Tuesday, January 20, 2009

Faizal Rosly is kooler than Faizal Tahir

Mengapa korang gadis2, arbok2, dan Alie memuja2 Faizal Tahir? Apa kool sangat ke dia tu? Mungkin korang ingat dia kool kerana dulu dia pernah menganggotai kumpulan nasyid. Mungkin korang anggap dia kool kerana suara dia mengghairahkan. Mungkin korang ingat dia kool kerana dia pernah membuka baju di khalayak ramai. Mungkin korang ingat dia kool kerana menggondol 3 anugerah di Juara Lagu.

Dude.

1) Masa aku darjah 6, kumpulan nasyid aku memenangi tempat kedua dalam pertandingan nasyid daerah Hulu Langat. Aku pulak dapat hadiah khas suara latar terbaik. Mirwana pernah menang apa?

2) Suara dia mengghairahkan? Well suara aku menginsafkan. Dengar sahaja laungan azan aku di Surau Al Kauthar setiap hari Sabtu pada waktu maghrib.

3) Dia pernah membuka baju di khalayak ramai? Kamon. Gambar aku di bawah ini jauh lagi seksi dari dia.

//*nota* gambar telah diremove kerana ditegur Imam surau aku. Sila layari laman Facebook aku untuk melihat gambar2 kontroversi aku.//

4) Dia menang 3 anugerah dalam Juara Lagu? Sheesh. Aku yakin lagu ciptaan aku di bawah jika diberi peluang mampu memenangi kategori Pop Rock.



So sekarang siapa lagi kool?


8 comments:

<< s| teD| yanG GOmuK >> said...

erk..!!

hUdArLiNg said...

1)kalau FR menang tempat kedua, Miwarna mengalahkan Too Phat, Ruffedge, KRU dalam kategori "Vokal Duo/ Berkumpulan" dan mengalahkan Raihan, Rabbani dalam kategori "Lagu Nasyid Pilihan" untuk anugerah ERA tahun 2004.

*notakaki:itu baru satu anugerah.yg laen,sila google.hehe.

2)suara dia mmg mengghairahkan.mungkin juga dia pernah melaungkan azan di surau/masjid berdekatan rumahnya.tapi biasalah,takkan sume nk ckp kt press.riak nnt.riak tu berdosa.

3)bukak baju dan badannya seksi berbeda dgn bukak baju tapi tidak seksi.hahaha. ;p

*notakaki:mungkin klo FR pergi membina badan baru saya akui keseksian anda*

4)hahaha.ya mungkin,tapi mungkin kene tunggu mcm MUH, 8 tahun atau lebih untuk mengetengahkan bakat yg FR warisi.so, why not start now?saya pasti menyokong penuh usaha anda. ;p

kesimpulannya, FT ttp lebih cool.walau apa caci cerca yang FR canangkan. FR just simply jeless. hahaha.

p/s:klo diberi sogokan kpd sy, mungkin sy akan beri komen yg lebih memihak kpd anda. lol.

Anonymous said...

sampai skarang shikin tak puas hati aku tak mampu nak nyanyi lagu untuk die. yela zaman skolah menengah bile aku menyanyi asik asik salah lirik sering kene tegur ngan kau jai. aku trauma. hahaha.

-adam-

Mohamad Faizal said...

tedi: tercekik kedondong ke

huda: adakah persabahatan kita selama ini tidak membawa sebarang makna? apakah yang kita ada ini tidak boleh menjadikan saya lebih kool dari faizal tahir? (pms)

adam: aku rasa aku ada lagi kaset kau menyanyi lagu last kiss nanti aku kasik kat shikin

souled out malas nak login said...

i xsuka faizal tahir. in fact satu family tak suka. kalau my mom dgr lagu dia kuar radio (hot fm esp) mesti cepat2 dia tuka chanel.. hehe

Mohamad Faizal said...

finaz: mama saya suka mawi dan fauziah latif

hUdArLiNg said...

hahaha.baek lah ijai.demi pms kamu eh persahabatan kita.sekali ni je,FR lebih hebat dari FT. haha

zatihazira said...

Faizal Tahir lg kool sbb die buat teknik rebonding, kau shampoo pun belum tentu.

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...