Sunday, February 15, 2009

Boys Talk

Korang gadis2 jangan ingat korang je ada sesi girls talk bercerita tentang boyfriend, kasut, beg tangan, jonas brothers serta lelaki kiut. Kami sebagai jantan sejati juga ada sesi boys talk. Bezanya dengan gadis2 ialah topik perbincangan kami ternyata lebih menarik daripada beg tangan, lelaki kiut ataupun ketidakstabilan emosi ketika period. No offense ya gadis2. Menjadikan warung mamak, kedai kopi ataupun taman tasik sebagai tempat berkumpul, kami banyak bertukar input dan output yang mostly tidak berguna tetapi ternyata menarik. Sila klik Read More untuk mengetahui apa yang kami bincangkan (geng Bangi khususnya) ketika keluar bersama.

Team Bangi: Aku, Apai, Adam, Jamil, Dazu, Abe, Anas, Ikram, Zul, Ise

1) Mengumpat
Ohh percayalah. Umpatan kami kaum lelaki memang dahsyat dan extreme. Satu umpatan pasti akan menimbulkan fitnah yang berlarutan. Sekali korang terguris hati team Bangi, memang menjadi sumber umpatan la korang. Kes rampasan kuasa pengawas, kes mencabul kelelakian, kes Omega Trend, kes pakcik bapuk bastard Kopitiam Kawan, semuala kami umpatkan.

2) Gadis2 dan masa depan.
Dah semua belalai berkumpul sudah pastila akan cakap pasal gadis2. Gadis yang hot. Gadis yang gemuk. Gadis yang bermisai. Semua akan dihuraikan secara terperinci tanpa ada rasa diskriminasi. Berita terbaru, setelah Adam dan Anas 'terpedaya' sehingga ke alam perkahwinan, Apai dan Jamil (bitch kata nak kawan lambat) bakal menyusul. Memang aku merasa tertekan. Bernafsu serakah tapi tak cukup wang, makruh la kalau aku kahwin.

Topik yang masih hangat ialah tips2 persetubuhan daripada mereka yang telah berkahwin. Kami berpendapat Anas lebih layak memberi ceramah berbanding Adam kerana Anas lebih perpengalaman (hands on approach) manakala Adam pula lebih banyak pengalaman secara visual yang dimuat turun dari Internet. Jangan risau, kami faham situasi kau Adam.

3) Bola sepak
Hampir semua ahli team Bangi meminati bola sepak, jadi Ameerali sering menjadi tempat kami menjadi hooligan secara aman. Perbincangan tentang perpindahan pemain, WAGs, serta kutuk mengutuk antara satu pasukan dengan pasukan yang lain. Kami juga menjadi penganalisis bolasepak menunjukkan kehandalan masing2 dalam permainan Fantasy Football, membuat ramalam siapakah yang patut kita letak sebagai kapten untuk mencapai skor tertinggi dalam perlawanan Liga Inggeris setiap minggu.

4) Isu semasa dan politik
Isu lompat melompat parti, isu peperangan di luar negara, semuanya kami kupas. Kisah2 yang diforward di dalam emel seperti Old Town guna perencah babi terus kami siasat dengan pergi melepak dan makan di sana.

5) Imbasan kisah silam
Kehidupan kita sebagai manusia biasa tentunya mwnggamit seribu satu kenangan manis. Kenangan2 yang buruk pula akan diungkit untuk dijadikan bahan ketawa. Jika sudah berkumpul, antare kisah2 yang pasti akan diungkit adalah:

a) Kisah Ikmar pukul pengawas dan kemudiannya dipukul beramai2 sehingga tak sembahyang jumaat.

b) Kisah Initial D Amir Rashidi (road rage/ditangkap polis/lesen pergigian ahmad shuduh disita)

c) Kisah lakonan kaku Ayob di kelas Bahasa Melayu

d) Kisah percintaan silam yang gagal.

e) Kisah Abe yang pergi ke MRSM taiping pulang ke Bangi, pergi ke Kolej Matrikulasi Melaka pulang ke Bangi, berpeluang untuk ke luar negara but instead sambung belajar di Bangi, sepatutnya posting di Johor tetapi menjadi doktor gigi berhampiran Bangi.

