Saturday, November 29, 2008

Happy Birthday Am!

Today is Ikram's birthday. Siapa Ikram? Ikram is one of my bff. Ikram adalah seorang yang kacak, berbadan gagah serta memiliki 8 pack (6 pack plus 2 nipple yang ketat), baik hati, serta hormat kepada orang tua. Ikram ada lesung pipit yang telah membuat ramai gadis dan arbok2 naik syahwat. Ikram keje kat Petronas, dan sering muncul dalam iklan Petronas arahan Yasmin Ahmad (watak pejalan kaki atau orang melintas jalan). Ikram menggemari wanita yang berwajah ala2 cina (hee hee), dan bencikan mat rempit yang berpeleseran di bandar baru bangi. Ohh Ikram, walaupun kau tiada di sini untuk meyambut hari jadimu bersama2 kerana pergi ke Jakarta, kami tetap akan mengadakan kenduri kesyukuran seperti biasa di rumah aku. We all lap u man.




Happy Birthday nigga!

Wednesday, November 26, 2008

Prepare for Awesomeness

Finally. Setelah 12 tahun menanti, setelah penat mencuri tulang tetapi mengharapkan gaji, setelah berdoa ke hadrat ilahi setiap hari, akhirnya aku telah berjaya memiliki gajet yang aku idam2kan selama ini. Well korang gadis2 mestila mengidamkan Vincci la Louis Vuitton la Louis Hamilton la tetapi aku? Apa yang aku inginkan? New handphone? Cisl aku rela pakai 3310 keramat aku dulu. New car? Cis pakai kancil aku lagi bergaya jimat minyak. New Kids On The Block? Aku ada album dia. "Abis tu apa yang kau mahu Faizal usahlah berteka teki!" bisik hati korang. Haa haa sejak hari Isnin, tepat sahaja pukul 2, akan terusku logout dan menghilangkan diri dari tempat kerja, memecut pulang dengan rasa gembira. Mahu tahu mengapa? Klik Read More untuk berasa kagum.


Wajah penuh bernafsu

Haa haa haa kagum bukan? Haa haa haa riaknya riaknya. Setelah beberapa minggu aku berulang alik ke kedai Bernard, kedai game kat Jusco Cheras Selatan serta Mines, akhirnya aku berjaya menemui Guitar Hero: World Tour di Midvalley. Dari jauh aku melihat kotaknya ahhh hampir orgasm aku dibuatnya. Namun hati kecil ini berbicara, wajarkah aku membelinya? Harganya dahla sama macam harga seekor kambing. Namun bila nafsu serakah sudah menguasai diri, aku tumpas. Tanpa banyak bicara "amoi wa lu punya regular kasteme bagi mulah sikit maaa," ujar aku kepada Faye Wong (aku reka je nama cina tu). "Oklah nasib baik lu manyak hensem wa bagi lu ini troli untuk solong itu kotak." Apapelah. Maka dengan hati yang gembira, aku pun pulang ke rumah. Mari kita saksikan saat2 bersejarah ini.

"AHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHH prottt protttt," bunyi aku kentut kegembiraan.


The new wireless guitar...the new neck slider will allow you to goreng sampai arwah.


Inilah sebabnya aku rela mengumpul wang serta berpuasa menahan diri daripada makan dan minum serta perkara2 yang membatalkan puasa seperti keluar haid dan nifas. Inilah sebabnya.


Mengikut rentak lagu Everlong, lagu paling besh dalam sejarah kehidupan manusia.

Guitar Hero: World Tour features 80+ songs for you to jam with your friends and family. Suma jenis lagu adala. Nak pop? Beat It by Michael Jackson. Nak punk rawk? Ada Dammit by Blink 182. Nak Jared Leto? Ada 30 Seconds to Mars. Nak hangguk kepala? Korn ada Tool ada Metallica pasti ada. Akustika Nirvana 'About A Girl' pun ada.

Besides guitar and drums, it also has a microphone. Tapi mic aku masih tak bukak lagi dari bekas dia. Haa haa terlalu asyik mengetuk dram (tapi takdela sampai tinggal semayang maghrib). Markah dikira berdasarkan pitch lagu. So tak kisahla kalau korang berwajah hodoh macam Siti Sarah ke, suara macam itik seperti Macy Gray ke memang dia tak kisah.

So adakah ini satu pembaziran? Tidak sama sekali. Game ini boleh merapatkan ukhuwwah sesama umat manusia. Lagipun bukannya selalu aku keluarkan money untuk diri sendiri. Hmm macam mencurigakan je ayat terakhir aku tu. So come on my friends, let's join Y.P.R!

Da' killa!


Monday, November 24, 2008

Photo Tag

Aku baru bangun tido nak pegi keje. Pastu Bang! I was tagged by Aqilah Hasan. Here are the rules:

1. Take a recent picture of yourself OR take a picture of yourself right now.

2. Don't change your clothes, don't fix your hair... just take a picture.

3. Post that picture with NO editing.

4. Post these instructions with your picture.

5. Tag people to do this.

Fine. Lihatlah wajah aku baru bangun tidur yang macam zombie ni



Bughok nok mapuh kan? Nampak sangat kehenseman aku selama ini bergantung kepada mekap dan pembedahan plastik. Cis.
I want to tag:
1) Wajah Khairul Afandy ketika frag2
2) Wajah Adam Johari ketika ceploit2
3) Wajah Zati Hazira ketika menahan kentut di dalam lif.

