Sunday, June 22, 2008

KEDAH PANTANG KALAH!

Aku tidak tahu mengapa. Aku dilahirkan di Kuala Lumpur. Aku dibesarkan di Bandar Baru Bangi, Selangor. Kampung aku kat Selayang dan Serdang. Mama abah aku pun orang Selangor. Tetapi aku adalah penyokong kuat Kedah sejak dari zaman kehebatan midfield general Radhi Mat Din, Tangan Besi Ahmad Sobri, tough tackling Manja Man serta kegagahan pemain import Jan Janostak dan Abdul Rahman Adigun. Berita tentang Kedah masuk ke final Piala F.A bertemu fierce rival Selangor terus aku sampaikan kepada teman sekerja Muaz yang asyik dodgy tak mahu membuat kerja lalu terus membeli tiket. Maka berbekalkan frasa2 utagha yang aku tahu seperti "Yang hang ketegaq sangat ni pasai apa??", "Hang ni asyik pi mai pi mai tang tu ja" serta the ever popular "Awat hang tak habaq awai2 noo", kami pun berangkat ke Stadium Shah Alam pada hari Sabtu 21/6. Muaz dan sepupunya memakai jersey Kedah manakala aku hanya memakai baju transformers kerana tiada kostum yang sesuai. Oleh kerana semangat "Pulun Kedah Pulun" yang membara di jiwa (dan bagi mengelakkan aku dipukul penyokong Kedah kerana muka aku bersifat keselangoran) aku pun belilah jersey Kedah di pintu masuk, dan terus memakainya di tempat kejadian. Bunyi dentuman gendang jelas kedengaran. Sorakan para penyokong semakin kuat. Semangat kami semakin membara. Selangor merupakan musuh tradisi Kedah sejak dahulu lagi. Kira macam Liverpool dengan Man U or Real and Barca ataupun Brazil dan Argentina. Tambahan pula, mereka bermain di tempat sendiri, with full strength manakala khidmat pemain import kami Marlon James dan Bernard Huggins tidak dapat digunakan kerana masing menyahut seruan kerajaan bermain untuk kelayakan Piala Dunia zon Concacaf. Cis, sikit pun kami tidak gentar. Sila klik Read More untuk kisah selanjutnya.


Bersama Muaz serta jersey aku yang masih berbau kedai


Walaupun kami ke stadium, namun solat maghrib tidak dilupa. Muaz pada mulanya agak liat untuk solat memberikan seribu satu alasan seperti pening2 berterusan, sakit2 sendi serta pura2 hilang ingatan akhirnya akur setelah aku menjelaskan tentang azab siksaan kubur. Hee hee. Kembalinya dari surau, kami 10, 000 warga Kedah melontarkan suara menyanyikan lagu 'Kedah Pantang Kalah' walaupun aku hanya tahu chorus dia saje "Keeeeedah, Kedah pantang kalah, walau sakit jatuh dan rebahhhhhhh" dan selebihnya aku hanya miming bagi menjaga air muka. Well memang aku berjaya la blend in with the crowd. Sehinggakan seorang adik bertanya kat aku dalam loghat utara yang pekat, "Bang ayaq ni pi beli kat mana?" Aku menjawab dengan ringkas tetapi yakin, "Kat luaq noo". Haa haa kagum bukan.

Fanatics.


8.45 wisel permulaan dibunyikan. Kedah did not take long to settle down and sent their fans in frenzy after Mohd Fadly Baharom scored the first goal just inside 2 minutes. Kami melompat2 dan berpelukan seperti orang kurang siuman. The pace of the game was very quick, and Selangor got their equalizer on 14th minute. Ellie Aiboi cross was met by Mohd Amirulhadi after a weak clearance from Mohd Fazliata Taib. Kedah was in front one more time after Mohd Khyril Muhymeen fired from a close range to make it 2-1. The forty-five minutes were dominated by Kedah, with an impressive possession of the ball.

Buruk gila wajah kami ketika klimaks terutamanya orang yang belah kanan.

