Sunday, January 18, 2009

Butterfingers @ Istana Budaya!

AHHHHHHHH ARGHHHHH HUARGHHHHH HEEEEE MIMIMIMI AHHHHHHHH. Itu ialah efek aku ketika sedang histeria. Mengapa aku histeria kau orang tanya? Kerana aku baru lepas menonton filem Histeria. dan juga aku telah menonton persembahan live tempatan yang paling hebat di abad ini. Siapakah band yang paling hebat itu? Biar aku nyanyikan (ikut rentak lagu Bunk Anthem). "...Gimme a B, U, T, T, E, R, F, I, N, G, E, R, S nowwwwww welcome to the butter show ohh ooo oo..." Kau gila apa Faizal. Ahh korang pun pasti gila jika korang menonton persembahan unplugged Butterfingers di Istana Budaya semalam. Butters buat 4 session, aku hanya pergi sesi yang pertama. Persembahan ini sangat istimewa kerana inilah persembahan terakhir mereka as a full line up sebab lepas ni Emmett akan berhijrah ke Kanada atas urusan kerja dan Loque akan kembali ke Boston.

Aku pun tak tahu pasal konsert ni sehinngga aku menonton Melodi last week. Metafora yang Loque gunakan "Jambatan ada banyak namun sungai tetap mengalir...." (aku pun tak ingat apa dia kata) menyebabkan aku terus bersemangat menghubungi rakan2 untuk pergi bersama. Hari Sabtu, aku pergi ke kenduri seperti entry di bawah ini terlebih dahulu. Ingat nak balik awal dan gerak awal, namun begitu, lambat sungguh nasik dihidangkan sedangkan aku sudah kelaparan. Ketika orang masih sibuk mengunyah, aku telahpun pulang. Show start kol 2.30. Pukul 3 aku sampai. Missed the opening band, Bunkface. Penat aku hafal lagu Situasi berserta kord gitarnya in case kalau frontman dia pengsan dan mintak aku ganti.


Wajah ghairah

Tatkala aku masuk hall, panglima2 Melayu moden sudahpun berada di atas stage. Emmett, Kadak, Loque dan Loko sudah mengambil tempat masing2. Ada orchestra iringan, kool. Tempat duduk dah penuh, makcik istana budaya tu letak aku kat belakang Kadak. Tak kisahla. Kanak2 Bunkface duduk di sebelah aku, tapi mereka bukanlah highlight show itu lagi. Although aku adala cuba2 untuk mengambil gambar mereka untuk diriakkan di sini haa haa. Timing kami memang kool, duduk saje, grenggg, diorang main Delirium.


Tengok bontot Kadak pun jadi

Aku tak dapat nak mencurik setlist, so aku tak ingat turutan lagu yang diorang perform. But when the violin kicks in to the tune of 'Royal Jelly' ohh berderau darah aku. Among the highlights of the show IMO:
1) Me, without drums and bass.
2) Improv during Fire is a Curse.
3) The legendary 'Chemistry'.

There were feedback from Emmett's guitar and Kadak's bass, which clearly annoyed Emmett. Nevertheless, the overall performance was superb. The ambiance, lighting, the sound, the venue, perfect. Vokal mantap Emmett, gorengan gitar Loque yang garang, bassline yang membunuh dari Kadak serta ketukan padu drum dari Loko, diiringi dengan orchestra yang memukau, what else could I say? You guys should get the complete box set in the future.


Gambar terakhir yang sempat diambil sebelum dihalang oleh makcik Istana Budaya. Kecoh la lu makcik.

Tolonglah klik Read More kerana aku ada gambar yang boleh membuatkan korang terkancing gigi. Terutamanya kau Zahrul siapa suruh kau balik awal haa haa.


Habis saja show, aku, Nurdatillah dan kawan aku Luqman nak membeli souvenir...tiba2...

"Haa kau. Yaa yang pakai spek yang hensem tu. Bukan kau, baju merah tu. Haaa kau Faizal kan" kata Loque memanggil aku. Tah macamana dia kenal aku pun aku tak tau.


Kadak sebagai Roksetar pun boroi so aku tak perlulah risau dengan perut aku tu.


Emmett berkeras nak bergambar dengan aku. Takkanla aku nak tolak kan.

I wish I got the tickets for all 4 shows.

Semoga korang akan Kembali.



11 comments:

zatihazira said...

wahhh. gbr terakhir mmg kau menang buat aku jelous.

paan terjatuh lagi. said...

lu rock la bro.best gila kut butter,malam last memang syahdu.sedih gila.

hUdArLiNg said...

saya super jeles.oh emmet! :(

fadHLI said...

aku pun jealous... sesi istana budaya simply da best...

Mohamad Faizal said...

zati: aku memang kool.

paan: gua memang rok. lu pun rok juge.

huda: tiada apa yang saya boleh saya lakukan selain riak dan bongkak

fadhli: lagi best dari orgasm

Anonymous said...

Nice review ... funny in all the right places.

Cheers! Thanks for coming.

Emmett & Terrina.

paan terjatuh lagi. said...

emmet and terrina : lawat blog saya juga.

peminat sally said...

call me ur stalker or what...i wrongly typed ur blog as http://ajaicool.blogspot.com/ and i shocked! ingatkan dah bertukar rupa...haha

Anonymous said...

faizal ko keji..ko cakap da nak balik..rupe-rupenye ko pg bergambar dgn emmet tanpa aku..hampa..

Mohamad Faizal said...

Emmett dan Terrina: (speechless)

Peminat Sally: aku lawat gak tadi site tu hensem betul ajai dan rakan2

arul: haa haa (riak)

Anonymous said...

Owh, gambar aku pun ada~ Superb show. Menangis siot!

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...