Selamat Hari Isnin!



Friday, November 21, 2008

Why My Office is Kooler Than Yours

Saban hari, ofis aku semakin kool. Baru2 ini, bos aku telah mengubahsuai sebuah bilik untuk menjadi 'Chill Out Room' untuk kami mengumpat dan mengadu domba. Bilik ni memang jauh lebih kool dari bilik korang kerana bilik korang mana ada Macbook (spankin new!). Bilik korang mana ada aircond (haa haa). Bilik korang mana ada pc yang ada Windows original. Bilik korang mana ada tv lcd. Dan yang paling kool, bilik korang mana ada XBOX 360!!! (korang harus menjerit 'WoW!' skarang juga untuk menambah efek kekoolan dia).

Well keje dengan Microsoft mestila diorang bagi 360. Kalau keja dengan Sony diorang bagi PS3. Kalau keje dengan Exxon Mobil diorang bagi minyak masak. Kalau keja dengan Maxis diorang bagi caller ringtone. Kalau keje dengan Idwal diorang tak bagi apapa. Kalau keje dengan Satyam diorang bagi serbuk kari. Apa yang aku merepek ni. Ok berbalik kepada tajuk asal, we got the Falcon edition of the xbox, with 4 wireless controllers, and a couple of original games, including Fifa 09 (hot stuff), Kung Fu Panda (gaduh ramai2), Gears of War, Forza Motorsports and apa lagi tah aku pun tak ingat.



Maka ada saja masa pasti kami akan menghabiskan masa bermesra dan bersenggama di dalam bilik itu. Buat korang yang tak tahu, aku memang handal bermain Fifa. Korang hantarla Cristiano Ronaldo ke Akmal Rizal ke Titus Bramble ke suma aku bole gelecek siap buat skill tiga-ratus-enam-puluh-darjah(tekan LT + pusing right analog stick 360 darjah). Tanya saja mangsa2 ratahan aku di ofis. Kita ikuti testimonial mereka setelah dikokak aku dalam permainan Fifa.

Syed Muaz:
"Faizal ni memang handal orangnya. Selain mahir dalam Fifa, beliau turut handal menginstall Windows serta jarang miss sembahyang jumaat. Saya amat berbangga menjadi temannya"
Andrew Chan Wai Jien:
"Ngo hou lengchai. Lei hou leng. Sik sap mai"

Gaya sang juara. Main game pakai baju Melayu dapat pahala.

So bagaimana? Kool tak ofis aku? Tunggu apa lagi? Hantarla resume korang untuk bekerja di sini. Pastu boleh aku belasah korang Fifa. Kalau tanak main Fifa nak main Saidina pun ada kat ofis aku. Ok assalamualaikum

Thursday, November 20, 2008

I know the difference between Gerard Butler and Jeffrey Dean Morgan

This is Gerard Butler in p.s i love you



And this is Jeffrey Dean Morgan, ALSO in p.s i love you



Yeah. Jelas sekali entry ini ditaip kerana aku emo akibat ditegur manja oleh anonymous dalam entry 'Denny Duquette, please die already!' tulis nama la baru aku tak emo. Mungkin anda tak tengok sampai habis kot tu sebab tak perasan ada Denny skali dalam cerita itu. Hee hee anyway i still lap u. Have you guys watch this movie? You guys might have read the book. Click Read More for the short review.

Mengisahkan tentang pasangan suami isteri Holly dan Gerry yang bahagia bercinta tak ingat dunia. Namun atas takdir director/penulis, Gerry meninggal dunia akibat barah otak. Holly berasa sukar untuk move on. Sehinggalah pada hari jadinya yang ke 30, sebiji kek dihantar untuk Holly, daripada Gerry. Adakah Gerry berjaya mengelakkan azab Mungkar dan Nakir lalu kembali ke bumi? Tidak. Gerry telah berkomplot untuk menghantar surat dan hadiah dari kubur selepas kematiannya, untuk memberi semangat, galakan dan pengembaraan kepada jandanya. Ibu dan kawan2 Holly risau juga takut Holly tidak dapat memulakan hidup baru jika terus begini.

Ahh aku tak mahu teruskan. Tengok sajalah jangan segan untuk mengalir air mata kerana kita manusia biasa. Assalamualaikum.

spoiler: mak dia yang tolong antarkan surat2 tu.

Wednesday, November 19, 2008

Happy Birthday Izwan Pilus

Aku ada seorang kawan. Dia berasal dari Negeri Sembilan. Nama dia Muhammad Izwan. Wajahnya macam Eman Manan. Wahh rhyme. Hari ini hari jadi dia. Happy besday jake (nama gelaran dia). Izwan ni hensem orangnya. Adala beberapa gadis uniten yang minat dia tapi tak bolela sebut nama. Jake terer main bola. Di padang dan di kocek. Main winning 11 pun dia gagah. Tak cukup dengan itu, dia menjaga solatnya, at least 3x sehari.

