Sunday, August 31, 2008

Kembali

Kembali dari apa?

Kembali ke rahmatullah?
Kembali merdeka?
Kembali pulih dari demam kemudian pergi kerja kemudian amek halfday dan bermain halo?
Kembali senyum?
Kembali berpuasa? (terdengar keluhan adam johari dan zati hazira di background)

Nope. I finally got my hands on Butterfingers latest album, Kembali. Click Read More for my biased review.

Gambar amek sendiri, hee hee

The album was released on August 2008. This is the sixth studio album from the legendary Butterfingers.
Keupayaan Loque berkarya dari perspektif seorang seniman yang lebih intim dengan idola-idola tradisinya seperti Allahyarham R. Azmi dan Allahyarham Tan Sri P. Ramlee juga telah menarik minat dan persetujuan lagenda muzik tempatan, Pak Kassim Masdor, untuk bekerjasama bersama Butterfingers di dalam studio untuk rakaman album ‘KEMBALI’ ini. - Butterfingers press conference
Here are the reviews of some of my favorite tunes:

Joget Global
Ulasan Ringkas: Lagu ini dimulakan dengan dendangan syair oleh abang Emmett sebelum disusuli dengan petikan gitar berirama keroncong. Lirik lagu penuh puitis turut disertakan bait bait seperti "lat tali lat tali tamplong". Huii terer gila lat tali lat pun bole buat lirik. The length of this song is nine minutes and thirty five seconds, kalah lagu Metallica heee.

Bebas
Ulasan Ringkas: Petikan bass dari kadak memulakan lagu sebelum riff ringkas dari loque menyusul. Again, lirik lagu penuh kemelayuan disertakan seperti "Enjit enjit semut siapa sakit naik atas".

Maharani
Ulasan Ringkas: This is the best track in the album! The intro riff chills me to the bone (exaggeration). With combination of guitar and violin for the intro is replaced with harmonized "tuu duu duuu duuuu" during live shows, check it on youtube. I listen to this song almost every hour (again, exaggeration).

Air Liur di Kuala Lumpur
Ulasan Ringkas: Anyone noticed the vio pipe in this song? Heee

Merdeka
Ulasan Ringkas: Happy birthday Malaysia! This is a great song. The keroncong and siti nurhaliza's irama malaysia vibe are there. Pak Kassim Masdor (tiada kaitan dengan Pendekar Mustar) is the guest musician here.

Well all of other songs are great as well, it's just that i'm too lazy to write about it. I could say that this is their best album after 1.2 miligrams (altough the style on those two albums are totally different :). Esok puasa. Yeshhhh peluang untuk mengurangkan keboroian di perut. Heeee eppi ramadan everyone!

Wednesday, August 20, 2008

Biar Jasa Jadi Kenangan

Keeeeeedah , Kedah pantang kalah,
Walau sakit jatuhhhhh dan rebahhhh.

Itu sajelah yang aku laungkan di saat Kedah menjulang Piala FA tempohari. Namun kali ini aku tidak perlu lagi miming seperti Amir Rashidi miming ketika membaca doa qunut kerana aku sudah berjaya menghafal lagu perbakar semangat ciptaan Allahyarham Datuk Paduka Ahmad Basri Akil (al-Fatihah). The Malaysia Cup final will be held at Stadium Nasional Bukit Jalil this Saturday. The prospect of achieving the 'Double Treble', thus making Kedah the second most successful football team in this world (after Liverpool) will not be missed. Furthermore, we're talking about facing our hated rival, Selangor. So mai la kita pi pulun depa suma noooo. Ok saksikan klip video ini sambil menyanyi dengan penuh semangat. Click Read More for the lyrics.



