Friday, October 31, 2008

Gossip Bulan Oktober

Haiiiii apa khabar uols? Uols sihat? Macam mana hari raya hari tu? Mesti hensem korang pakai baju melayu awwww. Ok kali ini Sally ada gossip yang hangat mengalahkan Liena Hangat. Eh mana dia pergi ye? Sejak dia berpisah dengan suami mat saleh dia tu terus tak hangat dah. Ok gossip kali ini memang meletupp nyahhh. Uols kenal Norman Hakim? Ala yang badan ketak2 berlakon cerita Gerak Khas tu. Emm semalam 30 Oktober 2008, dia kena tangkap khalwat bersama pelakon baru Memey atau nama dalam kad pengenalan Suhaiza Suhaimi. Memey ni anak saudara Darling Ngasri (bukan hudarling). Emm skuad paparazi mak ada kat situ masa diorang kena tangkap kat Jalan UP 1/2, Ukay Perdana, Ampang. Norman cuba menyorok kat belakang tapi otot dia besar dan gagah u mestila diorang nampak. Tapi masa kena tangkap dey'all pakai baju. Hmmm bole percaya keee.

Nota: kolum gosip ini ditulis oleh Sally bukan aku. Sila klik Read More untuk terus membaca.

Komen Sally: Yang si Memey ni pulak aku cilikan mulut kau baru tahu. Muda2 dah pandai nak berpoya2 dengan suami orang eii tak kuasa aku. Kesian tau kat Abby Abadi. Yang si Norman pun satu, taula kecewa grup dia tu tak ke mana, apa tu nama dia haaa Kumpulan Impression. Alaaa yang dia sekali menyanyi dengan Eizlan Yusof tu. Yang lagu dia "di manaa dan ke manaaaa" video klip dia tengah main snuker tu. Eii tak kuasalah aku. Tapi ada satu lagi Norman yang mak suka, Norman KRU! Single lagi tuuu awww terujaaa mak. Oklah kita jumpa lagi nantiii. Kalau ada gosip panas artis2 tempatan jangan lupa bagitau bole kita mengadu domba bersama2. Awwww.

Team Awesome

After gameweek 10, Anfield Heroes, managed by the World Class manager Mohamad Faizal is on top of the league. With 89 points for the midweek game, the first place was snatched from the hands of Aripin Pandak Udin (Lebai). But danger is lurking from below when several other title rivals are closing in, with several teams managed to get 80 points and above. Liga Super is a very competitive league, where the title won't be decided with just one gameweek. Click Read More to get the analysis from out own pundit Shebby Singh regarding the title contender for this year's Fantasy Premier League.



Here are the main title contenders for this season:

Team: Toon Army
Manager: Amir Rashidi
Overview: One of the last remaining Geordies, the Toon Army is Anfield Heroes biggest rival. The manager has wealth of experience in the Barclays Premier League, managing countless of football team in Football Manager franchise (and cheating his way to the top, of course). After a couple of dissappointing season, this could be his turn, showing his intention and hunger for success by leapfrogging the previous leader, Cengkiakhidup CF after collecting 81 points.

Team: Romper Stopper
Manager: Dazrul Syariz
Overview: The unpredictable. Romper Stopper could challenge for honors again this season after a couple of brilliant performances, helped by the combination of Ronaldo-Lampard. Mana aci ada dua2 player gagah. Despite that, Dazu is known for his lack of 'focus' there will be a time bila dia akan menjadi lalai and his team will be 'abandoned' and one by one another team will pancung him. ehehehe (gelak dazu).

Team: Rosly Joran FC
Manager: Shuhud Zakaria
Overview: En Rosly is his inspiration. Shuhud has a vast experience in the football as well, but his weakness came from his berlagakness and rash decision making as shown by the amount of transfer that he do each week, or perhaps just unlucky (buang berbatov angkat runi letak kapten, haa haa).