Eh tunggu sebentar. Mengapa aku harus mengingati hari jadi kau? Kau tahu tak izwan, sudah hampir setahun kita tak berjumpa. Last jumpa pun masa kita qiyamullail bersama2 beberapa bulan lalu. Dahla open haus rumah aku tak datang. Miskol pun tak mahu. Apatah lagi nak mms aku. Blah la lu Izwan Pilus. Taula dah glemer sejak kuar album haritu. Ala album kau laku sebab aku beli 3 keping cakera padat kau. Kau memang sombong. Ekau poie balik noghori la ngabihkan boreh yo ekau ni.

Lihat2lah gambar2 kemesraan kami satu masa dahulu...

Abaikan lubang hidung arel. Lihatlah kemanjaan wajah Jake. Mengapa kemesraan itu sudah hilang Izwan...


Dialog gambar di atas:
Fandy: Aduhhh letihnya aku bencilah aku.
Izwan: Sabar Khairul, Tuhan pasti akan memberkati apa yang kita lakukan ini. Kita juga harus berwasadtiah.

Tidak ketinggalan, Jake turut mengajar kami menghayati watak penagih dadah dalam filem 'KL Lifestyle' yang mendapat rating yang tinggi dari encik Tj Iskandar, pensyarah multimedia kami.

Tetapi itu semua hanya tinggal kenangan. Izwan telah menyombongkan diri dah taknak jumpa kami lagi....

Apapun i still lap u jake. Hoben jang hoben. Selamat hari jadi.

Denny Duquette, please die already!

Do you guys watch Grey's Anatomy? If you're a fan, then you must know this charming bastard. For those who were living in Batu Caves and could not watch the tv, Denny is Izzie's dead fiance. Although he is dead, Denny regularly returns as a ghost that only Izzie can see, or maybe he's just her hallucination created by her desire to be with him forever. I'm starting to hate you now Denny. Click Read More to find out why.

First of all, a brief description of Denny. Denny masuk hospital Seattle Grace untuk mendapatkan jantung baru. Lepas tu dia guna kehenseman dan kecharmingan dia yang pasti berjaya menawan hati gadis2. Izzie yang bersikap mudah kasihan dan mengambil berat extra terhadap pesakit sudah pastila terpedaya dengan teknik nguratan dia. Akibat mabuk cinta, Izzie cuba 'membunuh' Denny dengan harapan dia dapat mencuri jantung untuk Denny. Denny pulak tau dia nak mati pegila propose Izzie lalu meninggal dunia. Aku sebagai jantan gagah cuba2 tahan jugak mengalir air mata ni tetapi gagal.

And then you think that's the end of it. You're wrong. Denny terus menghantui kita dengan kecharmingannya membuat aku jadi marah. Marahla kerana ketika aku menonton Grey's bersama datillah, bila Denny mendapat airtime saje terus wajah datillah berubah menjadi berseri2. Cis tak cukup ngan izzie ke kau nak ngurat Denny.

Tak cukup dengan itu, Denny juga telah menyebabkan Dr Erica Hahn pergi dari Seattle Grace. You see, jantung yang Denny dapat sebenarnya ditujukan untuk pesakit Erica, semasa dia bekerja di hospital lain. Now the patient has been admitted to Seattle Grace, Izzie mulala dihantui peristiwa silam. Well aku tidak kisah pun Erica pergi kerana dia bukan hot pun. But the hot lesbian action between Erica and Torres (Callie not Fernando) did bring some weird excitement to the show. And that's the real reason why she was kicked out from the show, because the network don't like the idea where girls touch each other passionately. Demmit.

Tak cukup dengan itu lagi, Denny terus menghantui hidup Izzie. Izzie cuba untuk move on, tetapi gagal. Bukak saje mata, terus nampak Denny. Masa membedah nampak Denny, masa bersetubuh nampak Denny, masa berak pun nampak Denny. Huii Denny, aku akui, kau memang kool, hensem, lucu dan hensem lagi sekali, tapi kau tak boleh buat begini. Dah ramai hati gadis yang kau cairkan. Anak2 kau pun turut mencairkan hati gadis2 dalam cerita Supernatural (Sam ngan Dean). Gadis2 turut mengalir air mata dan hidung dalam cerita p/s i love you adaptasi Cecilia Ahern lakonan kau. So apa lagi yang kau mahu. Lebih menyakitkan hati, dah mati pun bole ringan2 dengan Izzie (last week's episode). Ini bukannya cerita Lost di mana kau boleh mati hidup kembali.

Dahla malasla aku nak cerita pasal kau Denny. Aku cemburu. Assalamualaikum

Friday, November 14, 2008

Keyword Analysis

Aku ada akaun statcounter.com. Statcounter akan merekodkan keyword2 yang ditaip di search engine yang akan merujuk kepada blog aku. You guys can view it as well, as I've set it to public (click View My Stat). Macam2 ek yang korang carik. Yang gersang ada, yang ingin menuntut ilmu ada, yang ingin menjadi stalker la yang paling ramai. World Wide Web is a dangerous place indeed! Mari kita kaji. Click Read More to analyze!