Yakinkanlah diri sendiri
Berjuanglah sejiwa murni
Tekun, berani sesungguh hati
Demi sukan mengharum negeri

Biar jasa jadi kenangan
Hijau Kuning lambang kemegahan
Jelapang Padi tempat sanjungan
Negeri Kedah Darul Aman

Kedah, Kedah pantang kalah
Walau sakit, jatuh dan rebah
Bangun lantas semula gagah
Bujur lalu melintang patah

Hijau Kuning darahku
Darul Aman negeriku
Hijau Kuning darahku
Negeri Kedah negeriku
Negeri Kedah negeriku.


p/s: Buat Syed Muhammad Muaz, semoga kau berbahagia di kenduri sambil kau menyaksikan aku menjulang piala Malaysia di televisyen bersama Victor Andrag di stadium. Huh


Friday, August 15, 2008

Always Be My Baby

Yeah bebeh. She's back. Ready to rawk again. 2 weeks at kedai Abang Bernard (Gamer Solution), and now she's ready to roll. Do you guys see the cahaya hijau keimanan below? Yeah the 3 rod can be fixed using the x-clamp replacement method (google it la). Although the possibility for the 3 rod to strike again is there, well we cannot just let our loved one sits there alone in the corner, can't we?



If you browse to loywat forums, you could find a couple of gurus who offers their service to fix the 3 rod. The price would be the same, around 100 bucks. Like I said, the x-clamp replacement method is just temporary solution. If you're lucky, you could survive for months, maybe years if shower your love to your 360. The only way to fix the 3 rod permanently is to sent it back to Microsoft (if you got the 3 years extended warranty) or sent it to some dude in Sungei Wang where he can fix it for RM500. Visit his thread for more information (http://forum.lowyat.net/topic/727355).

Anyway, the guy who fixed by 360, Bernard, is a nice guy. He owns a video game shop at City Bazaar, in front of Kompleks Pertama. If you need to find gaming gear or console with reasonable price, he's the man for you (or you can visit Gamer's Hideout at Cineleisure Damansara). Bini dia Crystal pesan, "oo you kena main dia hali hali oo. Kalau tak main pun lu kasi warm up saja". Heh.

Oh yeah. The Jesper is coming out soon. Anyone interested in buying my 360? I'm willing to listen to offers...come on!


Sunday, August 10, 2008

Adam Johari's Wedding

Of all people, who would have thought that Adam Johari would be the first among us to get laid? (secara halal, of course). Haa haa. 08.08.08, the day Adam Johari became a man. 7 years together, Adam and Syikin finally sealed the deal. There were times that Adam felt unsure about his decision to get married, and dragged Amir Rashidi to restoran Yus until 4 a.m to get advise from him. Well you guys should know that any discussions with Apai will always end up with flashback about our past 'mistakes'. But all of that were long gone, as Adam showed us on Friday, that marrying Shikin would be the best decision ever. He was well prepared, he could answer all of the Tok Mudim's (haa haa) question (apa dia tanya btw? bole aku hafal awal2), and displayed his confidence during the akad nikah. What else should I say. Adam Johari is the man. Congratulations Adam and Syikin. This post is dedicated to you. I know it's emotional and totally gay, but hey, you're my bff. Click Read More or the title to see the wedding pics.

Big Happy Family


Kat blakang tu bukan Beyonce tau


Sesi renjis2 dipilis.


Suapan manja Abe. Coklat dia sedap gila sehingga aku rela mencurik di meja tetamu lain


Untuk pengetahuan korang, keris adam tu keris palsu. Dia gam gambar keris kat baju je sebenarnya.


Mata Amir Rashidi tertumpu kepada Zati Hazira walaupun Nur Hamizah berada di hadapan.


Seorang waiter (tiga dari kiri) yang turut ingin bergambar dengan kami

For more pictures, you can visit my facebook page. Congratulations again Adam and Syikin. Semoga kau berjaya menyelinap keluar di malam hari untuk berfoya2 bersama kami. I lap u man. U lap me x?



Friday, August 8, 2008

Adam Johari's Bachelor Party

Thursday, 7th of July 2008. Semalam merupakan hari terakhir Adam Johari menjadi teruna (that's what he said anyway). So as a bff, we decided to throw him a bachelor party. You see, a normal bachelor party should involve heavy drinking, hiring a stripper and then berdosa hingga ke pagi. But we as an old school Bangians decided to have a prayer together at Surau Al Madani, then going for heavy drinking (halal of course) and hiring a male stripper (ahmad shuduh) and then mengumpat sehingga ke pagi. So will Adam Johari get the best night of his life? Click Read More to continue.

