Monday, September 29, 2008

Ucapan Khas Hari Raya

Memandangkan semua orang dah wish hari raya, aku pun taknak ketinggalan la jugak. Tapi ucapan aku akan menjadi lebih kool dari korang kerana aku akan memberi personal touch agar terasa lebih syahdu di pagi syawal. Walaupun aku tak dapat kad raya dari korang, namun aku tetap akan mendoakan korang berbahagia di samping keluarga sambil memakan lemang dan kuih tat. Aku suka kuih cornflakes suruh nenek korang buat pleaseee. Sila klik Read More untuk ucapan hari raya dari aku.


Teman2 Bangi yang tercinta

Adam Johari: aku minta maaf kerana sering mengutuk kisah2 silam kau seperti jerung, menegur kau salah lirik ketika menyanyi serta menjadi racist terhadap wajah kau yang seakan2 Cina. Selamat bersetubuh raya di uk!

Amir Rashidi: maafkan aku kerana membelasah kau di FM. aku memang handal nak buat camana. Maafkan aku juga kerana tidak cukup kuat untuk menahan kereta kau dari dihancurkan oleh samseng2 jalanraya.

Mohd Jamil Fathi: sori jamil aku tuduh kau boroi. Kau tegap sebenarnya aku cuma cemburu.

Mohd Dazrul: Sori dazu aku slalu kutuk Astro kau serta teknik gelak longlai kau "ehee hee hee". Tapi aku marah jugakla kau tidak beraya di sini walaupun menpunyai peluang untuk melakukannya.

Mohd Ikram: sori ikram aku menuduh kau mengambil steroid di atas tubuh kau yang tegap itu.

Ahmad Shuhud: sori abe aku slalu kutuk kau pasal Kolej Mara Taiping, Kolej Matrikulasi Melaka, peluang belajar di UK serta program pergigian di Johor.

Anas: sori aku menuduh kau slalu ringan2 walaupun aku tahu kau seorang yang baik.

Zulkifli: ahh kau yang patut mintak maaf kat kitorang dahla pi Houston tak habaq.

Nurhisyam: sori ise tuduh rambut kau menjadi punca kita mendapat layanan buruk di Kopitiam Kawan.

Teman2 Uniten:

Eleanor Ezura: sori ezu kerana terpaksa mendengar presentation prasanth yang bosan. Sori jugak sebab sering berperangai tahpape yang kadang2 (selalu) boleh membawa aib.

Aqilah Hasan: maaf lala kerana menaburkan janji2 manis nak belanja tapi tak masih belum belanja. Eh dahlaaaa anda punya turn la kali ni superrolling kan dapat banyak untung.

Asiah Abdullah: Sori siah slalu ejek pasal Robin, silat cekak dan ulau melingkau di atas pagau pegi surau.

Tamir, Epul dan Dol: Sori aku menuduh korang boroi dan mempunyai ***** bersaiz orang asia.

Teman2 Sally: Sori Nurul Huda saya selalu pakai baju tshirt itu. Sori Fendi aku slalu kutuk bulu2 kau. Sori Arel aku selalu berlagak dengan tamdraiv aku yg 1 gig dulu. Sori Hanis sebab slalu rhymekan kau dengan penis.

Kanak2 seksyen 8: Sori Izwan kutuk kau izwan pilus dan jaclyn victor. Sori Amar aku kutuk Assenal. Sori arul aku selalu kutuk kau yang berdarah nogori sombilan.

Sori Muaz sebab aku lebih hensem daripada kau. Sori Juliana Juhari sebab kutuk kau dengan Razak. Sori ________________ (isi tempat kosong) jika aku termiss nama korang.

Sori Nurdatillah Hasim sebab tak potong rambut lagi : )

Selamat Hari Raya untuk semua. Maaf zahir je batin2 tak main.


Sunday, September 28, 2008

Siri Televisyen Amerika Kembali

Heroes: The one who shot Nathan Petrelli = Peter Petrelli...from the future.

Grey's Anatomy: Derek Shepherd meninggal dunia

Supernatural: Dean escaped from hell...saved by an Angel

The Office: Jim proposed.