1) ijaicool.blogspot (42.33%) ijaicool (20%)

komen: yang ini normalla aku sendiri slalu taip kat google biasala narcissism yang tinggi di dalam diri. tapi aku syaki mungkin ada berbelas2 gadis yang turut menggoogle aku dan mungkin juga sorang dua arbok. heee.

2) zed diyana (6.67%)

komen: haa haa zed diyana ada stalker. hingga ke blog aku yang dicarinya (look for Zed Diyana's Wedding entry). Zed dah kawenla korang hentikanla impian korang tu suami dia gagah tau.

3) bontot mantap (3.33%)

komen: memang pervert ah orang yang mencarik keyword ni. Kalau 'nice ass' aku boleh terima lagi, ini bontot mantap haa haa si gersang. Mungkin jamil kot. Dia kan fetish melayu. hee hee sori bro gurau je i miss u lama tak jumpa. Neway keyword 'bontot mantap' boleh ditemui di post 'Peristiwa Ngeri Di Subuh Hari'.

4) asiah abdullah blogspot (3.33%)

komen: Asiah juga menjadi mangsa stalker? Jangan main2 woi Asiah Abdullah ada silat.

5) ngasri memey (3.33%), kisah terbaru abby abadi & norman hakim (3.33%)

komen: yang ni mungkin la normal kerana gossip panas pasal memey baru2 ni mestila suma orang pun sibuk nak jaga tepi boxer orang kan.

6) nurul iza & syed muaz (3.33%)

komen: Aik? Sampai laki bini yang korang carik? Korang ni kongsi gelap ke apa. Mungkin kasteme herbalife kot yela kagum tengok muaz lepas kahwin mantain je keboroian dia. hee hee.

7) consert liena hangat (3.33%)

komen: ada lagi peminat liena hangat ye hee hee. Jangan minat Lina Joy sudah aku lempang kang baru tahu.

8) datillah (3.33%)

komen: ok yang ni boleh menimbulkan kemarahan dan kejelesan aku ni. takde nama lain ke yang korang nak google. Carik ah Khairul Afandy ke Mohd Azrel ke Naim Marsidi ke Ahmad Fadhullah ke Muhammad Izwan Pilus ke yang pegi carik nama gadis aku tu kenapa haa haa haa (marah ni)

9) belajar tajwid online (3.33%)

komen: Alhamdulillah. Ada jugak manusia yang baik di dunia ini. Yang ingin menuntut ilmu tajwid. Agar tidak tersalah membaca ayat2 yang mengandungi Mad Lazim Kalimi Musaqqal. Alhamdulilah, semoga korang akan mendapat keberkatan membaca blog aku ini (sila rujuk entry 'Mari Belajar Tajwid')

Sekian saja analisa keyword2 popular pada bulan ini. Entry seperti ini pasti ada lagi jika aku dapati korang mencari keyword2 aneh pada masa hadapan.

Thursday, November 13, 2008

Today I Learn ABC

My boss asked me to attend the communication training last week. Everybody must attend, but it wasn't really my turn. So when one of my team mate could not make it, I did not hesitate, and offered myself as a replacement. Memang dasar pemalaih tanak buat kerja aku ni. Anyways, today was the second session. The training is basically conducted to improve our communication skills. It's not an really an English class, as we spend most of the training session working on breathing technique, accent neutralization, pronunciation and singing. Did I just say singing? Click Read More to continue.


The instructor, Patricia taught us ABC today. We were given a mirror, and were asked to pronounce the alphabet while looking to our own silly faces. She was trained in America, so we could hear her American accent walaupun kampung dia kat Sabah. She told us that we all have a lazy lips. Taknak gerakkan mulut semasa menyebut sesuatu. Dia kata orang Malaysia takut untuk berkata2 dalam bahasa inggeris dengan pronunciation yang betul kerana takut salah, ataupun tak mahu ditegur orang lain kata kita ni macam bagus nak mengeluarkan accent orang putih. She got a point there. Maka kami pun menyebut ABC satu persatu dengan penuh perasaan menganga sambil memandang cermin. And did you guys know that the letter 'H' is pronounced 'edge' atau 'age'? If we say 'Heshh' she would totally lempang us.

I did mention about singing earlier right? Well last week she asked us to prepare a song for us to sing, so that she could see how we project our voice, how we pronounce the words and maybe just to see how bad we sing. Hee. So of course, I prepared '7 Things' by Miley and dah berlatih dah seminggu nak buat persembahan. She brought her own song, 'Because You Love Me'. Yeah right. But when she asked a volunteer, terus biru muka aku gemuruh. Adala sorang cina berani nyanyi lagu Betterman Robbie Keane, eh Robbie William. Walaupun suara dia jelas bughuk nok mapuh, namun bukan itu menjadi keraitirianya. Pastu ada pulak cina lagi sorang menyanyi lagu When You Say Nothing at All. Aku pun terus bernafsu. Yela lagu mengurat aku tu mudah saje. Maka aku pun dengan sukarelanya menyanyi penuh perasaan lagu tu. Lepas saje tamat, diorang menjerit2 histeria mintak aku nyanyi lagi. Taktaula kenapa mungkin suara aku sedap kot. Ada juga yang terlalu kagum sehingga mengalir air mata. Tahpapa la diorang ni.

