Wednesday, December 31, 2008

This will be the last post...

Aku tak tahu kenapa, tapi aku memang dah tak ada semangat nak menulis lagi. Banyak benda yang berlaku menyebabkan aku patah semangat. Aku dah penat. Aku perlukan rehat. Aku nak ucapkan terima kasih kepada korang semua kerana sudi membaca blog aku yang ntahapahapantah ni. No worries, I'll be back next year, Insyaallah.

Selamat tahun baru. Esok dah kira next year aku sambungla tulis kecohla korang ni itu pun nak sedih aku lempang kang biru.

Sang Juara

Statistik menunjukkan peluang untuk menjadi juara liga adalah tipis (6.78%) jika tidak berada di dalam top 4 selepas krismas. Pundit berpengalaman Hasbullah Awang pula menyatakan, "they who topped the table after Christmas has the mentality and the will of fire to be champions...". Jadi korang faham2lah siapa yang akan menjadi sang juara untuk kedua2 liga di bawah. (Click the pic to enlarge)


Akulah sang juara. Liverpool juga. Fak Manshitter United, fak Chelshit dan fak Assenal. Ohh fak Newcashit juga haa haa. Ohh buat abang Gerrard, tak kisahla jika kau pukul orang, kau langgar makcik tua melintas jalan ataupun menggelek anak kucing ketika nak reverse kereta, kau tetap kapten marvel kami. Aku doakan kebahagiaan kau di dunia di akhirat taktau camna. Kau sajalah yang boleh memimpin kami untuk kejuaraan liga Inggeris yang ke-19. Amin.

Sunday, December 28, 2008

Kongratulasi Anas!

Satu demi satu rakanku tumpas/diperdayakan sehingga ke alam perkahwinan. 26 Disember 2008, Anas Mohd Mustafah telah berjaya mendapatkan lesen untuk bersetubuh secara halal. Setelah sekian lama bertunang (lama ke?), Anas akhirnya akur bahawa ikatan pertunangan bukanlah lesen untuk ringan2, lalu proses pernikahannya disegerakan.

Siapa Anas? Anas ialah rakan baikku dari skolah rendah kelas 1 Biru, 2 Biru, 3 Biru, 4 Biru, 5 Biru, 6 Ikhlas, tingkatan 1 Amanah, 2 Amanah, 3 Amanah dan selamanya. Di dalam geng Bangi, Anaslah yang paling baik. Anas jarang sekali mencarut (kecuali ketika dibunuh aku dalam Halo) apatah lagi mencederakan binatang peliharaan. Anas juga seorang yang tegap, walaupun sejak akhir2ni keboroian dia semakin bertambah. Anas sekarang kerja di Maxis. Dia sering bagi caller ringtone free kat aku walaupun semuanya lagu XPDC. Cis. Aku harapkan walaupun kau sudah berkahwin, kau tetap akan ada masa untuk menonton wayang ataupun lepak2 minum2 yang halal di maplay Amirah Alia ataupun bermain xbox di rumah aku. Aku doakan korang agar tidak bercerai dan mendapat at least 3 orang anak.

Sorilah aku tak panggil jurukamera professional aku Zati Hazira untuk mengambil gamba, so saksikanlah gamba2 kawen yang tidak jelas yang diambil menggunakan fon antik aku. Click Read More for more pictures.

ijai: Anas kau dah bersetubuh ke?
anas: eheh heh heh



Kelihatan salah seorang pekerja katering cuba untuk mempromosikan kuih Bahulu Tongkat Ali mereka


Gadis2 memang nak kahwin cepat.

Maaf nak gambaq lain kena mintak kat Anas nanti. Alrite, mangsa seterusnya, Amir Rashidi!

Thursday, December 25, 2008

The Best Job in The World

I got the best job in the world.

Aku boleh masuk kerja pukul berapa yang aku mahu.
Aku boleh balik pukul berapa yang aku mahu.
Aku tidak perlu login/logout/punch card.
Aku tidak perlu menjawab call melayan customer yang garang/bangang.
Aku boleh pegi breakfast, lunch, break pukul berapa yang aku mahu.
Aku boleh pegi breakfast, lunch, break seberapa lama yang aku mahu.
Aku boleh main xbox 360 bila2 aku mahu.
Tiada tekanan.

Kau kerja apa Faizal? Gigolo ke? Direct selling ke? Click Read More untuk teruskan kecemburuan anda.

