Sunday, January 11, 2009

Konserto Terakhir

Konsert yang paling agung lagi hebat daripada konsert Ella bakal diadakan pada hujung minggu depan bertempat di tempat yang paling berprestij, Istana Budaya. Siapa yang bermain kau orang tanya? Sudah pastilah band Malaya paling kool, Yang Penting Ru...eh maksud aku Butterfingers. Ini adalah konserto terakhir mereka bersama kerana selepas ini Emmett akan menunaikan umrah di Kanada dan Loque akan ke Boston untuk menonton pasukan NBA kegemarannya Boston Celtics.

Jadi apa yang korang tunggu? Marilah kita bersama2 menggegarkan Istana Budaya dengan memakai tshirt berkolar serta jeans yang tidak Jahilliyah condition dia (protokol pemakaian di Istana Budaya, duh!). Click Read More for details.




(taken from the official site)

Saturday
17/01/09
1996 - 2001 Unplugged
With guest band Bunkface
2:30pm - 4:00pm
RM 35 per entry

Saturday
17/01/09
Mari Hidup Kembali (Sessi Gitar Kapok)
Dengan band jemputan Hujan
8:30pm - 10:00pm
RM 35 per entry

Sunday
18/01/09
Transcendence 10-year Anniversary Rock Out
2:30pm - 4:00pm
RM 35 per entry

Sunday
18/01/09
Mari Hidup Kembali (Sessi Gitar Karan)
8:30pm - 10:00pm
RM 35 per entry

Special package price of RM 120 for all four shows.

Tiket boleh dibeli di:

1) Stesen Bas Kajang.
2) Stesen Komuter UKM.
3) Panggung Wayang baru di Warta Bangi.
4) Istana Budaya dan Istana Menanti Negeri Sembilan.
5) Beli online ah senang di www.ticket2u.biz

Sape nak pegi hubungi ah aku agar kita boleh menuju ke arah kejayaan bersama2. Aku pegi 1st session.

hidup matiiiii muzik bangun tidurrrr muzik!




4 comments:

zatihazira said...

calling for mogwai...mogwai. *penyokong muzik barat tegar*

Mohamad Faizal said...

jom ah join zati buat apa kau agung2 kumpulan dari barat (semangat malaya)

maskawaih said...

anda telah mengingatkan saya tentang novel yang bosan serta perlu dibaca ketika spm dahulu.

Mohamad Faizal said...

skolah aku pakai novel Bukit Kepong lagi beremosi dan sayu

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...