So that's all for today. Assalamualaikum


Wednesday, November 12, 2008

How To Control A Woman/Man

You can get these at the nearest Mydin. Click on the pic to see the full size.



Gadis2 janganla terasa. Click Read More to get the remote control for men.




Life would be so easy aite?. Credit to Rajay Nagaraju who keeps on spamming in the office with these useless but fun emails.

Tuesday, November 11, 2008

Games That You Can Play With Your Other Half

Don't be fooled by the title. There's nothing dirty about it. I'm going to list down a couple of unique and interesting games that you can play with your gadis/jejaka. Don't you ever play these games with rakan sebaya sejantina because that would be totally lame (except one or two of them). Only your other half could accept the lameness of these games. Cubalah pasti hubungan cinta korang akan semakin mekar dan harum seperti bunga di taman tasik cempaka. Please click Read More to start playing.


1) Permainan Teka Lagu
Lokasi: Sesuai dimainkan di dalam kereta yang ada radio
Cara Bermain: Sambil menekan punat2 di radio dari satu stesen ke stesen yang lain, kita harus meneka siapakah penyanyi lagi itu. Permainan tamat apabila salah satu pihak berjaya meneka 5 penyanyi dengan tepat.

2) Permainan Teka Trailer
Lokasi: Di pawagam, sebelum filem bermula
Cara Bermain: Anda harus meneka apakah tajuk filem berdasarkan trailer yang dimainkan. Siapa pantas dan dapat meneka dengan tepat dialah pemenangnya. Kebelakangan ini aku asyik kalah je bermain permainan ini walaupun aku ni kaki filem. Cis

3) Ye Tak Um Ah
Lokasi: Di mana2, seelok2nya ketika menanti makanan tiba
Cara Bermain: Sama je macam Yes No Umm Ahh macam diorang slalu main kat Morning Crew tu, tetapi, dimainkan dalam bahasa Malaysia. Lagi sukar, lebih mencabar dan lebih tahpape.

4) Guitar Hero 3
Lokasi: Di rumah aku
Cara Bermain: Sambil melihat skrin, kita harus menekan not yang senada pada gitar (atau controller). Anda tidak boleh tunjuk skill sangat kerana nanti dia merajuk kata kita tak memberi peluang pastu langsung dia tanak main dah nanti. Hee hee.

5) Daytona
Lokasi: Arked Alamanda
Cara Bermain: Masukkan dua keping token (extra dua token untuk gadis anda), dan berlumbalah. Jangan lupa untuk mengaplikasikan teknik2 kotor di kala anda ketinggalan jauh di belakang seperti menutup matanya atau menolak stereng pihak lawan. Jangan lupa sediakan alasan "Alaa I bagi can je kat u...." jika anda tewas (berdasarkan pengalaman sendiri)

Ok selamat bermain!

Monday, November 10, 2008

Random Thoughts

I think a lot. Most of them are nasty and useless thoughts. I just want to know whether other people will agree with these statement below. These are totally random, and totally true! I meant no offense whatsoever, so if terguris hati, sorry. Sori naik lori.

1) Jaya Jusco workers wear the ugliest uniform. The ribbon on their neck, the way they wear their tudung and the combination of colors, they look hideous. Even the Flinstones got a better costume.

2) Go to any KFC chains, they got the ugliest staff. Well not really hodoh la, tapi diorang bermekap tebal macam bomoh. Yang lelaki aku tak usha sangat.

3) I love the smell of petrol. Hey, I pay a good money for it, so I can sniff whatever I want.

4) Semakin kuat bunyi kentut korang, semakin kurang baunya. Sape yang kentut senyap2 tu memang kompem ah bau dia padu maut.

5) Orang yang bawak laptop pastu pegi kat starbucks lepak2 pastu buat2 sibuk menaip. Poyo nak arwah padahal bukan buat apa pun bajet2 kool je.

6) Indon2 yang berpeleseran dekat pasar malam rumah aku setiap hari rabu dan jumaat. Bukan beli barang apa pun. Duduk berkumpul tengah jalan, dengan rambut menggerbang tshirt hitam sembah syaitan pastu buat bising bajet2 kool. Yang perempuan pulak jalan2 pakai seksi terjuluq breast sana sini untuk nak tarik perhatian. Bengang betul aku nak beli dvd haram pun susah.

7) Aku cukup hangin dengan kanak2 yang pmr pun belum lepas pastu nak lepak2 kat midvalley dressing bajet emo pastu buat kacau pastu bergaya dengan henset masing2 bajet kool. Hoi pegi tusyen la membazir duit mak bapak kau je. Aku dulu abis kool pun lepak kat mines je tau main laser quest. Henpon pun 3310 je zaman matrikulasi dulu.

8) Eating raw milo powder is like an orgasm in your mouth.

9) I will not remember 98% of my wet dreams. Sedar2 je dah kena mandi wajib.