Team: Jerung Melapah
Manager: Adam Johari.
Overview: The surpise package. Altough Jerung Melapah did not enter the league until gameweek 2, the team is showing some signs that they could be a threat in the future. After doing some research and complete reshuffle using the wild card, they manage to produce a consistent performance since then (80 points for the last game week)

So here's the current standings:



Of course, there are some fringe teams Syam's Merry Men (haha), Lazybone Fc (haha) and even Kami Nakal (terperosok di bawah). By the way, aku memang pundit yang handal cubala rampas takhta liga hee hee. Assalamualaikum



Wednesday, October 29, 2008

Terjebak

How do you know whether or not you're 'terjebak'? Well, spending 43 bucks buying something that you could just download from the internet would be a good indication. Sitting in front of the tv singing along to her tunes pretending you were in her concert would be considered terjebak as well. So who's this enchanting lady and how did she manage to melt my heart with by singing about the 7 things that i like? Well lets click Read More to find out!





Ahh tak dapat teke lagi ke gamba dah terpampang dah tu. Yes people, aku akhirnya terjebak. I tried to resist, but i couldn't. Her voice, her personality, her face (although the face is not considered Sharon Stone muda2 materials, hmm) ahh so why not just embrace it like other millions of screaming fans? Tadi, berbekalkan wang simpanan yang makin kurang, aku secara senyap2 menuju ke sekyen Penyanyi Internasional Wanita. Bam, Miley Cyrus, Breakout. Mula2 nak curi je cd tapi nanti berdosa pulak setiap kali aku dengar cd dia. Nasib baik Nurdatillah binti Hasim ada, dapatlah juga aku menjaga kemachoan tanpa perlu membayar sendiri kat Abang Speedy Video itu. Kamon nak beli cd Ziana Zain pun aku segan, inikan pula membeli cd idola kanak2 Hannah Montana. Haa haa sori babe.

So when I got back home, I locked myself in my room, set the speaker volume to high, plugged in my guitar, and starts jammin' with Miley! Wooo! Do you guys know how to play 7 Things? Well i do! Maybe i should post a video cover that could make you guys muntah darah and girls histeria kegembiraan...maybe. Well tapi itu jela yang aku tau main hee hee. Some of my favorite tunes; Full Circle, Fly On The Wall, Simple Song, Goodbye well suma aku sukala sebenaqnya hee hee.

Hmm I wonder where I can get a life sized poster of her....

Monday, October 27, 2008

Top of The World

Chelshit 0 Liverpool 1. 86 games unbeaten home record? Suck my balls (football). Haa haa. Move over, our time has come!

You'll neeeeeeeeever walk aloneeeeeeeee.

Wednesday, October 22, 2008

The Koolest Blog

Sedang aku menstalker blog gadis2, cube teke blog sape aku jumpe? Jengg jengg jengggg gadis ni memang kool gila ah. Cube teke sape? Blog mama aku. YESHH. Mama aku yang menggunakan 'Mozarella' Firefox itu. Heee. Kool gila mama aku ada blog. Lagi kool dari kanak2 KAMI. Walaupun setakat ini baru ada 1 post aje (aku yakin jumlah itu tidak akan bertambah untuk masa terdekat ini, hee hee), namun aku tetap berbangga (or should i be segan?). Blog mama aku mengisahkan tentang perjalanan hidupnya yang penuh berliku dalam usaha mengumpul fridge magnet dari serata dunia. Di sana, korang boleh lihat gambar2 fridge magnet dari London, Amsterdam, Paris serta Kampung Baru. Sebagai tanda terima kasih mama aku bagi korang makan mee kari tiap2 tahun, apa kata korang belikan fridge magnet untuk mama aku. Di mana boleh korang tatap koleksi2 mama aku? Sila klik Read More untuk mengetahui laman webnya.


Korang boleh melihat koleksi2nya di http://ruziyah.blogspot.com

p/s: mama aku dah pesan kat kau adam untuk beli magnet dari chicago.