On second half , Kedah sealed the game when Syafiq Jamal scored after a breakaway by Kedah. Substitute Frank Seator scored from the spot to reduce the deficit. Entah mengapa aku pun tidak tahu, Sabri Abu dilayangkan kad merah mungkin kerana mencarut sedas dua dalam loghat utagha kepada referee yang kambing gila malam itu. Bermain dengan sepuluh pemain, terdapat banyak aksi2 yang menhentikan jantung seperti tandukan Selangor di saat akhir permainan yang diselamatkan di atas garisan ketika minit2 akhir perlawanan. Namun sebagai Sang Juara yang tulen, Kedah bertahan, dan berjaya mempertahankan kejuaraan Piala F.A. Wooohoooo. Next, Piala Malaysia. Double treble perhaps?

Pulang dari rumah, aku bertemu Tengku Eleanor Ezura sebentar di Subang bercatching up dan membaham di kala kelaparan. Thanks Ezu kerana membelanja. Yela gaji dah semakin mantap kan sejak bekerja di Oracle. Oraitt aku dah penat menaip. Pulun Kedah Pulun! Jangan dok loklak ja noo.

Wednesday, June 18, 2008

Wish List

Yaaa apa khabar semua selamat hari hari. Hari ini hari apa? Yaaa jangan buat2 hilang ingatan aku tahu korang suma dah bubuh reminder dalam telefon bimbit masing2 yang hari ini merupakan hari korang memanjatkan kesyukuran ke hadrat ilahi kerna aku masih hidup untuk kali yang ke dua puluh empat. Oleh kerana hari ini HARI JADI aku dan aku memang dilahirkan tanpa perasaan segan dan silu, nama2 di bawah sila sediakan hadiah berikut:

Adam Johari = T shirt family guy baru.
Amir Rashidi = Teman main FM sampai ke azan subuh seperti dahulu.
Jamil Fathi Jamaludin = Teman aku jogging kita sama2 boroi.
Mohd Dazrul = Scarf Liverpool
Mohd Ikram = Ajar aku teknik bagaimana nak berdada tegap tanpa perut yang boroi.
Ahmad Shuhud = Pemeriksaan gigi percuma (n open table untuk kawan2 bangi)
Akak Abe = Mug Liverpool
Syed Muhammad Muaz = Anak lelaki pertama kau dinamakan Syed Mohamad Faizal (jika gadis Syarifah Faizal Nurhaliza).
Khairul Afandy = Kasih sayang
Nurdatillah Hasim = Kasut Vincci dan belanja tengok wayang setiap minggu.
Tengku Eleanor Ezura = Lagu besday yang dicipta sendiri dan dinyanyikan khas untuk saya.
Aqilah Hasan = Lagu besday yang dicipta sendiri dan dinyanyikan khas untuk saya.
Asiah Abdullah = Ajar silat cekak musang
Chua Shi Yun = Kaset Faye Wong lama2.
Nurkhadijah Johari = Pujian kacak
Nurul Huda = Tandatangan Hajar Mat Jani berserta gambar buat 'pis'.

Ok aku bagi korang tempoh dalam 2 minggu cukup tak? Except for Muaz dia kena tunggu beberapa bulan. Nama2 yang tiada dalam senarai sila hantar mesej pesanan ringkas nanti aku replai hadiah aku yang aku nak. Okay i lap u all muah muah.

And thanks for everything. You guys rock.

Saturday, June 7, 2008

May Movies!

Yaaa siri review filem kembali lagi. Kali ini, aku telah memecahkan rekod dengan menonton 9 atau dalam bahasa arabnya tis'atun filem untuk bulan May. Terdapat banyak filem2 yang gagah dan berbajet besar pada bulan ini seperti Orang Besi, Indiana Jones: Kerajaan Tengkorak Kristal dan Putera Kesepian. Namun adakah filem2 tersebut mampu untuk mendapat rating yang tinggi daripada pengkritik filem separa berbakat seperti aku? Sila klik Read More untuk review filem2 tersebut yang bebas daripada spoiler.