Terminator Sarah Connor Chronicles: Cameron says she loves John. John gets horny.

Aku memang gemar memberi spoiler. Haa haa sape suruh lambat donlod.

Tuesday, September 23, 2008

Top Ten Raya Songs

Next week dah raya. Seluar raya mahal setahun sekali masih belum dibeli. Tetapi raya kali ini sudah tidak bermakna lagi buat diriku. Mengapa?

a) Aku sudah bekerja kena bagi duit raya kat sepupu, Mak Long, Mak Ngah, Pak Su dan Park Ji Sung.

b) Aku tiada kampung

c) Aku BEKERJA di hari raya ini. Sah2 tak semayang raya (namun taktik ini hebat kerana tak perlu memberi duit raya)

Jadi apa mahu buat? Dengar lagu raya sajalah untuk mengubat hati yang lara. Sila klik Read More ataupun tajuk dia untuk mendengar Top Ten lagu raya kegemaran aku. Peace.

1. Musafir di Aidilfitri - S. Jibeng
This is probably the syahduest raya song ever made. Gemaaaaaaa damnn meremang bulu ketiak tatkala mendengar verse pertama lagu itu. The cover by ruhil amani was okay but nothing beats the original.

2. Satu Hari di Hari Raya - M. Nasir
I'm sure this song will be in everyone's top ten. Dengarla patblas kali berturut2 pun pasti tidak bosan.

3. Raya - Jalil Hamid
"Bila sebut pasal raya semua ingat hari raya tapi janganlah pula kita lupaaa. Ada 1001 kata berkait dengan raya selain hari rayaaaa....." Haa haa a different take on Hari Raya. Bukan setakat hari raya, jalan raya, kaya raya, puduraya, bunga raya, hantu raya suma ada.

4. Seloka Hari Raya - Uji Rashid dan Hail Amir
Tiada pasangan di dunia ini yang dapat mengatasi chemistry antara mereka tak kirala diorang tu nurul dan ajai dulu2 ke, yusry dan erra dulu2 ke apatah lagi achik spin dan siti nordiana.

5. Malam Kita - KRU
Haa haa ini kira lagu raya ke? aku pun tak tahu. Yela lirik dia begini, "Ohh sepurnama kita tempuh dugaan penuh kesabaran, kini tiba sekali lagi hari yang dinanti tiba pasti...". Tak kira aku fanatik KRU sejak sekolah rendah lagi.

6. Cahaya Aidilfitri - Black Dog Bone
Nama band sudah menakutkan tapi lagu rayanya menjadi instant classic ketika mula2 direlease 14 tahun dahulu (fakta tak benar, men blasah je ni).

7. Lebaran Ini - Raihan, Nowseeheart, Rem & Ajai
Suara Rem meneran sungguh real tatkala rakaman di studio majalah mangga mengatakan Rem tercirit sedikit sehingga mengalir ke lutut.

8. Bergema Takbir di Pagi Raya - 4u2c
Masa ni 4u2c gaduh ngan KRU biasalah tak matang lagi.

9. Menjelang Hari Raya - Dj Dave
Dj Dave sungguh kacak bergaya dulu dan sekarang menjadi kegilaan ibu bapa kita di zaman2 remaja dulu.

10. Aidilfitri - Sanisah Huri
Tak kenal? aku pun tak kenal. Tapi lagu dia camni, "Kini tibaa masanya berharii rayaa muslimin dan muslimat sembahyang bersamaaaaa..."

Yaa sekian saja Carta Raya tahun ini. Jangan diam saja habaq mai la korang punya lagu feveret lak. Ok Selamat makan lemang untuk anda sekeluarga. Peace...

p/s: kalau korang perasan aku kopi pes je post bertarikh 9/10/2007 bukan korang perasan pun amacam munafik tak tindakan aku

Friday, September 19, 2008

The Saddest Ad

Korang memang tidak berhati perut jika tidak mengalir air mata selepas menonton iklan ini.



Damn that bitch.

Saturday, September 13, 2008

You'll Never Walk Aloneeeeeee

Of course I'd post this 5 minutes after the final whistle.

Liverpool 2 - Manshitter United 1




Apa alasan korang? Apape sajelah.