Monday, October 20, 2008

Tak Bole Dabel Kelik

Have you ever been in this situation?

Insert the usb stick.
Double click to open the root directory or choose the 'Open Folder' option on the autorun feature.(drive e:, i:, j: whatever).
Instead of opening the folder, it will give you the Open With option, asking you to search the web or choose a program to open it.
Then it infects your hard drive, where the same thing will happen when you try to open your Local disk c: or d (if you have multiple partition).

You noticed that this happen after you stick your thumbdrive into someone's pc (or lab kmc yang penuh dengan virus, hee hee). You have run the antivirus software, removed the virus but still could not fix the issue.

Annoying right? Well the workaround that we normally do, use the 'right click > Explore' (might not work at all) feature or access it through the address bar. Worst case scenario, reformat!

Well, jangan gusar Mohamad Faizal sedia membantu. Click Read More to see the simple solution.

  1. Click Start, click Run, type in 'cmd'
  2. On the command prompt,type the infected directory (c:, d:, i: etc) and hit Enter.
  3. Then type in these command (without the quotation), 'attrib -r -s -h autorun.inf', hit enter, and then 'del autorun.inf' and hit enter. Repeat the same process for every directory.
  4. Restart the computer. Bersedia untuk kagum.

Punca? Dalam bahasa Malaysianya, antivirus kita mungkin sudah mendelete atau mengkuarantinkan file autorun yang hadir bersama virus itu. However di dalam registry, dia masih cuba untuk run virus itu walaupun tiada benda untuk di run lagi, maka terjadilah error 'Open With' itu.

Jangan segan untuk bertanya jika ada masalah. Bayaran kita boleh bincang. You can reach me at v-26mros (at) mssupport (dot) microsoft (dot) com jika ada masalah komputer. Masalah kewangan atau masalah gadis bole hubungi Ahmad Fadhullah di 03-91021953.

Saturday, October 18, 2008

Riang Ria Hari Raya

Ahh hari raya. Pasti ada upacara baham membaham. Aku pun tak mahu ketinggalan menyuapkan sesuap nasi ataupun mee kari ke dalam mulut korang. Terima kasih kerana sudi menghadirkan diri memohon maaf sesama kita. Semoga korang kenyang dan gembira mendapat duit raya dari aku. Mari kita lihat gambar2 raya sambil bergembira bersama keluarga tercinta.



Kanak2 Bangi tercinta. Missing: Adam Johari ( bersetub..err bersama isteri di uk), Mohd Dazrul (mahu jadi orang putih), Anas (ada kat situ tapi kena kontrol ngan tunang), Amir Rashidi (sakit tuan)



Eleanor Ezura yang tidak pernah mengecewakan. Hee hee. Sori Ammar kau tak hot.


Sultan Kedah serta dayang2nya


Apa? Mahu gambar lagi? Jangan kaget. Sila klik Read More untuk menjadi stalker rasmi aku.



Muaz mengaku masih bujang dan berani berfoya2 tanpa kehadiran isteri tercinta. Hee hee


Kami sebenarnya adik beradik baju kaler sama. Tamir, abang sulung yang kurang upaya, Faizal, anak kedua yang bekerja keras mencari rezeki dan Nazmin, adik bongsu yang masih belajar dengan rajin untuk mengubah nasib keluarga.


Baju raya Mama memang ada corak apron.


Terus terkancing gigi korang melihat skill aku menggoreng Guitar Hero aku (padahal aku main level medium korang bukan perasan pun)


i like mat rempit. eh i love my friends

Sesi bergambar dengan artis (bukan aku artisnya)


Aku mendoakan kebahagiaan kawan2 aku di dunia dan di akhirat. Thanks for coming.

Tak puas lagi menatap gambar2 aku untuk dijadikan modal? Sila layari laman Facebook aku. Selamat Hari Raya. Maaf Zahir sahaja.