Sekian, assalamualaikum

Saturday, November 8, 2008

Obama's win is a conspiracy!

Here's the fact: Obama winning the presidential election is just a big diversion to a bigger, sinister plan. It turns out that McCain and Obama has been working together for the past 10 years devising a plan to get into the White House, to perform the biggest heist ever, stealing the Hope Diamond. Neither one of them has any real interest in being the president. Obama and McCain, together with Palin and Michelle are actually a group of world class thieves. You guys don't believe me? Click Read More for the undeniable proof.


Well at least that's what happen on the latest episode of South Park. The cool thing was how the South Park guys able to release this episode with the victory speeches from Obama, just a day after the results. Well I'm sure they have completed most of the episode even before the result, but to be able to include the real quotes from both of them, impressive!

Well the storyline is clearly a spoof of Ocean's Eleven. After being elected as president, they can now access the underground escape tunnel located in the Oval Office that happens to run underneath the Smithsonian institute to steal the Hope Diamond. The death of Obama's grandmother also played a part there (altho kinda kurang ajar, but hey, it's South Park). At the same time, the South Park residence, led by my favorite South Park character, Randy Marsh (bapak stan yang bangang), are partying all night, starting riots while chanting "Yes we can!" to celebrate Obama's win. McCain supporter were shown committing suicides as they thought the end is near. Again, a mockery to the real life.

Trey Parker and Matt Stone can do and say whatever they want in South Park without getting the consequences. That's why I love South Park. Lets watch this episode 'About Last Night' (youtube saje jika tak boleh stream di sini).



Friday, November 7, 2008

Top 10 Songs That Will Make You Change The Radio Station

I love music. I need music when I'm driving. But there are some songs that will make you mencarut2 ringan di dalam hati. Songs that will make you turn on your hazard light for no reason. Songs that will make you switch station from Hot.fm to xfresh.fm permanently. Well you get my point. So here's the list of the ten songs that I could not listen to. Click Read More for the complete list.

1) DJ Yang Ku Puja
Penyanyi: CheNell feat Burn
Komen: Lagu ini memang bodoh. Versi inggeris dia aku bole terima tetapi liriknya dalam bahasa melayu terutamanya part burn nyanyi memang buat aku datang period.

"Langkah pertama dia ke konti..
ku terpegun awek chun mana!!
Pandang ke kiri dan ke kanan..
tak caya dia cari ku dia senyum senget dekat aku.

kuuuuuu temui dj usha aku ckp hari hari..dengar suaraku buat mu ooh ooh ooh!!

waddefak. diamla kau burn dahla terkeluar awal dari af (aku marah ni).

2) Semua lagu Indon
Penyanyi: Semua penyanyi indon kecuali kalau kawan aku mustafa yang nyanyi
Komen: Aku bukan racist (mebe sikit2) tapi aku memang tidak gemarkan muzik indon. Daripada yang hensem seperti peterpan ataupun yang wajahnya pekerja kontrak seperti radja semua aku akan tentang. Sokonglah industri muzik tempatan. Hidup Faizal Tahir (tak pasal2)

3) Kau Yang Punya
Penyanyi: Malique feat Najwa
Komen: Aku tiada masalah sangat dengan lagu ni sebenarnya tapi co pilot aku Nurdatillah Hasim memang menyampah dengan lagu ini. Kita ikuti antara komen2nya:

"eiii menyampahhhhhhh dia macam nak taknak je nyanyii" (merujuk kepada najwa)
"paaa paa paa paaa paaaa (efek yg najwa buat) tampar kang!"

4) When I Grow Up
Penyanyi: Pussycat Dolls
Komen: aku taktaula diorang ni kalau menyanyi mesti ada part dia nak buat salakan serigala. pasti dahla mendedahkan aurat yang berlebihan nasib baik sekadar dengar di radio.

5) Sayang Sayang
Penyanyi: Aliff Aziz
Komen: Sayanggg sayanggg sayangggg memang mintak pelempanggg

6) Burunan Cinta
Penyanyi: The Lima
Komen: what the hell is a burunan? Intro lagu ni memang bole buat kita tak tidur malam. "Tet tenenettet tenenettet tenenenetnetnetnetnet" arghhhhhhh

7) Lagu2 nyanyian Akon
Penyanyi: Mestila Akon takkan Izwan Pilus pulak.
Komen: Cuba picit hidung korang. Pastu cubala cakap ke menyanyi ke berzanji ke mesti keluar suara akon kan. Pastu cuba rakam, dan dengar semula, pasti korang faham perasaan aku.

8) Lagu2 Maroon 5
Penyanyi: vokalis dia
Komen: Ini lagi sorang. Memang menyanyi guna hidung agaknya. Sengau macam bangau bole buat orang sasau baik pergi ke surau

9) Lagu2 Colbie Caillat
Penyanyi: Colbie Caillat
Komen: Berhati2 ketika mendengar lagu dia bole tertidur korang semasa memandu. Bubbly was overrated, Realize was effing boring. Duh.

10) Bebaskan
Penyanyi: Shila
Komen: "Mari kita menujuuuu ke hadapan dan jangan ke belakanggggg" Ohh Tuhan bantulah hamba-Mu ini.


