Wednesday, January 21, 2009

Mari Belajar Tajwid (part 2)

Assalamualaikum ya ahli kubur. Eh assalamualaikum para pembaca yang budiman. Hari2 korang menonton My Sister's Hot Friend, mencarut sana sini serta mencuri tulang di pejabat untuk membaca blog aku, tiada rasa penyesalan ke? So hari ini, ana akan memberi sedikit panduan agar hidup kita lebih diberkati. Tempoh hari kita sudah belajar hukum Nun mati, hari ini kita akan belajar hukum Mim mati pula. Jangan korang persoalkan kredibiliti aku kerana aku memang terer tajwid. Dulu masa Sijil Penilaian Rendah Agama (SPRA) tajwid aku dapat jaijidan (bahasa Arab, yang bermaksud, bijak sifir). Kira aku ni macam Ustaz Akhil Baligh Hayy la. Bergaya rawk, macho, boleh tengok wayang sambil berdakwah (gosip sambilan, dia tengok wayang ngan Waheeda, cerita Brain Scan). Baiklah, jika anda mahu menang akademi Al Quran, silalah klik Read More untuk belajar hukum Mim mati.

Hukum Mim mati terbahagi kepada 3:

1) Ikhfa' Syafawi
Ikhfa' Syafawi hanya ada satu huruf, iaitu huruf ba. Apabila mim mati bertemu ba, maka wajib dibaca dengung.

2) Idgham Mislain
Idgham Mislain pun ada satu huruf sahaja iaitu huruf mim. Apabila mim mati bertemu dengan huruf mim dalam dua perkataan, maka korang harus mengidghamkan bunyi mim pertama kepada mim yang kedua.

3) Izhar Syafawi
Huruf2 Izhar Syafawi pula adalah selain daripada dua huruf tadi. Apabila mim mati bertemu dengan huruf2 Izhar Syafawi maka wajiblah dibaca dengan jelas dan nyata tanpa dengung.

So bagaimana? Mudah bukan? Ana harapkan para pembaca semua dapat mengaplikasikan hukum mim mati dalam bacaan korang. Jangan main toron je hukum tajwid semua, berdosa tau. Orait kita jumpa lagi dalam segmen belajar tajwid yang akan datang. Assalamualaikum.

Ustaz Faizal al Kacaki
Microsoft Cerified Tajwid Trainer



4 comments:

Anonymous said...

microsoft certified tajwid trainer.

macam haram.haha!

-siput

Mohamad Faizal said...

kau ni siput sedut ke siput sarawak

Anonymous said...

jai,mad silah towilah ngan mad silah qosiroh ku ingt tak??sia2 je makan ais krim lada ustaz osman..haha..

-shuhud-

Mohamad Faizal said...

usahkan mad silah, mad lazim kalimi musaqqal pun aku boleh huraikan. ustaz riduan la osman tu pakcik yang bawak van sekolah

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...