Ratings:
$$$$$ : wajib ditonton, curi wang daripada ibu masing2
$$$$ : sunat ditonton, gelapkan saja wang koperasi
$$$ : harus ditonton, jika ada wang ptptn yang berlebihan
$$ : makruh ditonton, dermalah wang itu ke masjid
$ : haram ditonton , baik pergi beli Chipster lagi kenyang


Ironman
Ulasan Ringkas: Mengisahkan tentang Tony Stark, seorang usahawan senjata yang berjaya, kacak, dan kaya raya. Satu hari, selepas melakukan demonstrasi senjata terbarunya, beliau telah diculik oleh ahli kumpulan pengganas Rabbani. Mereka memaksanya untuk bersama2 menyanyikan lagu nasyid yang menyeleweng dan mencipta senjata untuk mereka. Tony berpura2 mengikut cakap mereka tetapi ahli kumpulan pengganas itu memang bangang kerana tak dapat bezakan Tony ni membuat senjata untuk mereka atau sebaliknya walhal apa yang Tony buat memang lari dari tajuk asal. Apape sajalah. Maka lahirlah seorang hero yang berpakaian besi berjenama Triumph.

Ratings: $$$$
Spoiler: Encik Botak kawan Stark adalah watak jahat dalam cerita itu.

Fool's Gold
Ulasan Ringkas: Finn memasuki pertandingan mencari harta karun anjuran rukun tetangga kawasan perumahannya. Biasalah adat pertandingan, pasti ada saingan. Beliau dibantu oleh bininya Tess dan disaingi oleh kongsi gelap Bigs Bunny dan seteru lama Moe. Hmm.

Ratings: $$
Spoiler: Takyah beri spoiler pun korang tahu watak baik yang mendapat harta itu di akhir rancangan.

What Happens In Vegas
Ulasan Ringkas: Apa yang berlaku di Vegas? Jack dipecat bapanya sendiri, Joy ditinggalkan tunangnya. Mereka bertemu di kota penuh dosa, berparti liar serta meneguk arak sebotol dua. Manusia ini biasalah bila sudah mabuk mulala buat benda2 di luar jangkaan seperti melakukan persetubuhan haram dan berkahwin tanpa wali. Keesokan harinya setelah menyedari apa yang berlaku, mereka pun bersetuju untuk berpisah, namun setelah mereka memenangi RM 3,000,000, di situlah bermulanya kisah mereka hidup sebagai sepasang suami isteri secara terpaksa demi mendapatkan wang itu. By the way, kenapa Cameron Diaz wajah dia semakin buruk?

Ratings: $$$
Spoiler: Mula mula tak suka lama lama jatuh cinta.

Speed Racer
Ulasan Ringkas: Filem penuh warna warni pelangi ini mengisahkan tentang Speed yang malas belajar sejak kecil dan bercita2 untuk menjadi pemandu teksi ataupun pelumba kereta ketika dewasa. Rex, idola Speed yang juga merupakan abangnya telah kembali ke rahmatullah akibat kemalangan ketika berlumba. Speed menjadikan abangnya sebagai inspirasi untuk berjaya di litar lumba. Untuk menentang sindiket kongsi gelap Royalton yang mengamalkan rasuah dan korupsi dalam perlumbaan, Speed dibantu oleh Rain dan Racer X.

Ratings: $$$1/2
Spoiler: Racer X sebenarnya ialah abang Speed.

The Chronicles of Narnia: Prince Caspian.
Ulasan Ringkas: Empat adik beradik yang kini sudah akil baligh kembali ke Narnia. Namun Narnia yang mereka kenali tidak lagi sama kerana 1300 tahun sudah berlalu sejak mereka meninggalkan tempat itu. Perebutan kuasa menyebabkan Putera Kaspian mengumpulkan bala tentera bergajah Abrahah untuk melakukan reformasi. Berjayakah mereka menawan kembali Narnia? Adakah White Bitch akan hidup kembali? Di manakah Aslan? Adakah Susan akan mencium Kaspian? Untuk mengetahui jawapan2 terhadap soalan2 di atas, sila tonton filem ini di pawagam.