Jika korang tidak tahu, aku bekerja sebagai Level 2 Microsoft Technical Support, di mana aku perlu membantu pelanggan Microsoft (home user) di Australia dan New Zealand menyelesaikan masalah mereka. Masalah komputer, masalah keluarga serta masalah matematik moden semua aku layan. It pays well, but the pressure is high. Nasib baik aku dikurniakan dengan kesabaran yang tinggi boleh bertahan dicerca jika Windows Update membuatkan mereka tidak boleh boot to Windows. Kecoh la korang aku tak pernah buat update rileks je. Aku juga harus bersabar mengajar atuk dan nenek cara2 untuk pergi ke safe mode berulang2 kali. Assobriminaliman. Wal tara iman wal neraka. Maka setiap hari, average customer yang aku dapat, around 8 - 10 issues per day. Ok la tu kan.

Tetapi! Minggu lalu, jika korang baca paper ataupun korang celik IT, korang pasti tahu tentang flaw Internet Explorer yang baru dijumpai. Microsoft telah mengeluarkan satu update kecemasan untuk membaiki isu itu. This security update resolves a publicly disclosed vulnerability in Internet Explorer. The vulnerability could allow remote code execution if a user views a specially crafted Web page using Internet Explorer. So berhati2lah korang jika menggunakan IE (semua version up until IE7. IE8 beta 2 korang tak payah ngada2 nak install), kerana ada certain phishing website yang akan mencurik password Facebook anda (semua password, password site porno anda pun tak selamat). So jangan lupa install update ya kawan. Sila layari http://www.microsoft.com/technet/security/bulletin/MS08-078.mspx

So bagaimana isu itu mengefek aku? Well akibat panic dan cuak dan kurang maklumat serta exaggeration daripada media, pelanggan2 Microsoft di Australia dan New Zealand semua gabra lalu menghubungi Microsoft dengan serentak. Maka lebih seribu panggilan yang masuk, kami di tier 2 terpaksa menjawab lebih 20 panggilan, semuanya pasal update yang baru direalease itu. Sehinggakan bos2 besaq pun terpaksa membantu.

But! Lucky for me, sehari sebelum itu, aku telah 'dinaikkan pangkat' (tapi tak naik gaji, hee hee) untuk menjadi full time email support. Maka di kala comrade2 aku sedang bertungkus lumus, aku hanya lepak chill bermain Soulcalibur (aku orang paling handal di ofis, kalau tak puas hati meh aa bertarung). So kerja aku sekarang troubleshoot guna email saje.

Walaupun begitu, email support sebenaqnya lebih mencabar, kerana isu2 yang ditanya lebih sukar nak arwah. Kerana email support ini percuma, so mereka yang kedekut tu paksala kami menyelesaikan masalah2 yang kompleks. Contohnya, mereka tidak boleh browse internet menggunakan usb modem jika wireless printer mereka connect kepada wireless router. (solution: assign static ip address). Well memberi penyelesaian memang mudah, tapi cara nak mengeksplain kat diorang tu yang payah. Kita tak boleh call diorang, tak boleh nak buat remote access, semua kena terang step by step dalam email. Luckily, ada banyak troubleshooting template yang boleh diguna, tukar nama kasteme je. So again, aku gembira.

So bagaimana? Berminat untuk berhenti kerja korang dan join aku? Aku tahu Muaz dan Andrew jeles melihat aku lepak cool hari2. Haa haa.

Monday, December 22, 2008

Secret Santa

Di pejabat aku, terdapat pelbagai bangsa dan agama. Orang Melayu ada, Cina ada, India ada, Australian ada, Iban ada, Indon ada, Filipino ada, Kadazan Dusun serta kaum Jahilliyyah. Maka di persekitaran yang sebegini, perayaan setiap bangsa akan disambut dengan meriah. Sempena hari natal yang bakal tiba, ofis aku telah mengadakan Pertandingan Menghias Pejabat serta aktiviti2 prenatal (macam tak kena je bunyinya) seperti Permainan Tradisional (Counter Strike, Monopoly etc) serta Secret Santa. Secret Santa ialah aktiviti di nama kita akan mencabut nama secara random, kemudian membelikan hadiah kepada makhluk tersebut yang nilainya tidak kurang daripada sepuluh ringgit.