Thursday, October 16, 2008

Security Update For Microsoft Windows

roubA few of my customers got this email from 'Microsoft', and asked me whether they need to install that update.

--------------------------------------------------------------------------------------------------
Dear Microsoft Customer,

Please notice that Microsoft company has recently issued a Security Update for OS Microsoft Windows. The update applies to the following OS versions: Microsoft Windows 98, Microsoft Windows 2000, Microsoft Windows Millenium, Microsoft Windows XP, Microsoft Windows Vista.

Please notice, that present update applies to high-priority updates category. In order to help protect your computer against security threats and performance problems, we strongly recommend you to install this update.

Since public distribution of this Update through the official website http://www.microsoft.com would have result in efficient creation of a malicious software, we made a decision to issue an experimental private version of an update for all Microsoft Windows OS users.

As your computer is set to receive notifications when new updates are available, you have received this notice.

In order to start the update, please follow the step-by-step instruction:
1. Run the file, that you have received along with this message.
2. Carefully follow all the instructions you see on the screen.

If nothing changes after you have run the file, probably in the settings of your OS you have an indication to run all the updates at a background routine. In that case, at this point the upgrade of your OS will be finished.

We apologize for any inconvenience this back order may be causing you.

Thank you,

Steve Lipner
Director of Security Assurance
Microsoft Corp.

--------------------------------------------------------------------------------------------------

Well normal computer user would think that they should perform the updates. Why not? It was sent by Microsoft, the email looks convincing, and it was signed by our own Steve Lipner! So hey, lets download the attachment, run the KB294576.exe (random KB number) file and congratulations, you just installed a malware in your computer that will allow attackers to execute files and steal information from your computer.

Click Read More to find out why that email is obviously fake.


Reason number 1:
Microsoft will never put an executable file as an attachment to any security notification emails sent to customers.

Reason number 2:
To perform Windows Update, you just need to go to the update page. It should be done automatically anyway. To do it manually, Start > Windows Update. Tak jumpa? Bukak Internet Explorer > Tools > Windows Update. Tapi korang suma pakai Windows cetak rompak mana ada nak buat update ye tak.

Reason number 3:
Your antivirus should pick that email saying that it could not identify the sender or the obvious warnings that it has detected a trojan horse attached to the email?? Duhh.

Jika ada sebarang soalan, jangan malu untuk bertanya. Jika sudah terkena, aku mungkin gelakkan korang dulu. For more information, you can visit this link http://blogs.technet.com/msrc/archive/2008/10/13/microsoft-security-e-mail-spoofs-with-malware.aspx

Yang benar,
Mohamad Faizal Rosly
v-26mros(at)mssupport(dot)microsoft(dot)com
Microsoft Technical Support
Support Hours - Mon to Fri 8:00am - 8:00pm (AEST)
Support Line - 13 20 58 (AU and NZ)
Web: http://support.microsoft.com

Wednesday, October 15, 2008

Gossip Artis Tempatan

Ketika aku di zaman matrikulasi dahulu, rumet aku merupakan orang yang paling popular di Kolej Matrikulasi Melaka. Nama dia Salehuddin tapi lebih mesra dipanggil Sally. Setiap minggu Sally akan membeli majalah2 hiburan tempatan untuk mengetahui perkembangan dunia hiburan tanah air. Ketika orang lain lalai dan alpa, aku sering membaca majalah2 seperti Mangga, Media Hiburan, URTV dan Hai secara senyap2 bersama Sally sambil membincangkan tentang gosip2 terbaru. Baru2 ini, aku kembali menghubungi Sally untuk bertanya khabar artis2 tempatan. Entah bagaimana timbul pula idea untuk menerbitkan sendiri kolum gossip artis tempatan berbaur fitnah di blog ini. Maka tertubuhla 'Skuad Paparazzi Sally' untuk berkongsi gosip2 yang mungkin benar ataupun rekaan semata2.