Sakit hati bukan? Sweet.

Thursday, September 11, 2008

MISSING!

Di mana Peter Griffin? Di mana tshirt kegemaran aku? Aku tak jumpa. Sudah satu rumah aku selongkar. Dalam almari, dalam mesin basuh, dalam rumah kucing, dalam cintaa harus saling percayaaa (lagu mila). Kali terakhir aku pakai ialah 2 minggu lalu. Ini perkara seriyes bukan main2. T shirt itu adalah tshirt aku yang paling kool yang tidak boleh didapati di butik2 bundle berhampiran ataupun superrolling.blogspot.com. Adam Johari yang membelikannya untuk aku di Amerika Syarikat. Bulan Ramadan ni aku meminta jasa baik korang yang mencuri baju aku yang kool itu, secara sengaja ataupun tidak, pulangkanlah. Tidak lena aku tidur setiap malam. Kesian mama aku harus mendengar rengekan aku meminta baju yang sama setiap hari. Aku akan paparkan gambar2 kool aku bergaya dengan tshirt dari pelbagai sudut agar korang dapat carikkan sekali untuk aku. Sape jumpa akan aku doakan kebahagiaan korang di akhirat setiap kali aku abes semayang. Click Read More or the title for more pictures.



Hilang...




Where are you my love...


Usah kau pergiiiiii


Di manaa kan ku carii gantiiiiiii

Tuhan nampak doo apa yang korang buat. Baik pulangkan kalau korang terambil. Berikut adalah teori2 aku siapakah orang2 yang disyaki mengambil baju aku secara paksa:

1) Pekerja kedai dobi yang tidak jujur
2) Jiran2 yang cemburu
3) Gadis2 yang salah faham (Nurul Huda selalu marah saya pakai baju ini).

Di bulan Ramadan yang mulia ini saya harap kita semua dapat bermaaf maafan yang hidup dalam suasana yang harmoni. Oleh itu tolonglah pulangkan baju aku yang kool tu. Assalamualaikum.



Tuesday, September 9, 2008

August Movies!

Hai bertemu lagi kita di dalam segmen Ulasan Filem Bersama Abang Jai. Sempena bulan kemerdekaan yang ke _ _ ini (isi tempat kosong tengok korang tahu ke tak), Abang Jai akan mengulas 7 buah filem yang langsung tiada kena mengena dengan sejarah kemerdekaan negara kita yang tercinta ini. Click Read More or the title for the reviews.

Ratings:
$$$$$ : wajib ditonton, curi wang daripada ibu masing2
$$$$ : sunat ditonton, gelapkan saja wang koperasi
$$$ : harus ditonton, jika ada wang ptptn yang berlebihan
$$ : makruh ditonton, dermalah wang itu ke masjid
$ : haram ditonton , baik pergi beli Chipster lagi kenyang

21
Ulasan Ringkas: Mengisahkan tentang sekumpulan kanak2 graduan Universiti Tenaga Nasional yang handal Penaakulan Mantik dan Trigonometri Tambahan yang menubuhkan sebuah kelab perjudian di mana mereka akan mengira kad dalam permainan Blackjack. Eleh bukan susah pun kalau korang nak tahu tips dia tanyala aku. Berbekalkan ilmu yang penuh di dada di bawah bimbingan mentor mereka Kevin Spacey, mereka pun mengorak langkah ke bandar berdosa Las Vegas untuk mencari rezeki haram.

Ratings: $$$
Spoiler: Morpheous berkomplot dengan Ben untuk menangkap Kevin Spacey

The Mummy: Tomb of the Dragon Emperor
Ulasan Ringkas: Filem ini mengisahkan Aniq yang tinggal di Pulau Pinang. Dia mempunyai kakak - Aisya, dan adik - Sabrina. Aniq berkenalan dengan Amelia tetapi mereka mempunyai masalah untuk memberitahu keluarga kerana sikap keluarga yang mengaturkan perkahwinan anak-anak. Kedua-dua mereka yang menuntut di universiti berpakat kononnya universiti mengadakan program keluarga angkat. Amelia tinggal sebagai anak angkat di rumah keluarga Aniq, manakala Aniq pula ke rumah keluarga Amelia untuk memikat bakal mertua masing-masing. Pada masa yang sama, Mami Jarum ingin mengahwinkan anaknya Mehran dengan Aniq. Sebaliknya, Mehran pula menyintai Saiful. Eh ini cerita Anak Mami