Seperti biasa, aku last2 minit baru terpikiaq nak pi beli apa. Dalam minda aku kalau susah2 aku bagi cd Miley aku saje. Tapi mana bole sape nak teman aku pagi2 g keje. Kemudian aku pun berjalan2la seorang diri di warta (dan eksiden seperti post di bawah). Ahah aku ternampak sebual novel cinta 'Jika Ada Jodoh'. Tapi harga dia doploh ringgit aku memang kedekut orangnya so tak jadi. Ahah aku ternampak buku panduan Mengerjakan Solat tapi harga dia 8 ringgit. Hmmmmm. Last2 aku masuk kedai permainan aku belikan kiub menguji minda dengan harga limablas ringgit. Yesh. Maka di hari Jumaat yang lepas, kami pun bertukar2 hadiah. Mari kita saksikan gambaq2 depa suma. Klik Read More nooo.

Gembira mendapat hadiah dari Santa Klaus diimport khas dari Mumbai



Ini hadiah yang aku dapat. Spender saiz S. Padahal aku saiz L menuju ke arah XL kadang2. Terima kasih secret santa aku. (ini bau2an sebenaqnya bukan spendeq)


Muaz dapat kain batik jawa.


Kughaan dapat kayu api


Calvin dapek toaster. TOASTER!

Selamat hari natal! I lap you all.

Sunday, December 21, 2008

Kahwin dan Cerai

Haiii uolsssssss. Sally datang lagiii. Rindunya Sally kat uols. Lama dah Sally tak menulis di ruangan gossip hangat ni. Emm musim cuti sekolah ni ramaila orang nak kahwin kan. Artis2 kita pun tak ketinggalan you. So kat sini Sally nak ceritalah pasal artis hangat kita yang baru kahwin ataupun baru diketahui status perkahwinan mereka walaupun sudah lama melakukan persetubuhan halal. Pandai diorang rahsiakan ek. Gelenyahhhh. Selamat membaca uolss. Klik Read More ye kalau nak mengumpat.

disclaimer: ruangan gosip ini ditulis oleh Sally, paparazi popular dari Kolej Matrikulasi Melaka. Sebarang komen, tak puas hati, gosip panas, ataupun nak ajak berbual(lelaku muda sahaja) bole hantarkan kepada sally_gelenyah (at) gmail (dot) com

Mawi dan Ekin.
Umm yang ini pasangan pengantin popular. Kelassss gitu. Semalam 20/12/2008 Mawi dan Ekin selamat diijabkabulkan di Masjid Al Apaentah di Johor. Siap ada lintas langsung lagi. Kalahh Datuk Siti kitaaaa. Semua depa nak rakam balas pantun, melamar, nikah, bersanding, malam pertama bersama (makan beradab bukan bersetubuh) hik hik. Dengar cerita Ina pun dijemput tapi Ina dapat je kad kahwin terus koyakkan kad kahwin depan posmen sambil menyanyikan lagu nasyid In Team.

Norman Hakim dan Abby Abadi
Untuk kali kedua, Abby ngan Norman bercerai lagi. Insiden tangkap basah Norman bersama Memey jelas menjadi punca robohnya rumahtangga mereka yang memang sudah retak. Eiii geram betul Sally ngan Norman tu. Kau ingat kau kool la tu berlakon jadi polis. Lepas tu ingat boleh menyanyi EP kumpulan kau Impression dengan Eizlan Yusof tu laku 18 unit je tau itupun Abby yang beli semua. Sabar ye Abby mungkin lepas ni boleh carik Norman KRU dia tu dahlah wajah kacak, suara sedap rajin ke surau pulak tu. N single lagi awwww berderau darah mak. Kalau tak dapat Norman KRU pegila shopping di Harvey Norman. Hik hik hik lucunya Sally.

Rita Rudaini dan Aidil Zafuan
Uiiii uols mesti terkujat jugak kannn. Diorang ni dah lama dah kahwin sebenarnya dalam bulan Februari bernikah di Thailand gitu. Tapi baru2 ni je public dapat tahu. Huiii memang boleh menang Anugerah Skrin Tv3 pandai betul kau cover ek. Sally hibala jugak dengar berita ni sebab Aidil ni dahla terer main bola kacak pulak tu. Kalau Sally pegi Midvel mesti Sally duduk depan poster besar Aidil. Sally menyampah betul dengan si janda Rita ni. Dahla mata juling air suka bertumbuk pulak tu. Ni kau dah mengandung 2 bulan baru nak sibuk2 aku tampar kang biru.