Gossip pertama: Que Haidar bercinta dengan LJ?
Siapakah LJ itu? Anak Lincoln Burrows dalam prison break? Que bukanlah gay (tapi mungkin triseksual). Ataupun Liyana Jamil? (sekadar nama random). Bukan. Linda Jasmine. Linda Jasmine yang hot mengajar kanak2 AF menari tu? YESSS. Baru2 ini, wartawan Skuad Sally terserempak dengan mereka berpegangan tangan di sebuah gedung membeli belah eksklusif di Jalan Raja Chulan. Apabila ditanya tentang gosip itu, Que enggan memberi sebarang komen.

Komen Sally: Awww. Geli mak. Que tu muka macam pelepah kelapa nak yang canthek saje. Yu'oll, mak tak jeles tapi mak hangin kalau dah bercinta tu mengaku jelaa nak sorok2 pulak. Gelenyahhhhh.

Ingin lebih gossip? Sila klik Read More or the title.

Gossip kedua: Mawi dan Ekin nikah bulan Disember?
Wartawan Skuad Sally menghadiri majlis rumah terbuka Mawi di kediamannya di Sungai Ramal Dalam baru2 ini. Mawi yang semakin kurang popular sekarang sekadar menghidangkan nasi putih berlaukkan ikan kembung dengan alasan kurang mendapat show. Kekasihnya Ekin turut berada di situ. Wartawan Skuad Sally mengambil kesempatan itu untuk bertanya bila mereka akan melangsungkan perkahwinan. Ikuti temubual di bawah:

Sally: Bila nak kawen?
Ekin: Disember.

Komen Sally: Awww. Biasalahh pasangan popular ni mesti yuoll nak tau kan bila diorang nak kawen. Emm dulu2 mak minattt sangat kat Mawi tapi taktaula dia punya aura dah tak mengghairahkan mak dah. Kawenla kau tak kuasa aku gelenyahhh

Gossip ketiga: Aziz M Osman berkawan dengan bekas isteri
Dalam majlis berbuka puasa anjuran Tayangan Unggul Sdn Bhd, Aziz dan bekas isterinya Vee duduk semeja. Wartawan Skuad Sally yang berada di situ sempat berbual2 dengan Aziz yang kini sudah berkahwin dengan seorang ustazah di Terengganu. Vee pula, yang kelihatan anggun walaupun terdapat sesetengah pihak yang bersoksek kerana tindakannya yang membuka tudung.

Komen Sally: Emm elokla tu buat apa nak gaduh2 kan tak kuasa aku. Kenapa agaknya diorang bercerai ek? Mmm malasla mak nak fikir. Tapi Aziz tu comel jugak kan awww bergetarr hati mak.

Sekian saja ruangan gossip untuk kali ini. Jumpa lagi di waktu yang lain ya.

Nota: Jika tipu gossip itu maka tipulah aku, so don't take it seriously ok?


Friday, October 10, 2008

September Movies!

Hai bertemu lagi kita di dalam segmen Ulasan Filem Bersama Abang Jai. Dalam bulan Ramadan yang mulia ini, hanya empat buah filem saja yang ditonton di pawagam. Iyelah mana ada masa nak menonton siang letih malam terawih. Wahh rhyme. Namun sebagai penulis tetap ruangan filem untuk majalah hiburan Mangga, tanggungjawab mengulas filem untuk panduan masyarakat tetap akan dilaksanakan. Click Read More or the title for the reviews.