Thursday, 7th of July 2008. Mohamad Faizal, Amir Rashidi, Mohd Jamil Fathi, Mohd Ikram, Anas, Hisyam Suhaimi bersetuju untuk keluar berfoya2 di malam hari walaupun esok kena bangun pagi. So di manakah tempat yang paling kool untuk melepak dan mengadakan parti liar? Sudah pastilah di Kedai KopiCat di mana kita akan dihiburkan dengan Abang Cat Farish bersama ahli kumpulan Fabulous Catnya (Ikram sebenarnya peminat fanatik). Sampai sahaja di sana entah mengapa tidak jadi pula. Mungkin kerana tempatnya sekadar indah khabar dari rupa. Maka kami pun menukar lokasi ke kedai Kopitiam Kawan yang berhampiran.

Masuk ke kedai, pap kami dilayan oleh seorang pakcik yang berwajah kerek (let's name him Uncle Fag). Ikuti perbualan di bawah ini (aku mungkin exaggerate sikit):

(sape tah): Kedai ni tutup pukul berapa?
Uncle Fag: Kedai tutup pukul 12. Dapur stop amek order pukul 10.50 (nada kerek).
Jamil: Teh O Ais limau satu. Roti bakar satu.
Uncle Fag: Order air dulu. Makan nanti. Decide dulu (nada kerek)

Uncle Fag: Dah decide belum? ok (nada kerek)
(kami pun order la air masing2)
Uncle Fag: Ni ada 8 air ni. Sape yang terlebih order? (nada kerek)
(masing2 menyatakan minuman sekali lagi, it seems he miscounted)
Uncle Fag: Ok order makan betul2. I DON'T WANT THIS TO HAPPEN AGAIN.

That's where we draw the line. Sambil mencarut2 ringan, kami bangun dan terus berambus dari kedai itu. Macam tu ke cakap dengan customer? Cikai mak lampir. Ameerali, here we come.

Our entertainment for the night, stripper Ahmad Shuduh berlagak tanak datang. No worries. Sesi menakutkan Adam diteruskan jua. Bersediakah kau nak kahwin? Bagaimana kau hendak mengatasi kegersangan kau ketika pulak ke Amerika? Boys talk seperti 'menggauli isteri', 'saiful ditoron anwar', kisah2 silam seperti Peristiwa Gelap Ikram, Hikayat Adik Jamil (Jamul) serta Abe si Anak Manja dibincangkan dengan hangat.

Adam will be a man tomorrow. The first among us. Congratulations. Best friends forever bebeh.

oh yeah liputan majlis nikah and bersanding adam akan tiba. Tungguuuuuuuuuuuuu.



Thursday, August 7, 2008

July Movies! (part 2 of 2)

Yeshhh usah histeria siri ulasan filem untuk bulan Julai episod kedua telah tiba. Gila kau sebelas filem takkan aku nak buat sekali harung penat otak aku nak memikirkan spoiler apa aku nak dedahkan kat korang. Buat korang yang masih belum menonton Perjalanan ke Tengah Bumi Tiga Dimensi, Peperangan Antara Naga, Pahlawan Negro eh Gelap, Fail X serta Seks dan Bandar Itu, bacalah ulasan filem ini dahulu sebelum ke panggung agar korang tidak membazir popcorn jika cerita itu tidak kool. Click Read More for the reviews.


Ratings:
$$$$$ : wajib ditonton, curi wang daripada ibu masing2
$$$$ : sunat ditonton, gelapkan saja wang koperasi
$$$ : harus ditonton, jika ada wang ptptn yang berlebihan
$$ : makruh ditonton, dermalah wang itu ke masjid
$ : haram ditonton , baik pergi beli Chipster lagi kenyang

Journey to The Center of The Earth (2d)
Ulasan Ringkas: Ya betul. Aku hanya menonton versi dua dimensi. Konon2 nak tengok 3d la lepas tu nak tengok apa perbezaan dia. Perbezaan dia ialah aku kena bayaq extra 7 hengget untuk spek angkasa gaban itu. Alah apa sangatlah yang tiga dimensi aku rasa part ikan melompat2 je. Nasib baik Brendan Fraser tu hensem awww.