Rosnah Mat Aris dan Lelaki Muda
Huiiiiii ini betul2 panasss. Rosnah Mat Aris yang tua2 berumur 74 tahun (mungkin lebih muda) tapi nak bergaya hip hop tu dalam diam2 dah kahwin dengan lelaki muda berumur 27 tahun yang bernama Tajul Effendi Isa (ataupun Mohd Imran Suria, Sally pun tak sure). Huii getah seluar kau pun dah longgar ada hati nak kahwin lelaki muda. Tapi dah jodoh kan Sally doakan agar korang berdua bahagia dan semoga lambat sikit menopaus bolela nak timang anak. Hik hik jangan maraaaa.

Rich dan Velvet.
Ini lagi sorang kahwin senyap. Nasib baik Sally ni peminat setia muzik Estranged. Tapi kutuk tetap kutuk. Kau tu velvet bawak2la kuruskan badan kesian Rich tak boleh nak angkat kau jika dia nak mengaplikasikan teknik 'Advanced Rear Entry'. Apapun tahniah buat Rich dan Estranged kerana berjaya memasuki Juara Lagu tahun ini.

Ok uolsss kita jumpa lagi dalam ruangan gosip yang akan datang. Gelenyahhhhhh.

Thursday, December 18, 2008

Seram

Malam itu memang gelap. Langsung tiada cahaya bulan. Entah kenapa, aku rasa gelisah sangat pada malam itu. Hati aku tak tenteram. Peluh dingin membasahi dahi aku. Apa yang aku buat semuanya tak kena. Aku mengambil wudhu', aku cuba untuk bertenang. Namun ketenangan itu terhapus apabila aku teringat kisah seram itu. Semuanya bermula apabila aku membaca majalah Mastika bulan lalu. Peristiwa penduduk di Bangi dicakar binatang aneh masih segar dalam ingatan aku. Walaupun tiada bukti fizikal tentang kewujudan binatang itu, namun kesan cakaran yang ditinggalkan memang zahir, memang jelas, memang nyata.

Aku terpaksa memberanikan diri untuk keluar rumah kerana perut aku sudah berbunyi minta diisi. Petanda buruk yang pertama, enjin kereta aku tak mahu hidup. Aku beristighfar banyak2, akhir enjin kereta dihidupkan jua. Fikiran aku memang melayang masa tu. Aku memandu tanpa arah tujuan. Tak banyak kereta pada malam itu. Tiba2, aku dikejutkan dengan satu bunyi. Memang terperanjat aku. Namun perasaan hilang setelah menyedari itu hanyalah bunyi nyanyian Miley Cyrus daripada cd player aku.

Tiba2 sekali lagi, darah aku berderau. Aku dapat dengar dengan jelas bunyi geseran pada kereta aku. Bunyi seolah2 kereta aku dicakar. Aku memang tak pandang side mirror atau cermin belakang, terus pecut balik rumah. Sampai sahaja di rumah, aku terus keluar kereta, aku ternampak kesan cakaran di kereta aku. Untuk membuktikan aku tidak bercakap bohong, aku sempat mengambil gambar untuk tatapan korang dan pembaca Mastika bulan hadapan.


Klik Read More kalau nak tahu lebih lanjut.

Well sebenarnya aku tergesel dengan dinding masa nak masuk parking kat Warta. Bastard kecik gila nak masuk aku ingatkan lepas arghhhhh. Tapi saspen kan cerpen aku di atas.

Wednesday, December 17, 2008

Fanatik

Lihatlah koleksi terbaruku ini. Original Liverpool Fc Scarf yang diimport khas dari negara penjajah. Bergaya bukan?



terima kasih kepada ahmad shuhud irfani bin zakaria bin stapa bin yajid kerana 'membelanja' scarf ini. Terima kasih juga kepada akak abe nurul idlan (betul ke?) binti zakaria bin stapa bin yajid kerana membelikan fridge magnet untuk mama aku.



Perut aku nampak boroi sebab ilusi optik tu. korang dulu tak belajar sains tu sebab korang tak tahu.