So begitulah secara general boys talk aku. Korang bagaimana? Gadis2 bagaimana? Mungkin kenyataan aku menuduh korang berbincang tentang beg tangan adalah stereotype, jika korang ada berbincang tentang perkara lain, jelaskanlah kepada aku.

p/s: Selamat jalan buat Amir Rashidi @ Apai yang akan berangkat ke Jepun malam ini. Walaupun bermusafir tetapi kami harapkan kau tetap mengingati yang Maha Esa.



11 comments:

z a t i said...

aik? apai pegi jepun?menjanda la mizah sebentar.... *aku tau die bace ni*
girls talk kami biasenye berkisarkan perkare yg ditakuti kaum lelaki seperti kenakalan anak imaginasi...belum wujud tp dh bincang dn stress tentang kenakalan beliau selaku bakal anak...
bincang psl beg tgn mmg ade, tp mungkin hanye 2 menet pertame.gile tkde life ckp psl beg.

Idlan said...

Aku rasa adik aku tu layak ajer korang bagi anugerah Setia Bangi, kerana ke mana pun dia pergi dia balik Bangi juga. Mungkin boleh membawa gelaran Dato' seperti idola pojaan beliau, Shah Rukh Khan.

Oh ya, sejak akhir-akhir ini kawan-kawan aku yang setia berFariz Maju dengan aku sudah mulai belot ke kawasan kau yakni Ameer Ali. Sila keep a lookout dan stare padu sikit.

Akhir kata: jgn lupa undi kawan aku yang bakal mengaircondkan satu Bangi macam London kalau korang undi dia sampai jadi YB.

hUdArLiNg said...

kami bercerita tentang:

1) masa depan termasuk bila bf2 kami nak masuk meminang
2) kisah cinta yang tidak kesampaian
3) makanan yang enak dan harus dicuba
4) mengumpat
5) kisah memori daun keladi silam
6) isu semasa
7) boys
8) pengalaman berumah tangga daripada rakan2 yg dah melaluinya

hahaha. sekian terima kasih.

Mohamad Faizal said...

zati: anak imaginasi.......
HAHAHAHAHAHAAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHa.

err kami pun bincang jugak pasal anak. tapi mostly membuat spekulasi yang anak2 dah besar mesti ikut perangai buruk kita.

akak abe: Setia? kami menggunakan frasa 'manja'

huda: jangan pressure boyfriend suruh masuk meminang kerana kami perlukan lebih masa untuk mengumpul wang (duit abis beli game)

souled out said...

we girls talk about:
1) mamat2 yang diminati dalam diam.. dari gaya rambut hingga ke gaya percakapan
2) cerita2 yg ditonton di tv / wayang etc
3) gosip2 artis dan jugak rakan2 yg dikenali (sape skandal dgn sape.. kantoi dating kat mana etc)
4)mengumpat org2 yg keji

tu jelah kot..

p/s: kem salam kat ikram ye.. hihi

Mohamad Faizal said...

finaz: ikram memang kacak dan kaya. kini dia available jika anda merasakan anda memiliki paras rupa above average, sila hantarkan resume

Anonymous said...

weih jamil dah nak kahwin ke?

adam

Mohamad Faizal said...

adam: begitulah nampaknya. hujung tahun bulan doblas. balikla dam

Dazu said...

garang apehal sume dh nk kawin ni

Mohamad Faizal said...

kau pun patut balik kawen dulu dazrul asyik berdating je di negara orang putih

Dazrul said...

aku mcm ko gak haha makruh kawin xde uwang

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...