Ratings: $$
Spoiler: Ataupun baca saja spoiler kerana filem ini buhsan. 1) Ya. 2) Tidak. 3) Di hutan. 4) Ya.

Drillbit Taylor
Ulasan Ringkas: Drillbit, seorang yang pemalas cuba untuk menipu kanak2 tidak berdosa dengan menjadi bodygay mereka. Eh kejap eh aku nak tutup gas air tengah berbunyik tu.

Ratings: $$
Spoiler: Tiada.

Indiana Jones and The Kingdom of Crystal Skull
Ulasan Ringkas: Henry Jones, seorang atuk yang berumur 64 tahun masih mampu untuk melompat sana sini melawan askar Soviet yang diketuai oleh Irina Spalko dan dibantu oleh anak haramnya Henry Jones Jr serta kekasih gelapnya Marion. Mereka berusaha untuk mencari dan memulangkan tengkorang kristal yang telah dipajak gadai oleh kawan mereka yang biol, Ox.

Ratings: $$$1/2
Spoiler: Tengkorak alien??

Superhero Movie
Ulasan Ringkas: Sebuah filem parody yang meniru aksi2 filem superhero seperti Spiderman, Batman, X-Men dan Cicak Man. True, this is a film full with slapsticks, toilet humor and fart jokes, but what could you expect from this kinda movie? Sesuai untuk ditonton bersama rakan2 yang masih hidup.

Ratings: $$1/2
Spoiler: Serangga pasti mati dilanggar kenderaan.

Apa Kata Hati
Ulasan Ringkas: Haa haa haa ala takde cerita lain so aku tengokla cerita ni. Jangan risau ini bukan filem arahan Razak Mohaideen. Lagipun apa salahnya kita bantu industri perfileman tempatan. Kecoh aa korang ni.

Ratings: $$1/2
Spoiler: Awie aww

Sekian sahaja untuk kali ini. Jumpa lagi di bulan hadapan ya. I lap u all.
.

Monday, June 2, 2008

Euro 2008 Fantasy Football

The coaches have spoken with all the squads now known for UEFA EURO 2008™. So whether you have been getting used to the game or are a newcomer, the time has come for the real thing. Which players can lead you to glory? Tempted by Fernando Torres, convinced by Cristiano Ronaldo or taken with Luca Toni, pick your team and you could win a JVC Home Cinema system, Canon cameras, adidas team jerseys, adidas EUROPASS official balls or official EA Sport computer games.

Adakah korang turut mendapat emel di atas? Seperti yang korang sedia maklum, aku ni memang seorang manager yang handal, tak kirala bermain FM ataupun fantasy football. Sebagai juara bertahan Liga Juara2, Liga Sang Champion dan naib juara Liga Super musim lepas, aku pasti korang hangin melihat nama aku asyik kat atas je kan. So untuk melepaskan kemarahan korang, apa kata kita bermain fantasy football bersempena Euro 2008 ini. Sape yang ada akaun kat uefa.com bole guna akaun lama. Sila klik Read More untuk maklumat lanjut bagaimana korang boleh mencabar kehandalan aku.

Buat mereka yang bermain untuk pertama kalinya, sila daftar di sini; http://en.fantasy.euro2008.uefa.com/. Seperti biasa Liga Super telah dicipta untuk korang merasa kagum dengan aku. Join la kalau berani kod dia 42920-12775. Walaupun pasukan tanah tumpah darah yang keduaku tidak layak ke Euro, namun semangat three lions tetap berkobar2 di hati. Aku harapkan saingan dari pasukan2 seperti Romper Stopper, manjalara, Cutmei'dbleedblackandwhite, Hamzah Karipap, Emirates Stadio, mahupun Rosly Joran sekalipun, marilah bertemu Anfield Heroes sekali lagi.

England pantang kalah, walau sakit jatuh dan rebah. Assalamualaikum.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...