Monday, December 15, 2008

Jualan Istimewa Hari Raya

Mama bercadang untuk menjual beberapa ekor kucing. Bukan sekadar ekor, badan dia misai dia pun diinclude sekali. Haa haa lucunya aku. Iyolah mano laghat den nak jago sumo ompek puluh eko nak mampuih ko (saje nak tunjuk terer cakap noghori). Yaa inilah peluang korang untuk akhirnya memenangi sesuatu dalam hidup korang. Yelah dulu kecik2 sukan tak terer lumba lari tak pernah dapat pingat, peksa pulak dapat nomboq tiga puluh ke atas nak dapat anugerah readymix jauh sekali. Ini kerana kucing2 aku memang telah disahkan paling handal di asia tenggara ini. Aku berani berjanji dan berzanji, jika korang bawak kucing aku masuk bertanding, kalau tak dapat top three aku korang nak potong kuku aku pun aku sanggup. Maka saksikanlah gambar2 sang juara ini. Oh btw gambar2 kucing yang aku akan pamerkan ini bukan untuk dijual. Haa haa saje je nak bagi korang kagum sambil sakit hati. Yang aku nak jual atau beri percuma korang boleh datang rumah aku tengok. Click Read More for more pictures!

Cattery aku memang besaq korang nak sewa tido pun bole.


Yaa mungkin korang mengenali Sang Juara2 ini kerana mereka lebih popular dari Ziana Zain. Jika masuk bertanding pasti Best Kucing Malaysia, Pesona Chevy serta Pesona Shareca pasti akan masuk paper. Lagi hebat dari korang yang hanya masuk paper apabila nak buat ucapan raya ataupun ditangkap basah. Sudah pastila mereka akan ku bela sehingga arwah. Bukan untuk dijual. Nak sewa nak pegang2 boleh.



Kucing2 ini mama aku memang nak let go, I think. Kucing2 ini lebih kool daripada kucing korang kerana kucing aku ini berbaka baik serta memiliki surat beranak (pedigree). Mereka berjenama Cornish Rex, di mana mereka dilahirkan dengan kurang bulu di badan dan di hidung. Sekali tengok jijik juga (ataupun ghairah) nak memegang mereka, namun harga mereka lebih mahal daripada PS3 sumpah aku tak tipu. Well nama2 tu aku suke2 je letak aku tak ingat apa nama diorang.



Relakah korang memegang mereka? Cis korang memang racist.

Berikutnya, kucing2 ini diimport dari negara jiran, itulah sebabnya mereka dipanggil Siamese. Ini bukan kucing siam celup punya ini ada surat beranak jugak. Lesen tv pun ada (jenaka sambilan). Lihat saja ekor mereka serta muncung yang panjang, ciri2 inilah yang akan dihakimi oleh pengadil2 luar negara di pertandingan kucing antarabangsa.



Jikalau korang tak tahu, Malaysia juga ada breed mereka sendiri yang dinamakan kucing Malaysia. Dipelopori oleh arwah Kersani aku, kucing Malaysia kini menjadi rebutan breeder2 kucing kerana mudah dibela, hormat kepada tuannya serta pandai memasak. Aku rasa yang ni boleh dijual kot.





Sekian sahaja pameran kucing aku untuk kali ini. Maafla aku tiada kucing parsi. Arwah Oakley dah meninggal dunia lama dah. Lenkali kalau aku nak jual kuda2 padi and kepang aku letak gamba k. Assalamualaikum.

Cats will only be reserved for 3 DAYS to allow time to bank in the amount of total order to confirm purchase should COD takes place later. (first come, first served basis please)


Friday, December 12, 2008

Super Friends

I'm blessed with super friends.

Thank you for staying with me from early morning until the end of the day, taking leave even tho you don't have to.

Thank you for all the well wishes, and condolences.

Thank you for calling me to see how am I doing even though you're in the us or uk or kelantan

Thank you for attending the kenduri walaupun korang tak basuh pinggan.

Thank you for everything.

This is the time where i need you guys the most. Yes, you will always see me cracking jokes, lough out loud as if nothing happened, but hey, I'm good at hiding my feelings. So please, talk to me, come over to my house, take me out for a movie, minum2, or berfoya2 halal so that I could feel that I'm not alone.

Thank you. The next post will not be as emo as this.

Tuesday, December 9, 2008

Goodbye

Abah passed away this morning.

My mum and I would like to wish you all a very big thank you for your condolences, help and support. May Allah bless your soul.