Arghhh. Tell me yours.

Thursday, November 6, 2008

Liverpool FC Memorabilia

Sebagai peminat fanatik pasukan bola sepak paling gagah di Eropah, Liverpool FC, sudah pastilah aku akan membeli atau memaksa orang membeli merchandise2 original Liverpool untuk dibuat koleksi. Setakat ini, aku berjaya mengumpul 4 merchandise Liverpool yang semuanya diimport dari negara tanah tumpah darah kita yang kedua, England. Jelas sekali entry kali ini ditaip untuk aku riak dan bongkak sambil mempamerkan koleksi2ku yang bergaya ini. Sila klik Read More untuk berasa kagum.


Item: Liverpool FC Champions League Winners shirt
Dibeli oleh: Nurhisyam Suhaimi
Komen: Dibeli sebaik sahaja Liverpool memenangi Liga Juara2 Eropah pada tahun 2005. Siapa yang dapat lupakan malam bersejarah itu, ketika semua orang sudah tidur kekecewaan dipukul 3-0 sebelum halftime, aku masih setia di restoran Ayam Kampung Rimba (belakang Ameerali), lalu berlakunya keajaiban dan terhasillah tshirt ini. Oh ise aku baya kat kau guna McD kan mebe aku hutang kau lagi satu Big Mac.

Cicak Man dan Kacak Man

Item: Liverpool FC Snowcap
Dibeli oleh: Mohd Dazrul
Komen: Uhh memang kool gila la snowcap ini. Terasa kool mengalahkan Altimet jika aku memakainya ketika berjalan2 di Alamanda. Kalau Altimet nampak aku pakai pun mesti dia cakap aku ni Caaaantik. Mula2 aku mintak dazu beli jersey terus tapi jersey kat sini pun bole carik ye tak. Lagipun ada sponsor kasbeg dazu kan biro agama mana nak belikan untuk aku.
Wajah Riak aku

Item: Liverpool Fc Keychain
Dibeli oleh: Eleanor Ezura
Komen: Sungguh kool cik ezu membelikannya untuk saya ketika berjalan2 di UK. Selain digunakan untuk riak, keychain ini juga berguna untuk bergaduh dengan penyokong2 manshitter united dengan mencalarkan pipi mereka menggunakan keychain ini. Sorilah gambar tak clear sangat amek guna kamera fon aku yang murah je ni. Siapalah aku nak beli dslr (emo).

Banyak wajah2 rival yang aku telah kelar menggunakan keychain ini

Item: Liverpool Fc mug
Dibeli oleh: Akak Abe
Komen: Thanks akak abe menghadiahkannya kat aku. Tengkiu akak abe walaupun kita jelas berlainan mazhab di dalam bolesepak. Mug ini masih berada di dalam kotak. Tidak akan dibuka, apatah lagi dituang air milo ke dalamnya.




Aku tiada scarf ini. Tolong belikan untuk aku ketika kau pegi UK nanti ahmad shuduh.



Wednesday, November 5, 2008

Peristiwa Ngeri Di Subuh Hari

The Aussies are in the daylight savings right now, which means I have to wake up as early as 4 am every day to able to reach the office at 5. Well I don't mind waking up early as I'll be free from the traffic jams. The road is very clear, my soon to be gone Kancil (jeng jeng jeng) can reach 120 km/h without any problems (tak bole lebih nanti bergegar). So every day, I'll use the kl - seremban highway until Jalan Tun Razak and then cuts into jalan Sultan Ismail and then Jalan Raja Chulan. So yesterday, I was speeding as usual as I was tak tahan nak terberak.

The traffic light made me stop for while. Terkancing2 gigi aku menahan berak. Tiba2 aku terlihat kelibat seorang gadis menuju ke arah aku. Aku buat2 kool je aku kan ijaicool. Tapi kekoolan aku bersifat sementara setelah melihat gaya anggun gadis itu melambai aku dari jauh. "Biaq benaq depa lambai kat ceq," fikir aku dalam loghat utagha. Dari jauh, aku dapat lihat gadis itu berbaju merah. Tanpa lengan, skirt paras peha, bontot mantap and mebe nampakla kot lurah dendam dia (tapi pagi masih gelap aku kurang nampak hee hee). Hatiku semakin berdebar bila gadis itu berjalan menuju ke arah aku, dan berhenti betul2 sebelah kereta aku. Something was not right. It was 4.45 in the morning, a hot sexy beeatch was walking towards me. I could see her clearly now. She's a very, very muscular girl. She got otot ketak2 all over her body. Did I just say muscular? Did I just say she? No, it was actually a he. Lelaki. Jantan. Male. Bapuk. Arbok.

Lampu hijau aku terus pecut tanpa memandang cermin belakang. I knew it was too good to be true.

AWWWWWWWW ini adalah kisah benar

Monday, November 3, 2008

October Movies!

Haiii bertemu kita lagi dalam segmen Mari Menonton Bersama Abang Jai. Bulan ini kita ada banyak cerita. Cerita aksi, cerita lucu, cerita cinta cerita hindustan suma ada. Seperti biasa, ulasan2 filem ini boleh dijadikan panduan agar anda tidak terpedaya dengan trailer2 yang mengaburi mata hati. Sila klik Read More untuk ulasan lanjut.



