Wednesday, April 30, 2008

Teknik Mengurat Gadis

Pernahkan anda mengalami situasi di mana anda terjumpa dengan gadis yang super jelita dan terus jatuh cinta dan bersedia untuk hidup bersama gadis atau arbok itu untuk selama-lamanya? Sudah pasti anda pernah. Tetapi masalahnya wajah anda tidak mengizinkan, wang di dalam poket tidak seberapa dan ketiak anda berbau durian seperti salah seorang rakan saya di 3 Amanah dahulu. Jadi bagaimana? Adakah anda akan melepaskan peluang sekali seumur hidup itu? Cis katakan tidak kerna dengan teknik2 mengurat yang akan saya sampaikan ini, tiada gadis yang anda tidak boleh cairkan, yang penting rupa err i mean berusaha. Tapi sila janganlah menjadi dayus dengan mempermainkan hati gadis (atau jejaka) yang tulus ok. Click Read More ataupun tajuk untuk memulakan proses nguratan.

Gadis jelita di depan mata? Sudah seminggu mengenalinya namun lidah masih terkelu untuk berkata hai? Jangan risau, dalam seminggu itu sudah pasti anda telah mendapat maklumat tentang gadis itu bukan? Anda memang seorang stalker. Cara yang terbaik untuk mengapproach dan memberi first impression yang akan menentukan sama ada anda bole dapat dia atau tidak, beli sekeping kad yang comel, tuliskan isi hati anda dalam bentuk puisi. Tidak perlu terlalu puitis, tulis apa yang anda tahu. Sila lihat contoh di bawah.

This is the story of a girl,
Whose presence brightens up my world,
To the girl who bears the sweetest name,
N*********h, you won't find the same,
You must be thinking "Why bother doing this thing?"
"Is this guy trying to mengurat me or something?"
Don't get me wrong this poem was meant to be friendly,
So no need to ask Akak Radin to beat me,
We never really got the chance to know each other,
So here am I trying to get to know you better,
Emm you want to know why do I even bother?
Who knows I might get lucky and got your number!
I don't know why I am painfully shy in front of you,
Especially when I go melawat tingkat satu,
I'm sorry I gave you this silly poem,
So silly I wish you could like them,
But hey give me a chance to prove myself worthy,
And then you will know it's fun knowing me!

Bagaimana? Ada respon? Walaupun dia tampak seperti jual mahal, namun di hatinya pasti sudah berbunga2. Cis perasan. Takpe, sikap muka tebal adalah penting untuk mengurat gadis. Tatkala dia masih leka dibuai perasaan, hantarkan puisi kedua. She would not expect that, so keep on the momentum.

Baiklah, mungkin ketika ini dia telah jatuh suka. Tetapi kita mahu buat dia jatuh cinta. Kemudian mahu buat apa? Beri hadiah beg tangan yang mahal2? Bawa dia makan di restoran Sri Ayatthuya? Anda silap. Tidak semua gadis materialistik. Anda harus bersedia untuk memperbodohkan diri dengan membuat jenaka2 yang boleh membuatnya ketawa hi hi hi. Ok mungkin bukan semua gadis begitu, tetapi at least dia akan nampak effort anda. Sila download contoh di bawah dan buatlah ulangkaji ya para pelajar. (warning: anda mungkin muntah hijau setelah mendengar jenaka di bawah)

http://www.webfilehost.com/?mode=viewupload&id=3005369

Taktik seterusnya, anda pandai bermain alat muzik? Jika setakat bermain rekorder ataupun kastenet pun tidak mengapa. Ciptalah satu lagu untuk di dia. Konsepnya sama seperti rekaan puisi tadi. Tidak perlu reka lirik dan melodi yang sukar, hanya ekspresskan apa yang tersurat dan tersirat di hati anda. Untuk kesan yang lebih mendalam, rakam klip video terus. Sila lihat contoh di bawah.

Bagaimana? Berkesan? Jika anda masih gagal walaupun setelah menggunakan taktik2 di atas, mungkin kerana 2 sebab.
1) Gadis itu lesbian/jejaka itu gay
2) Wajah anda memang seperti orang eksiden. Tak dapek den nak nolong eh.
Ok kawan2 semoga berjaya. Jumpa lagi assalamualaikum.

Wednesday, April 16, 2008

Selamatkan Sally!

Sebelum kita bersusah payah nak selamatkan Sufiah, selamatkan dulu insan2 'istimewa' di Lorong Haji Taib ataupun Jalan Yap Kwan Seng. Tidak layakkah Shahidan (Shey), Amir (Amy), Fazley (Faz) mahupun Jamil Fathi (Jamilah) diselamatkan hanya kerana mereka bukan genius matematik ataupun pendidikan jasmani? Ikuti temubual ekslusif dan gempar bersama Sally (bukan nama sebenar), arbok paling popular di Bandar Baru Bangi .