Majlis tahlil will be held after isya' for three days at my house. Feel free to come. and basuh pinggan


Monday, December 8, 2008

Selamat Hari Raya Aidiladha

Raya kali ini aku bercuti. Raya haji tahun lepas aku bekerja, and raya aidilfitri tahun ini pun aku bekerja. Namun kali ini aku memohon cuti untuk pulang ke kampung halaman di Bandar Baru Bangi tercinta. Haa?

Seperti biasa walaupun bercuti aku tetap akan bangun pukul 4 pagi secara automatik kerana telah terbiasa nak pegi keje awai2. Namun aku tidak bazirkan masa, terus aku mengetuk drum di awal pagi lalu dicerca ibuku yang masih enak tidur. Selepas solat sunat raya di surau/masjid al kauthar, aku pun bersiap sedia untuk berkorban. Berkorban apa sajaaaaa, harta ataupun nyawaaaa. Selepas habis menyanyikan lagu P. Ramlee itu, aku pun pergi ke rumah Mak Long aku di seksyen 1. Kita ikuti dialog2 makcik serta pakcik aku yang hampagas ini:

Mak Long Bedah: ijai kau dah gemuk la skarang.
Pak Su Man: Eiii dah gemuk ye kau.
Mak Su Jee: Emm dah besar ye ijai
Mak Long Yah: ijai dah boroi ye hik hik hik

Betul ke aku dah gemuk? Mungkin baju yang aku pakai tu tight sangat. Mungkin Mak Long aku tak pakai spek mata. Mungkin weight gain yang aku baham dulu mula menampakkan hasilnya sekarang. Mungkin.

Demmit.

Selamat Hari Raya aku ucapkan untuk semua pendengar setia. I lap u all. U all lap me tak?

Sunday, December 7, 2008

Kongratulasi Muaz and Iza!

Who's Muaz? Muaz is my best friend at work. Muaz taklah sehensem aku, namun dia memiliki hati yang mulia. Dia jarang sekali mencarut apatah lagi pergi ke rumah urut. Yesterday, he became a father. He texted me saying that I have become an uncle. Haa haa. So I called him, and I could hear the sound of joy in his voice, siap melompat2 buat somersault kegembiraan. His wife Iza gave birth to a healthy baby girl, named Sharifah __________ (tak bole bagitahu lagi). Tapi memang nama artis la hee hee.

So early this morning, I went to gerai nasi lemak hangat Auntie Maria untuk membaham. Belilah sekali untuk Muaz sebab diorang duduk dekat hospital An Nur saje. So I went there, hoping to see the baby for the first time. But situasi tak mengizinkan sebab bayi tengah membaham. Heee. So aku pun tengok la gambaq bayi dia dalam digicam. Sihat walafiat saje. Aku memang takut darah (aku juga takut ketinggian, takut tengok cerita hantu badut 'It', serta takut untuk meninggalkan solat). Tetapi aku beranikan juga melihat gambaq tali pusat serta tali pinggang guess yang nurse tu pakai. Beranikah korang memotong tali pusat sendiri? Beranikah aku? Nak potong sayur pun cuak. But as the official self appointed uncle to Sharifah ___________, jika makanan hospital tak besh, jangan segan untuk membaham di rumah aku. Well aku still bawak korang makan luar.

Your can view all the baby pictures, fashion tips, places to eat or gambar2 aneh Muaz at thepinkstilettos.blogspot.com tapi selepas Iza abis pantang la.


So kongratulasi Muaz and Iza!

Wednesday, December 3, 2008

Bandar Baru Bangi Rawks

Bandar Baru Bangi is the BEST place to live. Click Read More to know why.

We got everything in Bandar Baru Bangi.

Shopping: We got two world class shopping centre, the magnificent Warta and the magical PKNS complex. Warta ni kira setaraf dengan Midvalley ah cuma saiz dia kurang sikit je. Midvalley ada bowling? Warta pun ada. Midvalley ada wayang? Warta pun ada. Free seating lagi tiket murah pulak tu (kawan2 bangi jangan korang bocorkan apa yang dah berlaku di situ). Nak KFC? Warta pun ada. Nak kedai game? Warta ada 3 midvel ada 2 je. Nak main snuker main arked? Warta ada juga.

