Sunday, January 4, 2009

December Movies!

Yess bulan baru, tahun baru, tanggungjawab mengulas filem2 terbaru untuk panduan masyarakat tidak akan dilupakan. Banyak filem sebenarnya yang dirilis pada bulan lalu, tapi aku tak dapat nak menonton semua kerana aku perlu menemani mama di rumah. Aku termiss menonton Los n Faun, serta Cicakman 2. Namun begitu, kesempatan yang ada tetap digunakan untuk berfoya2 di panggung sambil membuat ulasan sebagai panduan untuk korang membuat keputusan agar tidak tersilap menonton filem yang gampang kualitinya. Sila klik Read More untuk ulasan lanjut

Ratings:
$$$$$ : wajib ditonton, curi wang daripada ibu masing2
$$$$ : sunat ditonton, gelapkan saja wang koperasi
$$$ : harus ditonton, jika ada wang ptptn yang berlebihan
$$ : makruh ditonton, dermalah wang itu ke masjid
$ : haram ditonton , baik pergi beli Chipster lagi kenyang

Bolt
Ulasan ringkas: Mengisahkan tentang seekor anjing yang bernama Usain Bolt ataupun Bolt (nama manja) yang perasan ada superpower dan ilmu hitam. Setelah terpisah dengan tuannya Penny, Bolt mengharungi suasana kehidupan gila gila remaja ditemani oleh Kucing Hitam dan Rhino, seekor hamster yang merupakan peminat fanatik siri televisyen Bolt dan Lost. Tontonlah filem ini bersama jiran2 kerana pasti akan merapatkan ukhuwwah di samping ketawa hi hi hi.

Ratings: $$$$ 1/2
Spoiler: Penny ialah Miley Cyrus. Saya suka Miley Cyrus.

Antoo Fighter
Ulasan ringkas: Terpengaruh dengan poster Radhi OAG memakai songkok melawan makhluk durjana Awie van Listerboroi yang memukau, aku pun membuat keputusan untuk menonton filem ini. Well aku tidaklah expect sesuatu yang hebat daripada filem2 melayu sebegini, namun hasilnya, not bad. Ada juga scene2 yang membuatkan aku ketawa hi hi hi. The special effects were kinda decent as well. Sokonglah industri perfileman kita kalau tak tahun depan kena bayaq RM20 untuk menonton filem barat. Bastard.

Ratings: $$$
Spoiler: Atuk Poh Jee tak sempat kahwin lagi

The Day The Earth Stood Still
Ulasan ringkas: Mengisahkan tentang Kalkulator, seorang makhluk asing yang hensem yang datang ke bumi untuk bermuzakarah bersama ketua bumi bagi membincangkan isu2 hangat masa kini seperti siapa yang menang Sehati Berdansa, siapakah pembaca berita yang terbabit dengan parti seks, serta serangan Israel laknatullah ke atas Palestine. Perbincangan ini penting untuk menentukan nasib bumi sama ada nak hapuskan manusia ataupun sambung kontrak untuk hidup 5 - 10 tahun lagi.

Ratings: $$ 1/2
Spoiler: Kontrak bumi disambung lagi 5 tahun. Taubatlah sebelum terlambat.

Transporter 3
Ulasan ringkas: Frank merupakan seorang mercenary yang memiliki kemahiran dalam penyeludupan pendatang tanpa izin serta rokok kretek. Setelah bosan menjadi ofis boy menghantar surat di pejabatnya, Frank mendapat satu tugasan baru iaitu menghantar seorang gadis Valentina Isabella el Quraisy. Biasalah mula2 tak rela akhirnya jatuh cinta. Tapi ada twist di sini, jika Frank berlegar2 jauh sikit daripada keretanya, tangkal di tangannya akan meletup. Hmm. Aku rasa Transporter 1 and 2 lagi besh yang ni kurang sikit kenikmatannya.

Ratings: $$ 1/2
Spoiler: Ada T-Bag

Yes Man
Ulasan ringkas: Mengisahkan tentang Carlsberg, atau nama pendeknya Carl yang hidupnya penuh dengan kemurungan dan kebosanan ditambah pula dengan perceraiannya. Carl sentiasa mengatakan "Tidak!" kepada semua orang, semua peluang, semua permintaan serta katakan tidak kepada merokok. Setelah terlepas engagement party teman baikknya, Carl pun joinla program MLM Yes Man, di mana dia mesti berkata 'Ya' untuk semua benda. Contohnya, ya untuk isteri di Persian Wife Finder, ya untuk parti Harry Potter, ya untuk dikulum zakarnya oleh jiran tua yang tiada gigi. Ewww. Kalau tak buat nanti kena sumpahan si tanggang. Haha aku suka filem ini. Zooey Deschanel comel, dan bersuara unik (more about this later). Di samping lawak lucu yang membuatkan kita ketawa hi hi hi, filem ini boleh dikategorikan sebagai filem cinta yang sweet. Tengokla oi aku dah tengok 2x dah di pawagam.

Ratings: $$$$
Spoiler: Ending dia tergantung kerana dipotong. eshol betulla

Okay kita jumpa lagi di bulan hadapan. I lap u all



2 comments:

äíŋìŝ äżŗėėŋ said...

Hmm, saya baru lepas men-tagged anda. btw, anak-anak kucing tu... boleh pi tengok-tengok tak? kalau berkenan nak amik sekoQ~ hehe.

Mohamad Faizal said...

jika serius datanglah rumah pilih mana yang berkenan (although mebe tak dapat apa yang anda mahu hee)

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...