Y.P.R multimedia squad:

Khairul Afandy
Mohd Azrel
Mohamad Faizal
Nurul Huda
Tengku Eleanor Ezura

Special thanks:
Mohd Rosli
Mohd Farhan
Abu Zar
Penduduk Pangsapuri Kenaria
Arbok2 sumber inspirasi
Mr Tj Iskandar

Terima kasih semua. Jumpa lagi.

.

Wednesday, April 9, 2008

March Movies!

Siri ulasan filem kembali lagi. Untuk bulan Mac, aku telah memecahkan rekod dengan menonton 8 filem keseluruhan. Jelaslah aku ini seorang penagih wayang dan sembahyang. Kalau tak buat dua dua tuh memang menggeletar badan aku ini. Ataupun aku ini memang tiada kehidupan? Hoi aku penat tau bekerja menyelesaikan masalah orang biarla aku berehat2 menonton wayang (emo). Jadi seperti biasa, review filem aku yang menjana minda dan bebas daripada spoiler (kenyataan palsu). Click Read More or the title.

Ratings:
$$$$$ : wajib ditonton, curi wang daripada ibu masing2
$$$$ : sunat ditonton, gelapkan saja wang koperasi
$$$ : harus ditonton, jika ada wang ptptn yang berlebihan
$$ : makruh ditonton, dermalah wang itu ke masjid
$ : haram ditonton , baik pergi beli Chipster lagi kenyang.

10,000 Bc
Ulasan ringkas: Mengisahkan tentang seorang gadis yang bernama Amirah Alia ataupun B.C yang hidup di zaman Paleolitik. B.c diculik orang watak jahat di dalam filem itu dan biasalah sebagai Hero dreadlock yang macho, terpaksalah Hisyam Suhaimi menyelamatkanya. Aksi-aksi yang ditonjolkan di dalam filem ini amatlah bosan. Adegan seksual juga kurang meyakinkan. Pendek kata, korang tengok trailer dia pun sudah cukup.

Ratings: $$
Spoiler: Sabretooth tiger yang korang tengok di trailer tuh, memang itu sajelah scene dia.

Duyung
Ulasan ringkas: Filem komedi situasi, bak kata Prof Razak Mohaideen a/l Iron Maiden. Lakonan Saiful Apek lagi. Memang boleh dijangka bagaimana hasilnya. Apa yang korang harapkan? Beginilah filem2 Melayu yang tipikal. Abis tu mengapa aku pegi menonton juga? 2 reasons. Sebab KRU yang buat dan sebab Maya Karin sungguh menggiurkan sebagai seekor ikan lampam eh duyung.

Ratings: $$ 1/2
Spoiler: Yasin menjadi beruk digi adalah sesuatu yang bodoh dan menyakitkan hati.

Horton Hears A Who
Ulasan ringkas: Benarkah filem2 animasi begini hanya untuk kanak2 dan pedophiles? Aku tidak peduli. Sebagai pengkritik filem separa professional, semua genre filem akan ku tonton. Lebih2 jika dibintangi (atau disuarai) oleh pelakon kegemaran seperti Steve Carell dan Jim Carrey.

Ratings: $$$
Spoiler: Aku tidak akan memberi spoiler filem2 yang dibintangi Steve Carell.

Spiderwick Chronicles
Ulasan ringkas: This is the movie of the month. Seriously, i did not expect this movie to be that good. At first, you would think that this is just another narniapotter kinda movie, think again. The performance of Charlie from the chocolate factory was brilliant (playing as dual role), the magical storyline, the wrath of the goblins, everything was supercool.

Ratings: $$$$ 1/2
Spoiler: Babi makan burung. Tamat.

Be Kind Rewind
Ulasan ringkas: Mengisahkan tentang Jack Black yang merempat bersama kawannya Mos Def White bersama orang tua hitam Danny Glover yang membuka kedai menyewa pita video. Satu hari Jack secara tidak sengaja telah memadamkan kesemua pita video di kedai itu akibat terdedah kepada gelombang magnet h.i.v. Untuk menyelamatkan perniagaan orang tua itu, Jack dan Mos Def melakonkan kembali scene2 daripada filem2 seperti Ghostbusters (hilarious), Rush Hour, Lion King, KL Menjerit dan Matinya Seorang Patriot.

Ratings: $$$$
Spoiler: Mof Def dan Danny Glover bukanlah anak beranak walaupun kulit mereka sama hitam.

