dada agar tidak malu akibat tidak tahu jelaskan hukum wajibul ghunnah. Sila klik tajuk ataupun Read More. Assalamualaikum.

Ok hari ini kita akan belajar hukum nun mati. Hukum nun mati ada 4 iaitu Izhar halqi, Idgham, Iqlab dan Ikhfa'. Semua ini diajar oleh ustaz dan ustazah aku di sekolah agama sbelah stesen bomba tuh. Kami yang bersampin hijau lebih gagah dari korang yang bersampin ungu yang menumpang tatkala peperiksaan SPRA (saje carik gaduh).

Izhar Halqi
Apabila nun mati bertemu dengan huruf2 izhar, maka wajib dibaca dengan jelas dan nyata. Huruf2 izhar: alif kha kho ain ghain ha

Idgham
Idgham terbahagi kepada dua iaitu idgham maalghunnah dan bilaghunnah. Apabila nun mati bertemu huruf2 idgham, masukkan bunyi huruf pertama ke dalam huruf kedua. Maalghunnah dengung, bilaghunnah takyah dengung.
Huruf2 maalghunnah: ya wau mim nun
Huruf2 bilaghunnah: lam rho

Iqlab
Camane nak explain yang ni. Haa jika nun mati bertemu ba (satu huruf saje), jangan bunyikkan huruf nun tu. Wajib dibawa dengung.

Ikhfa' Hakiki
Nak baca dia macam between izhar dan idgham dan kekalkan dengung dia. Huruf2 ikhfa' adalah selain huruf2 yang telah dimention di atas.

Ok semoga korang mendapat ilmu dan tidak membaca dengan tunggang langgang main langgar je tajwid suma. Assalamualaikum.

Ustaz Faizal al Kacaki
(Microsoft Certified Tajwid Trainer)


Monday, March 3, 2008

The Office Game!

If you like casual games like Diner Dash, Wedding Dash and the band Dashboard Confessional or just a fanatic like me, you'll absolutely love this game. It is developed my Mumbo Jumbo. You can download the demo from their site. Demo? Tak mainla demo. You guys can and must (Imam Surau Al-Kauthar dah kuar fatwa dah) download this game and you can get the torrent here. But this torrent use a private tracker which means that you have to register at their site, www.seedmore.org. Private trackers usually have a high amount of seeds, because users get banned if their sharing ratio is too low. I didn't register actually, because they only open the registration once a week. So what you guys can do is just let it load into your torrent client (i use BitComet), and somehow if you're lucky there will be some loophole and you will get like 1 kbps. Haa haa. Pendownloadan aku tamat selepas 6 hari 11 jam 55 minit 30 saat tidak menutup pc. Haa haa. If korang malas bagi aku tamdraiv aku jual dalam 5 ringgit je game tu. Click Read More for screenshots.





So lets talk about the gameplay itself. As told by Dwight K. Schrute, the challenge is to help to fill Paper Orders by completing task for other office workers. In every level of competition you will face a rival. You will need to help your co workers by giving them correct colored files, make copies of them and pull a prank on your rival to slow them down. Ahh. Lihat saja screenshots di bawah. Like I said, if you've played diner dash before, you'll enjoy this game.



Character Bios. All of them!



You'll play as Jim. Try beat the best salesman of Dunder Mifflin, Dwight Schrute.

Tunggu apa lagi? Download right now and send it to 20 people if not you will have diarrhea for two weeks (blog berantai).
.

Sunday, March 2, 2008

February Movies!

Aku seorang kaki bola, kaki botol (bergas dan halal), kakitangan Datacom mulai hari Isnin dan kaki wayang. Setiap minggu aku pasti akan ke panggung untuk menonton filem2 terbaru tak kiralah filem apapun semua pasti aku tonton (kecuali filem Tamil, aku bukan Ahmad Shuduh). Maka di sini saya akan membuat sedikit ulasan filem serta memberi rating mengikut nafsu dan memberitahu spoiler2 besar untuk membuat korang marah. Haa haa siapa suruh lambat tengok. Ohh btw jika korang ingin menonton wayang tanpa bershopping, pergilah menonton di Jusco Cheras Selatan. Suasana tenang dan bahagia di sana kerana tidak ramai orang dan tiada kanak2 beruniform berpeleseran. Click Read More or the title.

Ratings:
$$$$$ : wajib ditonton, curi wang daripada ibu masing2
$$$$ : sunat ditonton, gelapkan saja wang koperasi
$$$ : harus ditonton, jika ada wang ptptn yang berlebihan
$$ : makruh ditonton, dermalah wang itu ke masjid
$ : haram ditonton , baik pergi beli Chipster lagi kenyang

Jumper
Ulasan ringkas : Mengisahkan tentang seorang lelaki (Hayden Christensen) yang mempunyai kebolehan untuk melompat dari satu tempat ke tempat yang lain dengan pantas. Dia menggunakan kebolehannya itu untuk memasuki acara lompat tinggi dalam sukan olimpik 2004 dan mendapat pingat emas dalam acara itu. Dia diburu sekumpulan 'Paladin' yang diketuai oleh Samuel Eto'o Jackson yang tidak suka dengan kebolehannya itu.

Rating: $$ 1/2
Spoiler: Rachel Bilson berlakon dalam the O.C

Dan In Real Life
Ulasan ringkas: Dan (Steve Carell yeahhhhh) seorang penulis yang kehilangan isterinya pulang ke kampung bersama 3 orang anak gadisnya. Kemudian dia berjumpa dengan seorang gadis dan mereka tertarik sesama sendiri. Malangnya gadis itu ialah teman wanita adiknya.

Rating: $$$
Spoiler: Tanak bagi spoiler sebab filem ini menarik untuk ditonton jadi korang silalah tonton

Vantage Point
Ulasan ringkas: Mengisahkan tentang konspirasi pembunuhan presiden Amerika Syarikat yang digambarkan dalam entah berapa sudut tah aku pun tak kira. Konsep yang menarik, pelakon2 yang gah serta aksi2 yang mendebarkan pasti akan membuat korang tidak tidur di panggung yang sejuk itu.

Rating: $$$
Spoiler: Dr Jack Sheppard (Lost) ialah watak jahat dalam cerita itu

Step Up 2: The Street
Ulasan ringkas: Filem bergenre sebegini bukanlah minat aku sebenarnya tetapi memandangkan pilihan lain aku ketika itu ialah menonton 1 missed call versi amerika, aku pun memilih filem ini kerana aku penakut orangnya. Mengisahkan tentang sekumpulan penari eksotik yang telah insaf dan ingin kembali ke pangkal jalan dan menyertai pertandingan joget 60'an secar underground.

Rating: $$
Spoiler: Mula2 geng baik kalah, pasti diorang menang last2.

Charlie Wilson's War
Ulasan ringkas: Charlie Wilson ialah seorang ahli kongress amerika yang berusaha sedaya upaya untuk menolong golongan Mujahiddeen menentang komunis bangsat tetapi tidak mendapat sokongan. Berdasarkan cerita sebenar katanya.

Rating: $$$$
Spoiler: Filem yang best aku tak bagi spoiler.

Ok jumpa lagi kita dalam segmen yang sama bulan depan. Banyak filem2 yang menarik menanti seperti 27 Dresses hee hee.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...