Ratings:
$$$$$ : wajib ditonton, curi wang daripada ibu masing2
$$$$ : sunat ditonton, gelapkan saja wang koperasi
$$$ : harus ditonton, jika ada wang ptptn yang berlebihan
$$ : makruh ditonton, dermalah wang itu ke masjid
$ : haram ditonton , baik pergi beli Chipster lagi kenyang

You Don't Mess With The Zohan
Ulasan Ringkas: Mengisahkan tentang pergolakan antara rejim Israel dan penduduk Palestine. Zohan, Komando Elit Tel Aviv sudah bosan dengan hidupnya yang penuh dengan peperangan dan kebencian. Setelah memalsukan kematiannya, dia pun berangkat ke Amerika untuk memenuhi impiannya sebagai seorang penggaya rambut bapuk. Dengan menghulurkan khidmat seksual di samping teknik memotong rambut yang hebat, Zohan berjaya memajukan kedai Delia, seorang gadis Palestine yang hangat (hot). Konflik bermula apabila musuh ketatnya Phantom, datang mencarinya. Ini filem memang mereng, but hey it's Adam Sandler, what else could you expect?

Ratings: $$ 1/2
Spoiler: Delia sebenarnya adik Phantom

Babilon A.D
Ulasan Ringkas: Aku memang saje je eja tajuk dia camtu kerana cerita ini bosan tahap presentation Prasanth. Kau la adam ajak kitorang tengok cerita ni. Hee hee. Mengisahkan tentang Turap, seorang mercenary yang diupah untuk menyeludup pendatang tanpa izin dari seberang. Bangg bangg boommm dushh srkettttt uuuuu (aksi tembak, letup, tumbuk, brek kereta, menangis) tamat

Ratings: $ 1/2
Spoiler: Baik korang pasang spoiler kat kereta korang lagi kool

Pathology
Ulasan Ringkas: Grey's Anatomy, versi bunuh2. Peter Petrelli, seorang pelajar genius perubatan mengikuti program elit perubatan di Hospital Pantai Kuala Lumpur. Dihasut oleh intern2 lain, dia terpengaruh dengan aktiviti kurikulum tambahan iaitu melakukan pembunuhan yang sempurna untuk diteka punca kematiannya oleh rakan2nya sambil menghisap dadah, melakukan seks rambang serta mencarut2 ringan. Alyssa Milano bebehhhhhh.

Ratings: $$$$
Spoiler: Kawan Peter yang tak berguna mula2 tu akhirnya menjadi hero sampingan.

Mamma Mia!
Ulasan Ringkas: Inilah ceritanya (in order) I Have a Dream, Honey, Honey,Money, Money, Money, Mamma Mia, Chiquitita, Dancing Queen, Our Last Summer, Lay All Your Love on Me, Super Trouper, Gimme! Gimme! Gimme!, The Name of the Game, Voulez-Vous, SOS, Does Your Mother Know, Slipping Through My Fingers, The Winner Takes It All, I Do, I Do, I Do, I Do, I Do, When All is Said and Done, Take a Chance on Me, Mamma Mia(Reprise)

Ratings: $$$
Spoiler: Abah Sophie ialah...Sam. Dan Harry. Dan Bill. Entah aku pun taktau.

Okay semua selamat menonton. Jumpa lagi kita di segmen yang sama bulan hadapan. I lap u all. Muah

Wednesday, October 8, 2008

Jenaka Lucu Dari Mama

Mama aku sedang cuba untuk membayar wang ptptn aku secara online. Selalunya aku transfer duit terus ke dalam akaun dia, tetapi mama aku inginkan kaedah yang lebih efisyen. Saksikan perbualan di bawah ini.

Aku: Assalamualaikum warahmatullah....(baru lepas semayang sunat).

Mama: Bagusnya anak mama ni. Tak sia2 dilantik sebagai ajk surau al kauthar seksyen 4. Ijai dah bayar ptptn bulan ni ke belum?

Aku: Dah masuk dah aritu. Tapi bunga dia banyak la. Ijai bayar yang pinjaman pertama je.

Mama: Laa kenapa tak bayar online terus masuk pinjaman yang kedua. Meh mama buatkan.

Aku: Ala leceh la kena pakai Internet Explorer. Ijai pakai firefox...

Mama: (duduk di hadapan komputer aku untuk menunaikan tanggungjawab seorang ibu). Mama tutup ya Mozzarella ni.