Ratings:
$$$$$ : wajib ditonton, curi wang daripada ibu masing2
$$$$ : sunat ditonton, gelapkan saja wang koperasi
$$$ : harus ditonton, jika ada wang ptptn yang berlebihan
$$ : makruh ditonton, dermalah wang itu ke masjid
$ : haram ditonton , baik pergi beli Chipster lagi kenyang

Eagle Eye
Ulasan Ringkas: Filem ini mengisahkan tentang seorang penyanyi yang pernah popular satu masa dahulu, Eagle Eye Cherry, dengan lagunya yang popular 'Save Tonight'. Setelah bersara kerana album tak laku, dia dan seorang ibu telah memenangi cabutan bertuah di mana setiap gerak geri mereka sentiasa diperhatikan, dan harus mengikut suara2 syaitan yang dibisikkan. Kalau tak buat nanti buruk padahnya. Filem ini dilakonkan oleh Shia Lebeouf, anak bekas pemain bolasepak Frank Lebeouf.

Ratings: $$ 1/2
Spoiler: i robot + enemy of the state = eagle eye

The House Bunny
Ulasan Ringkas: Filem ini mengisahkan tentang Shelly yang sudah lanjut usia, 27 tahun yang diusir keluar dari Playboy Mansion. Sambil membawa hatinya yang lara, dia pun membawa diri ke Tanjung Karang, di mana dia menyertai sekumpulan wanita yang nauzibillah wajah/personaliti mereka. Shelly sebagai bimbo yang sejati, mengajar kanak2 didik barunya itu untuk mengubah imej menjadi lebih hangat dari biasa. Namun lelaki2 yang gersang korang usahlah berharap dapat melihat aksi2 ranjang Playmate2 yang hot kerana filem ini memang berstatus 'U'.

Ratings: $$$
Spoiler: american pie beta house + Bugs Bunny = the house bunny

Disaster Movie
Ulasan Ringkas: Memang disaster movie ni jika tersalah tengok memang rasa nak menampar penonton wayang di sebelah anda. Namun begitu, tetap ada scene2 yang membuat aku tergelak ke ke ke seperti parody dari Juno, Superbad serta High School Musical. Lower your expectation when watching this movie, because I do think there are better spoof movie out there.

Ratings: $$
Spoiler: wanted + iron man + hulk + hellboy + dark knight + 10,000 bc + Enchanted + Alvin and the Chipmunk + Cloverfield + Miley Cyrus! + Amy Winehouse + Sex and the City + Indiana Jones + Beowulf + Prince Caspian + Love Guru + Gol dan Gincu + Budak Kelantan = Disaster Movie.

Max Payne
Ulasan Ringkas: Watching this movie is Maximum Pain.

Ratings: $$
Spoiler: B.B ialah watak jahat dalam filem itu.

My Best Friends Girl
Ulasan Ringkas: Anda baru berpisah dengan teman wanita anda tetapi masih menagih cintanya? Usah kaget. Upah saja Tank untuk keluar dengan ex anda. Tank akan melayan gadis anda seperti melayan anjing laut lalu ex anda pasti terkenangkan kemanisan bercinta bersama anda.

Ratings: $$ 1/2
Spoiler: Mamat american pie upah kawan baik dia tank untuk mendapatkan gadis yang dicintainya. and geeeeessss i wonder what will happen nexttttt

Bangkok Dangerous
Ulasan Ringkas: Dalam banyak2 filem, filem apakah yang tidak lurus dan bahaya? Bengkok Dangerous haa haa kelakarnya aku. Nicholas Cage berlakon sebagai pembunuh upahan yang memang samseng ah. Tapi kesamsengannya itu cair apabila dia jatuh cinta dengan gadis farmasi bisu. Dia turut mengambil seorang warga Thailand Kiatisuk Senamuang untuk menjad anak muridnya sambil membunuh target2 yang terdapat dalam kontraknya.

Ratings: $$ 1/2
Spoiler: Last2 Nicholas bunuh diri.

Tropic Thunder
Ulasan Ringkas: Mengisahkan tentang 3 orang pelakon, Ben si pelakon aksi yang sudah hampir ke penghujung kareer, Jack, naib juara Raja Lawak musim kedua, serta Downey Jr, pelakon yang telah memenangi pelbagai anugerah. Mereka disatukan dalam sebuah filem perang berbajet besar, yang di inspirasikan dari kisah benar hasil pengalaman Four Leaf, seorang askar wataniah. Masing2 big star mestila ada ego kan. Namun semua itu berubah apabila mereka terpaksa menghadapi situasi peperangan sebenar apabila dihumban ke hutan di mana terdapat kongsi gelap myanmar yang ganas. Tetapi filem ini takdela membuat korang gelak sentiasa pun. Hmm

Ratings: $$$
Spoiler: Four Leaf ada tangan sebenarnya.

Okay semua selamat menonton. Jumpa lagi kita di segmen yang sama bulan hadapan. I lap u all. Muah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...