Food: Ahhh. Where should I start? Korang tak perlu keluar Bangi untuk membaham benda2 yang lazat serta halal. Nak fast food? McD 24 hours drive thru baru bukak. KFC, Pizza Hut, Ayamas, Kyros Kebab, Secret Recipe, San Francisco, Papa Chop Mama Grill (ke Mama Chop Papa Grill?). Ape? Nak restoran eksklusif dan mahal? Tiada masalah. Boleh pegi restoran Yus. Nak maplay? Syurga mapley di seksyen 15 penuh dengan india muslim yang ramah dan boleh kira makanan tanpa menggunakan kalkulator atau sempoa semua pakai ketiak dia je. Nak kedai selebriti? Boleh jumpa Cat Farish di CopyCat. Boleh jumpa Ezzah Aziz Fawzy di Kopitiam Kawan. Boleh jumpa gitaris Search di Bangi Kopitiam. Boleh jumpa Rosyam Nor kat rumah dia kat Bangi Perdana tapi dia tak bagi masukla kalau korang nak makan tengahari umah dia.

Study: Kamon. Tak payah anta anak korang belajaq jauh2 untuk berjaya. Hantar saja ke sekolah aku Sekolah Menengah Kebangsaan Jalan 3 tengok antara hasil terbaiknya ialah aku. Pastu bole melanjutkan pelajaran di Universiti Kebangsaan Malaysia, Universiti Tenaga Nasional (wooooooooo woooo woooo bunyik sorakan kanak2 uniten), KLIUC, Maktab Perguruan Islam, Sekolah Memandu Mazris serta sekolah OKU kat area kilang tu.

Recreation: Nak main futsal? Ada 8 court kat Bangi ni kau pilih je nak yang mana. Kalau perut korang boroi macam Jamil, pergila jogging dekat Taman Tasik Cempaka. Huii air dia kaler biru tau jangan main2. Lepas tu malam2 bole tengok orang ringan2 kat tasik tu. Tapi skarang Jais asyik rush je dah susah dah nak nampak. Baguihla tu.

Facilities: Nak datang Bangi senang je. Boleh naik komuter. Cab ada di mana2. Bas nak pegi warta sentiasa ada. Kalau sakit klinik banyak. Hospital Az Zahrah pun ada. Kalau kena santau bole jumpa Harun Din. Kalau nak santau orang boleh jumpa Mohd Naufal. Kalau nak kawin/spend malam pertama, bole bersetubuh di Bangi Golf Resort (hee hee). Pastu boleh pegi perpustakaan awam, pasar malam yang ada jual minyak lintah, Surau Al Kauthar yang ada aircond, Kedai Gunting Rambut Abang Macho, Pasar Mini Kiat Seong.....sambung sendiri aku nak frag2 kejap.

Bandar Baru Bangi Rawks!

Right?

Monday, December 1, 2008

November Movies!

Yesh. New month. New movie reviews! Ya bertemu kita lagi dalam segmen Mari Menonton Bersama Abang Jai. Seperti biasa, Abang Jai akan bersusah payah beratur membeli tiket menonton filem2 terbaru untuk diulas agar sebagai panduan untuk korang membuat keputusan agar tidak tersilap menonton filem yang sundal kualitinya. Untuk bulan November, kita ada filem tentang binatang, tentang penyakit kelamin berjangkit (well not really), filem tentang pontianak pun ada. Sila klik Read More untuk ulasan lanjut.

Ratings:
$$$$$ : wajib ditonton, curi wang daripada ibu masing2
$$$$ : sunat ditonton, gelapkan saja wang koperasi
$$$ : harus ditonton, jika ada wang ptptn yang berlebihan
$$ : makruh ditonton, dermalah wang itu ke masjid
$ : haram ditonton , baik pergi beli Chipster lagi kenyang

High School Musical 3
Ulasan Ringkas: Aku tak pernah tengok pun High School Musical (HSM) 1 and 2. HSM tu apa pun aku tidak tahu. Tetapi setelah berkali2 aku melihat trailer HSM di pawagam, part di mana Zac Efron sedang main basketball pasti buat muka konon2 bersemangat tapi macam nak terberak pastu Vanessa Hudgens tiba2 muncul dalam crowd sambil disinari lampu limpah akhirnya membuat aku naik nafsu untuk menontonnya. Masa aku menonton sungguh ramai kanak2 yang histeria melihat Zac (Troy). Aku cuba untuk resist namun tidak terdaya lalu aku pun turut sing along mengikut irama dan lagu (tapi dalam hati ah).