27 Dresses
Ulasan ringkas: Izi, seorang doktor pembedahan yang emo amat menggemari perkahwinan. Dia telah menghadiri 27 majlis perkahwinan serta menyimpan 27 pasang baju yang kebanyakannya ditempah di Wisma Yakin, Jalan Masjid India. Dia menyimpan perasaan terhadap bosnya tapi bosnya pulak minat kat adik dia yang bitch itu. Kemudian hadir pula Scott Summers (Cyclops) seorang wartawan sukan di tv3 dalam hidup izi. Siapakah yang akan dipilih oleh Izi? Adakah impian perkahwinannya akan tercapai? Ikuti kesudahannya di pawagam berdekatan ataupun beberapa baris di bawah.

Ratings: $$$ 1/2
Spoiler: Izi last2 kawen dengan Scott.

Awake
Ulasan ringkas: Setiap tahun, 913,000 menjalani pembedahan. 10,000 daripada mereka yang berada di bawah pengaruh anesthesia sedar sepanjang pembedahan (kata filem itu). Hayden, seorang yang kaya raya membuat hubungan sulit terlarang bersama Jessica yang super hot, pembantu ibunya. Hubungan cinta mereka tidak direstui oleh ibu Hayden. Namun, demi cinta yang suci, Hayden mengingkari ibunya dan menjalani pembedahan jantung yang dikelolakan oleh rakannya. Namun semasa pembedahan, Hayden dapat mendengar dan merasai komplot yang dirancang oleh rakan doktornya namun tidak dapat membuat apa2. Ingatlah kawan2, syurga di bawah tapak kaki ibu.

Ratings: $$$
Spoiler: Jessica Alba ialah watak jahat dalam cerita itu haa haa padan muka korang

Water Horse
Ulasan ringkas: Mengisahkan tentang seorang budak scottish yang terjumpa dengan sebiji testis err i mean teluq yang kemudiannya menetas menjadi seekor kuda laut air tawar. Hubungan cinta antara manusia dan makhluk aneh ini sungguh menyentuh hati. Saksikan adegan free willy di akhir filem.

Ratings: $$ 1/2
Spoiler: Narrator itu sebenarnya ialah watak utama.

Ok babai semoga terhibur marilah kita beramai2 menyaksikan wayang di Alamanda yang baru dibuka. Assalamualaikum.

Thursday, April 3, 2008

International Cat Show, part 2

Sang Juara. Apa lagi yang boleh ku katakan tentang kucing2ku? 30 March 2008. I brought 10+ cats for the show. 8 went home with a champions ribbon. Although I didn't remember all of their names, I still love them all like my own siblings. Ahh aku anak tunggal hidup sebatang kara korang apa tahu. So, that morning, I woke up at 10 am even tho the show started on 8 am (setting cage suma). Kalau datang awal kena berlagak penting sebab mama aku setiausaha Kelab Kucing Malaysia and abah aku steward untuk show itu. Have you guys ever heard about Malaysian Cat Club? It was formed by the cat lovers back then in the early 90's. (and no, they won't get paid) My parent is among the first people who joined this club. Zaman kanak2 dahulu aku tidak pernah miss mengikuti pertandingan kucing kerana dapat berjumpa dengan pelakon2 dan penyanyi jemputan seperti Sofea Jane, Azwan Ali, dan Rem. Sumpah tak tipu. Entah mengapa sekarang dah tak jemput vip. Takde bajet kot. So korang joinla Kelab Kucing Malaysia mintak borang kat mama aku yuran pendaftaran rm10. Lifetime membership RM300 saje. Berbalik kepada tajuk asal.That was an international cat show, so international judge was invited. Sharifah Aini Gregory nama dia. If you haven't been to any cat show before, the show will never judge the cats on their ability to climb the wall or walk on a plank or catch the frisbee with their mouth. So how will they be judged? I dunno, ask these champions! Heee. Click Read More for more pictures!

Gambar2 Sang Juara.

Ini bukan kucing aku. Tapi muka dia macam arwah Oakley kesayangan...


Judge Sharifah Gregory diserang oleh kucing yang gersang.


No 1, no 2, no 3 kalau ada no 8 sekalipun pasti kucingku sapu. Nama kucing ini ialah Optimus Primal.


Chevy, the best kucing Malaysia ever lived after Kersani (sudah kembali ke rahmatullah).


Janganlah berasa jijik melihat kucing ini kerana harga kucing ini lebih mahal dari tv lcd 40".


Besaq nak mampuih anjing ini. woof woof

For more pictures, you guys can visit http://thepinkstilettos.blogspot.com. Thanks Muaz and Iza for coming!



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...