Tuesday, February 24, 2009

Kempen Menyokong Artis Tempatan

Entry ini adalah lanjutan dari entry Kempen Makan Makanan Tempatan. Jika korang memiliki poster separuh bogel Chris Brown ataupun ubat ketiak keluaran Jennifer Lopez, mungkin korang harus bertukar produk membeli barangan artis tempatan seperti tudung Ina/Ekin/Huzz ataupun Sikat Rambut Mawi. Ini termasuklah juga dalam pembelian album. Harga sekeping cakera padat artis luar negara paploh ringgit. Artis Malaysia baru RM29. Korang jangan puja sangat artis2 di luar sana. Artis2 kita tidak kurang gahnya baik dari segi paras rupa, kesedapan suara, keketakan dada mahupun tahap keimanan mereka. Analogi yang aku buat antara artis luar dan artis tempatan itu tidak semestinya di bawah satu genre muzik. Semua aspeklah aku bandingkan. Marilah kita sama2 mengetahui siapakah rival artis luar di negara kita dengan mengklik Read More.

Artis luar: Macy Gray
Artis tempatan: Ayu One In a Million
Apa persamaannya antara mereka? Dua2 berwajah jembalang tetapi bersuara unik. Tapi baru2 ini ayu dah pandai mekap ngan pergi salon so Ayu lah menang. Malaysia boleh!

Artis luar: Jonas Brothers
Artis tempatan: KRU
Korang menggemari adik beradik kacak dari Amerika Syarikat? Kamon jejaka bersaudara tanah melayu ini lebih menggiurkan. Lagu2 mereka juga hebat semua boleh menyanyi berlakon mengaji serta menari rap. Yusry SPM dapat pangkat 1 lak tu. Malaysia boleh!


Artis luar: Semua band indon
Artis tempatan: OAG
Ok yang ni memang aku menulis mengikut hawa nafsu. Tapi hakikatnya OAG senang2 je boleh tapau band indon dengan kekoolan mereka. Malaysia boleh!

Artis luar: Metallica
Artis tempatan: XPDC
Korang nak heavy metal? Boleh tiada masalah. XPDC tidak lupa daratan seperti Metallica yang kecoh tak kasi orang download lagu dari Internet. Sebenarnya peminat XPDC ramai yang buta IT tu yang tak reti nak download tu. Apapun, Malaysia boleh!

Artis luar: Kurt Cobain
Artis tempatan: Emmett Butterfingers
Mendengar suara Emmett dan gaya muzik Butterfingers di zaman2 muda mereka, kita pasti akan terfikir "Huiii macam Nirvana memorial park ah". Kurt Cobain sudah meninggal. Emmett hidup lagi. Belilah box set istana budaya Butterfingers jika keluar nanti. Malaysia boleh!



Artis luar: Michael Jackson
Artis tempatan: Jamal Abdillah
King of Pop? Tak heran. Kita pun ada raja segala pop, encik jamal abdillah. Err jangan hisap dadah lagi ye. Malaysia boleh!

Artis luar: Miley Cyrus
Artis tempatan: Elyana
Tamat sahaja menulis entry ini, aku akan dermakan cd Miley aku kat rumah orang tua Seri Kembangan. Malaysia boleh!

Artis luar: Joe Satriani
Artis tempatan: Hillary (gitaris Search/Cromok)
Kau ingat si joe tu terer sangat ke menggoreng gitar. Hillary ni kau bagi dia lagu keroncong pun dia boleh goreng. Buat nasi goreng kampung pun dia terer (jenaka sampingan). Malaysia boleh!

Artis luar: Spice Girls
Artis tempatan: Feminin
Kepopularitian kedua2 girl band ini meletup satu masa dahulu kemudian lenyap. Victoria dapat kahwin pemain bolasepak kacak David Beckham? Kecohla As Feminin dapat kahwin Azman Adnan, penyerang pasukan Selangor yang separa merbahaya satu masa dahulu. Err tapi mana nak carik cd feminin ha? Anyway, Malaysia boleh!



Artis luar: Eminem
Artis tempatan: Altimet
Korang jangan ingat Eminem ni sorang je rapper kulit tak hitam yang hebat. Altimet ni memang hebat kau beri saja dia satu frasa dia pasti dapat mencari ritmanya. Malaysia boleh!

Artis luar: Semua penyanyi RnB kulit hitam
Artis tempatan: Reshmonu
Korang tahu tak Reshmonu tiada anu (saje nak tunjuk terer aku ryhmekan dia) telah mengeluarkan sebuah album melayu penuh? Hebat, Malaysia boleh!

Artis luar: Kelly Cheng
Artis tempatan: Suki
Aku minat gila satu lagu suki Usah tu tet tet tet jawab telefon pun kau tak mahuuuu. Apa? Korang tak kenal Kelly Chen? Memangla dia tidak bergambar bogel bersama Edison Chen. Itu Gillian Chung. Ke Elizabeth Wong? Tahla aku pun tak tahu. Malaysia boleh!

Lain2 (mesej dalam kurungan ialah perbandingan yang dibuat):

Artis luar: Arctic Monkey
Artis tempatan: Dance to the radio
(genre muzik)

Artis luar: Sum 41
Artis tempatan: Bunkface
(genre muzik)

Artis luar: Avril Lavigne
Artis tempatan: Abot
(gaya rambut)

Artis luar: Fantasia Barrino
Artis tempatan: Jaclyn Victor
(kehebatan suara)

Artis luar: Ryan Cabrera
Artis tempatan: Mohamad Faizal
(kekiutan dan suara)

Banyak lagi sebenarnya. Korang tolong tambahkan boleh?

Malaysia boleh!



7 comments:

hUdArLiNg said...

Artis luar: Ryan Cabrera
Artis tempatan: Mohamad Faizal
(kekiutan dan suara)


???????????????????????????? *menjadi tanda tanya*

NUR ZIHAN NASZERI said...

aris luar:britney spears
artis tempatan:datuk ct nurhaliza
ct lagi best..err..tapi ct tak try botak lagi..n baru kawen sorang (datuk k)

Mohamad Faizal said...

huda: tunggulah saya popular memang tanak kasik autograf la kat anda

nur zihan naszeri: usahkan siti nurhaliza, siti sarah pun lebih mulia daripada britney spears walaupun hidungnya seperti pelepah kelapa

z a t i said...

sile marah aku. aku kurang kebanyakan gemar buatan tempatan dr segi music dn film walau penggemar tegar tempoyak dan sambal belacan.

cume aku rase lagu mentera semerah padi M nasir (yg ori) ade sikit2 kuality depeche mode. ke aku sedang berhalusinasi?so.. kire M nasir dan butterfingers aku agak gemar bg kategori mainstream tempatan.
tp aku marah bile emmet ke kadak tah kate diorg nak bawak genre electronic tp masih belum dpt diterime di Malaysia. sesungguhnye beliau salah..oh, aku lg suke butter skng berbanding dulu.sudah banyak matang.

*apsal aku tibe2 buat music review kt sini?nk tunjuk bagus r tu*

ha ha ha

Mohamad Faizal said...

jika kau benar2 bagus, siapakah nama pengacara Asia Bagus yang jepun tu?

peminat Sally said...

boleh tak nak menyampuk jugak,
omputih: chris brown vs rihanna
kt sini: anak usop haslam ngan diana danielle


kelas nyah!! artis kita tahap omputih gitu..

Anonymous said...

jika kau benar2 bagus, siapakah nama pengacara Asia Bagus yang jepun tu?

aku agak tomoko

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...