Ratings: $$
Spoiler: Booooringgggggg

Forgetting Sarah Marshall
Ulasan Ringkas: Peter memiliki hidup yang sempurna, berkerjaya sebagai komposer lagu, serta memiliki awek hot yang berlakon dalam CSI versi seksual. Namun segalanya berubah apabila aweknya Sarah Marshall meninggalkannya demi penyanyi rock antarabangsa Aldous Snow. Peter membawa hatinya yang lara ke pulau Tioman. Cube teke sape dia jumpe kat sane? (Jawapan di bawah).

Ratings: $$$
Spoiler: Sudah pastilah berjumpa Sarah bersama teman lelaki barunya. Namun kesudahannya Peter tidak bersama Sarah jeng jeng jeng.

Rogue
Ulasan Ringkas: Mengisahkan tentang sekumpulan pelancong yang tidak bersalah dibaham buaya satu persatu. Tidak perlu aku ulas lebih lanjut.

Ratings: $$
Spoiler: Orang yang meninggal ialah mamat 2 orang yang bawak bot, suami perempuan tua, serta perempuan tua yang pakai spek.

Wall E
Ulasan Ringkas: Semua manusia telah meninggalkan bumi. Yang tinggal hanyalah sebuah robot pengangkut sampah DBKL yang telah berevolusi lalu membentuk mata beremosi. Satu hari Hawa (Eve) turun ke bumi dan Wall E yang gersang terus jatuh cinta. Setelah misi Eve selesai terus hilang nafsunya terhadap Wall E. Saksikan pengembaraan serta cinta agung robot di angkasa.

Ratings: $$$$
Spoiler: Wall E meninggal dunia.......kemudian hidup balik haa haa

Penelope
Ulasan Ringkas: Penelope memiliki hidung seperti babi akibat terkena sumpahan orang minyak. Sumpahan itu hanya boleh dihapuskan jika 'salah seorang dari mereka menyayanginya'. Ibu bapa Penelope mengintepretnya dengan menganggap hanya kerabat diraja perlis yang berkahwin dengan Penelope yang dapat menghapuskan sumpahan itu. Seorang wartawan dari kolum gosip Harakah berusaha untuk mendapatkan gambar hidung Penelope yang mahal itu dengan bantuan jejaka kacak 'Max'.

Ratings: $$$ 1/2
Spoiler: Max tanak kawin dengan Penelope kerana dia bukanlah golongan diraja...walaupun ditawarkan wang ribuan ringgit namun dia tahu dia tidak dapat mengalihkan sumpahan yang menimpa Penelope...ohh mulianya...

Death Race
Ulasan Ringkas:Jensen, seorang bekas penagih eh bekas pelumba dituduh membunuh isterinya. Dia dihantar ke penjara Pudu di mana dia dipaksa untuk menyertai sebuah perlumbaan maut sebagai 'Frankenstein'. Dia disaingi oleh karekter2 aneh seperti Mesingan Johari, seorang negro yang dikatakan homoseksual, Grimm, badan penuh tatu macam Scofield, 14k, seorang graduan UKM yang mendapat CGPA 3.98 serta Pachenko, pembunuh isteri Jensen. Warden dia kata sape menang bole kuaq penjara...

Ratings: $$$$
Spoiler: Jensen masuk penjara itu atas arahan warden semata2 untuk menggantikan Frank. Bitch.

Ok di bulan Ramadan yang mulia ini kalau nak menonton wayang bole tapi jangan ringan2 ok. Assalamualaikum.

Wednesday, September 3, 2008

Prison Break Season 4, episode 1

Gretchen meninggal (kemudian hidup balik di episod 2), Whistler meninggal, anak beranak Mahone meninggal, Sara Tancredi hidup!

Haa haa haa padan muka korang sape suruh lambat donlod.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...