Ratings: $$$$ 1/2 (bohongla kalau korang tak suke filem ini)
Spoiler: takde bende yang dispoilerkan

Quantum Of Solace
Ulasan Ringkas: This movie is a direct sequel to Casino Royale. But you dont have to really watch the first one to actually understand the movie. Bond, yang masih marah dan sedih akibat kematian Vesper, berikrar untuk membalas dendam dan membalas kad raya dari ibundanya. Tipikal Bond movie la yang menggunakan kombinasi tumbuk-zina-tembak untuk setiap filem dia. Tapi menonton di wayang usahlah korang yang gersang mengharapkan dapat melihat adegan persetubuhan haram.

Ratings: $$$
Spoiler: Miss Fields akan ditoron Bond.

Madagascar 2
Ulasan Ringkas: I laik tu muvit2 yu laik tu MUVIT! Binatang2 yang boleh bercakap kembali lagi untuk menghiburkan kita. Mereka ingin pulang ke New York setelah penat bermusafir. Dengan bantuan Penguin bersaudara, mereka pun naikla Air Asia tetapi nak dijadikan cerita, mereka terhempas di Afrika, tempat asal mereka, di mana Alex bertemu dengan famili cerianya. Siapa kata filem animasi begini hanya untuk kanak2? Sebagai graduan multimedia, kita haruslah menghayati karya animasi 3d begini bukan senang tau nak buat.

Ratings: $$$
Spoiler: Singa kecik yang mula2 itu adalah Alex.

Quarantine
Ulasan Ringkas: Filem ini tidak sesuai untuk ditonton oleh ibu mengandung kerana boleh terkujat lalu terberak i mean terberanak. Efek ketakukannya ditambah dengan menggunakan teknik 1st person view ala2 Cloverfield untuk membuat kita menjerit awww. Mengisahkan tentang penbaca berita tv3 Zakiah Anas serta cameramannya yang membuat liputan kehidupan ahli bomba. Ketika mengikuti bomba2 itu bertugas, mereka semua telah dikuarantin di dalam sebuah pangsapuri. Kejadian aneh berlaku apabila penduduk apartment itu mengigit antara satu sama lain, menyebabkan mereka menjadi ganas dan hilang kawalan seperti Zombi Kampung Pisang. Dapatkan Zakiah Anas menyelamatkan diri dari suasana genting itu?

Ratings: $$$ 1/2
Spoiler: Semua orang meninggal

Gp506
Ulasan ringkas: Lebih kurang je macam cerita Quarantine, cuma dia berbahasa Korea.

Ratings: $$ 1/2
Spoiler: Semua orang meninggal

Igor
Ulasan Ringkas: Igor dilahirkan hanya untuk satu tujuan, menjadi hamba kepada Evil Scientist. Namun Igor yang sorang ni bercita2 besar, he wanted to be the evil scientist himself. Setelah tuannya mati, Igor cuba untuk menggantikan tuannya dengan menyertai pertandingan Saintis Jahat tahunan anjuran rukun tetangga kawasan mereka. Ditemani oleh sidekicknya Brain yang bangang serta Scamper yang tak boleh meninggal dunia, Igor pun mencipta wanita yang hodoh, Eva.

Ratings: $$ 1/2
Spoiler: Raja Malaria jahat sebenarnya

Twilight
Ulasan Ringkas: Mengisahkan tentang Bella yang pulang ke kampung halamannya di Slim River kemudian jatuh cinta dengan Edward, seorang pontianak yang vegetarian. Well mereka satu famili tak minum darah manusia, minum arak je. Based on a book by the same title, filem ini lebih kepada kategori cinta romantis daripada aksi seram menghisap darah. Bella's blood made Edward intoxicated, tetapi demi cinta suci, dia mampu bertahan. Bella pula rela darahnya dihisap agar dia juga boleh menjadi pontianak dan mereka dapat bercinta untuk selamanya....namun nyawa Bella di dalam bahaya apabila pontianak kejam, James terhidu bau ketiak Bella lalu menyebabkannya terangsang dan dahagakan darah. Gadis2 pasti cair menonton cerita cinta vampire ini. Mungkin telah dipukau Edward.

Ratings: $$$ 1/2
Spoiler: Di penghujung filem, adakah Edward akan membaham Bella untuk hidup bersama selamanya? Tidak.

Okay semua selamat menonton. Jumpa lagi kita di segmen yang sama bulan hadapan. I lap u all. Muah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...