Ratings:$$
Spoiler: tahukah korang perut aku nampak boroi kerana efek 3d?

War of the Dragons
Ulasan Ringkas: Mengisahkan tentang pasangan bercinta Korea Han ji Eun dan Rain. Han ji Eun apabila telah mencapai akil baligh akan dibaham oleh naga Imoogi untuk menjadi naga yang lebih gagah seperti raksasa cloverfield ataupun Ikmar. Tetapi Rain telah melawan qada' dan qadar dan telah menyelamatkan Han Ji Eun daripada dibaham. 500 tahun kemudian, mereka lahir semula ke dunia jumpa2 terus nak ringan2 mana boleh. Seperti biasa Imoogi jahat kembali untuk membaham Han Ji Eun ataupun nama modennya Sarah. Agak hampasla cerita ni sebab mana2 Sarah lagi mesti Naga tu jumpa.

Ratings: $$
Spoiler: Orang tua mula2 tu sebenarnya atuk yang hidup 500 tahun lalu.


The Dark Knight
Ulasan Ringkas: One of the best movies this year. Please read the reviews online.

Ratings: $$$$$
Spoiler: Harvey Dent = Two Face

X Files: I Want To Beleive
Ulasan Ringkas: Filem ini dirilis hanya untuk peminat seperti aku. Kalau sekadar tahu nama Scully ngan Mulder pastu nak cakap filem ini buhsan korang boleh hidu ketiak aku yang berbau Avon ini. This is a standalone movie. It's more like one of the episodes in the cult series. So we wouldn't know what happen after the last episode, will the human race wiped out by the aliens? Did Cigarette Smoking man mati this time? What happened to William? Nope. You won't find the answer to those questions in the movie. Instead, be prepared for a walk down memory lane (chewahh) Psychic priest, blood, and Walter Skinner!

Ratings: $$$
Spoiler: tee nee nee nee nee neeeeee(lagu tema x files)

Sex and The City
Ulasan Ringkas: Kesinambungan daripada siri televisyen hit satu masa dahulu. Carrie kini hidup gembira di samping jejaka tercinta. Mereka bersetuju untuk berkahwin dan Big tiba2 kecut perut dan ingin melarikan diri di hari perkahwinan (berhati2 adam johari). Cis nama je sex and the city tetapi di mana persetubuhannya? Cis semuanya telah dipotong. Tetapi muka sarah jessica parker macam unta kan korang perasan tak?

Ratings: $$$
Spoiler: Carrie last2 kawin jugak dengan Big. Ala takyah cita pun korang tahu.

Sekian, assalamualaikum.

Sunday, August 3, 2008

July Movies! (part 1 of 2)

It's August, and you stalkers have been waiting for my July movie reviews right? Well, another record has been broken as I watched a total of 11 movies last month, including 5 back to back shows. I'm going to resign from my position as a Microsoft Technical Support next month and I'm going to be a professional movie reviewer with www.cinemaonline.com.my. Click Read More for the reviews!

Ratings:
$$$$$ : wajib ditonton, curi wang daripada ibu masing2
$$$$ : sunat ditonton, gelapkan saja wang koperasi
$$$ : harus ditonton, jika ada wang ptptn yang berlebihan
$$ : makruh ditonton, dermalah wang itu ke masjid
$ : haram ditonton , baik pergi beli Chipster lagi kenyang

Wanted
Ulasan Ringkas: Mengisahkan tentang seorang lelaki dayus yang diimport oleh sekumpulan pembunuh yang menggelarkan diri mereka The Farts. Filem ini mengandungi pelbagai aksi menarik yang bisa membuatkan kita berkata "whoaa". Namun aksi persetubuhan haram antara Angelina dan James yang aku saksikan di dalam trailer dia takde pulak di dalam filem tersebut. Apa ni tipu woi pulangkan wang aku.