Aku hanya mampu tergelak sehingga mengalir air mata. Mama aku memang lucu.

Lucu kan? Lucu kan?

Monday, October 6, 2008

Hari Raya Blues

1st October 2008

4.00 a.m:
Bangun solat tahajjud. Mandi sunat aidilfitri. Memakai baju raya baru bukan tahun lepas punya yang berwarna ungu. Membaham nasi impit beserta kuah kacang, resipi istimewa arwah uwan aku.

4.30 a.m:
Sambil bertakbir raya, aku pun bertolak ke Jalan Raja Chulan untuk menunaikan seruan syarikat. Siapalah aku yang tiada kampung ini untuk bercuti di hari raya.

5.00 a.m:
Tiba di pejabat. Kes pertama hari itu, masalah pengaktifan Tetingkap (Windows Activation). Pengguna tidak dapat mengaktifkan Windows melalui internet kerana driver network cardnya masih belum diinstall. Ingin mengaktifkan melalui telefon, tetapi tiada installation ID. Apabila diperiksa, part number cd Windowsnya tidak sama dengan produk key yang digunakan. Masalah selesai.

8.30 a.m:
Memakai songkok dan bersampin. Meminta izin untuk bersembahyang raya. Berjalan segak seperti pendekar menuju ke masjid Jamek. 15 minit kemudian, menitis air hidungku kerana solat sunat aidilfitri telah tamat. Takpe aku dah cuba sedaya upaya.

10.00 a.m:
Berjalan2 di ofis mencuri tulang sambil bermaaf2kan sesama rakyat Malaysia yang tidak menyambut hari raya. Masing2 bertanya mengapa aku tidak bercuti dan pulang ke kampung. Aku hanya membalas dengan linangan air mata.

11.00 a.m:
Bos aku memanggil aku. "Faizal kau memang pekerja yang rajin aku akan naikkan gaji kau dan beri kau pulang pukul doblas untuk menyambut hari raya,"ujar bos aku. Bos kepada bos aku yang nampak aku memakai baju melayu dan bersongkok kata "Hensemnyaa"(yang ini aku 100% bercakap benar).

11.30 a.m:
Jamuan istimewa hari raya. Dapat makan nasi beriyani berlaukkan ayam masak merah, kambing masak taucu dan ketam ronggeng. Setelah penat mencekik, aku pun pulang menuju ke kampung halaman (bandar baru bangi tercinta).

1.30 p.m:
Sampai di rumah, tidoq la penat doo.

4.00 p.m:
Mama aku kejut. Masa untuk beraya di rumah saudara mara. Aku pun mengenakan set kedua baju raya yang lebih mahal. Seluarnya longgar, maksudnya aku sudah tidak boroi. Alhamdulillah. Sesi bermaaf2fan bersama ibu dan bapa diteruskan. Tiada duit raya, of kos.

5.00 p.m:
Berjalan ke Kampung Pandan ke rumah kakak kepada nenek belah bapak aku, dan kakak kepada uwan belah mak aku. Kali ini, giliran aku menghulurkan duit raya kerana aku sudah bekerja (dipaksa sebenarnya). Itu pun menyamar saja aku yang bagi, padahal mama aku yang letak duit dalam sampul surat. Selepas itu, kami ke Ampang beraya di rumah sepupu mama aku. Perjalanan disudahi dengan salam dengan berkunjung ke rumah Mak Long aku di fasa 1 Bandar Baru Bangi. Pak Long aku menuntut set golf yang aku janjikan raya tahun lepas. Mama seperti biasa menyelamatkan aku.

10.00 p.m:
Sampai di rumah. Ahh penatnya. Itulah rutin raya aku. Tiap2 tahun pun sama je sebenaqnya except tahun ini aku bekerja. Bagaimana raya korang kool ke tidak? Pasti korang hampa dengan berbaju raya tahun lepas kan.

Selamat Hari Raya semua! I lap u all. U all lap me x?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...