Ratings: $$$$
Spoiler: Pembunuh yang cuba membunuh James ialah abah kandung dia.

Hancock
Ulasan Ringkas: Hancock ialah seorang superhero yang bermasalah. Selain daripada tidak sembahyang lima waktu seperti kebanyakan umat manusia sekarang ni, dia turut meneguk minuman syaitan dan F.U.I (flying under influence of alcohol). Namun seorang perunding imej bersedia mengubah sikap Hancock kerana dia memahami situasi Hancock yang keseorangan. Berbekalkan kostum kulit ketat yang ditempah daripada Man Kajang, Hancock pun cuba berubah demi bangsa dan negaranya.

Ratings: $$$
Spoiler: Charlize Theron pun ada superpower macam Will Smith jugak.

Run Fatboy Run
Ulasan Ringkas: Mengisahkan tentang seorang lelaki bernama Dennis Fathi Jamaludin yang berasa kecut perut ketika hendak berkahwin lalu melarikan diri ketika hari perkahwinannya membuatkan gadisnya kecewa. (jangan kecut perut ok adam johari) 5 tahun kemudian, cinta Dennis terhadap gadisnya masih mendalam. Setelah melihat gadisnya ingin berkahwin dengan lelaki lain, Dennis yang boroi mencabar lelaki baru gadisnya itu untuk berlumba lari di Beijing 2008. Dapatkah Dennis mengecap cita2 murninya itu? Sama2 kita saksikan spoiler d bawah.

Ratings: $$$
Spoiler: Dapat.

The Nanny Diaries
Ulasan Ringkas: Nanny graduan jurusan Sains Kemasyarakatan secara tidak sengaja dilantik menjadi pengasuh untuk Datin X. Datin X digambarkan sebagai wanita kelas atasan yang stereotype, hanya mementingkan kerjaya (shopping) dan sebenarnya lonely tanpa kasih sayang dan belaian seorang lelaki bernama suamiiiii (nyanyi lagu kopratasa). Nanny terpaksa mengimbang antara minatnya, Harvard Hottienya dan juga sexual harassment yang dihadapi daripada suami Datin X.

Rating: $$ 1/2
Spoiler: Nanny = Annie

Doomsday
Ulasan Ringkas: Negara Scotland telah dijangkiti virus 'XP Antivirus 2008' di mana XP Antivirus 2008 sebenarnya ialah 'rogue' antivirus yang hakikatnya hanya menakutkan kita dengan mengatakan komputer kita dijangkiti virus dan harus membeli software itu untuk membuang virus itu dari komputer. Antara simptom2 komputer anda telah dijangkiti virus itu ialah pop up yang berterusan, home page yang ditukar serta komputer menjadi lembab yang amat. Jangan sekali2 korang pergi membayar untuk perisian jahanam itu kerana pop up itu akan terus muncul. Untuk menghapus kan virus itu, korang harus

1) Terminate process virus itu di background (ctrl+alt+del)
2) Buang folder XP Antivirus yang biasanya terletak di dalam Progam Files.
3) Hapuskan entry virus itu di registry (biasanya terletak di HKEY_LOCAL_MACHINE\SOFTWARE\Microsoft\Windows\CurrentVersion\Run)

Untuk maklumat lanjut dan yang lebih terperinci, sila hubungi saya di v-26mros (at) mssupport (dot) microsoft (dot) com

Hellboy 2: The Golden Army
Ulasan Ringkas: Hellboy bersama rakan2 x filesnya kembali untuk menyelamatkan dunia daripada ancaman tentera emas Poh Kong yang akan dihidupkan kembali oleh Prince Nuada untuk menakluk dunia ini. Hellboy dibebani dengan masalah populariti, masalah rumahtangga bersama Liz, serta sikap supervisornya yang tegas tetapi cilanat. Marilah kita sama2 saksikan kesudahannya di pawagam yang berdekatan.

Ratings: $$ 1/2
Spoiler: Anak kembar hellboy diberi nama Vivienne Marcheline dan Knox Leon.

Part 2 akan muncul tidak lama lagi. Stay tuned!



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...