Thursday, February 12, 2009

Perkara2 Yang Boleh Dilakukan di Bangi tetapi Tidak di Kuala Lumpur

Kuala Lumpur adalah bandaraya durjana. Penuh dengan hiruk pikuk, hingar bingar, kacau bilau, porak peranda, haru biru serta gundah gulana. Aku tidak suka, tapi terpaksa. Banyak perkara yang aku bebas lakukan di Bangi yang tercinta, tetapi tidak di Kuala Lumpur. Antaranya:

1) Memecut ketika melihat lampu isyarat kuning menyala.

2) Breakfast, lunch dan dinner dengan hanya sepuluh ringgit.

3) Melihat kambing meragut rumput.

4) Menunggang motosikal tanpa helmet.

5) Memakai selipar jamban ke pusat membeli belah tanpa dipandang serong.

6) Menonton wayang dengan harga tiket 6 ringgit setiap masa.

7) Berjalan seorang diri tanpa perlu risau kena pau oleh penjahat/homeless person/orang yang baru keluar penjara/orang yang baru lepas dipau/dan macam2la situasi mereka. Eshol.

Ada lagi. Sila klik Read More.

8) Melintas jalan tanpa menggunakan jejantas (takde jejantas pun).

9) Pergi Ameerali

10) Menghirup udara segar dan nyaman.

11) Makan burger abang Ropi depan 7-11 yang membuatkan korang ketagih.

12) Memandu dengan tenang tanpa perlu mengeluarkan kata2 kesat.

13) Memberi salam kepada orang yang tidak dikenali (cubalah korang bagi salam di KL tengok apa reaksi)

14) Pakai kain pelekat pergi ke kedai makan.

15) Di Bangi korang pasti akan pergi semayang jumaat dan berpuasa penuh.

Bandar Baru Bangi is the best. Jika korang setuju katakan ho. Jika ada benda yang ingin ditambah, silakan. Assalamualaikum.



22 comments:

Anonymous said...

ho!

adam

syam said...

'ho 'ho 'ho

Anonymous said...

ho
meh aku tambah..

1. kat bangi boleh tengok wayang tanpa beratur beli tiket

2. kat bangi je tiket wayang dia macam tiket bas

-shuhud-

Idlan said...

Suduh, kau salah. Kat Lancaster pun tiket wayang dia macam tiket bas. Tapi kat Colchester tiket bas dia macam tiket wayang.

Idlan said...

Alamak lupa nak cakap:

HO!

mims said...

HO!

kau camp ameer ali eh.

16. boleh drive thru kat alfariz. ada brader ni lagi hebat, order dari dalam kete dan makan dine-in dlm kete dia, pastu panggil mamak amik balik pinggan. kl mana ada.

17. diorati oleh mamak2 alfariz. instant boost to your ego.

17. pakai kaftan pegi warta.

18. main layang2 kat tasik cempaka.

19. beratur 45 minit kat drive thru mcd bangi yg baru tu, masa yg cukup untuk membaca menu dan decide nak makan apa.

20. tengok bola sambil berdiri kat alfariz sebab meja dah penuh kalau big games.

Mohamad Faizal said...

Team Bangi: HO!

Anonymous said...

kat bangi boleh u-turn sesuka hati, reverse sesuka hati. kat seksyen 8 tu pun org boleh parking sesuka hati..mana ada polis nk saman benda2 tu!

tapi this cancel out 12) Memandu dengan tenang tanpa perlu mengeluarkan kata2 kesat.

HO anyway!

-AeM-

ilisaurus said...

HO! aku tengok wayang masuk free je sbb takde orang jaga tiket. heeeheeee

jayen said...

HO! HO!

Omecool20 said...

Ho!!! :-) Bangi rules !

Lady Gee said...

ho ho ho!

burger abg ropi tiada tandingannya...

21) melihat bilangan pengunjung pasar malam seksyen 1 (dkt shell) hari selasa dan sabtu sama banyak atau lebih byk drpd pengunjung mega sale SOGO...

Anonymous said...

22) rakyat berbilang kaum,pelbagai anutan agama dan ideologi politik di pasar mlm petronas fasa4

23) bole baring kat roundabout ukm kol2pg onwards (sila bgn sebelum kol5.45 ye kelak buruk padahnye)

24) bole men futsal pastuh blk cepat2 lari dari sesi pembayaran (applicable sebulan sekali je ye..)

25) bole tgk final champ league kat amerali mcm kat stadium wo..

26) bole men bola kat stad ukm dan belagak seperti dah book padang sambil usya2 freshie ukm

27) bole sertai gerakan gerila berhaluan kiri di surau an-nurr

28) bole pakai boxer je gi 7e or kayatri tanpa dicaruti pekerja premis

29) bole drive thru kat kj maju fasa 1 (tapi kene ade sticker VIP mcm kt mcd la)

30) bole tgk fuyo magic kat taman tasik cempaka (kete banyak tp org kt taman xde plk....ehem..ehem...)

HO!

AkuApai~

Mohamad Faizal said...

aem, ilisaurus, jayen, omecool20,lady gee: HO!

apai: malam hari kekasih ni kita lepak di tasik cempaka melihat mereka membuat fuyo magic mungkin bole masuk youtube skali

Anonymous said...

Ho! jugak..setelah beberapa tahun aku bermastautin di bangi, skrg da pindah kl tp aku sgt rindukan bangi..jgn terkejut jika aku mungkin membeli rumah dan berjiran dgn ko dibangi faizal haha

zarul

Anonymous said...

HO! hahaha.. Bandar Baru Bangi tempat terindah dan selamat untuk diduduki. =D

-diha

z a t i said...

*org tak bangi takut nak memberi komen menghine, tp nak jugak ckp*

bangi manyak indon.

*zasss.lari laju2*

Mohamad Faizal said...

arul: besh gila kalau kau jiran aku boleh kita bincang tentang percintaan macam dulu2

diha: kau jiran aku ke? ho

zati: seri kembangan banyak orang nepal. menjadi jiran kau lagi. patutla accent dan gaya berpakaian kau skarang cam diorang

Anonymous said...

erk.. tak pasti. tp aku di kawasan 4/5F.

-diha

bbbian said...
This comment has been removed by the author.
bbbian said...

Yang pasti cuaca BBB sekarang lebih panas as compare to 20 years dulu..:( Masa tu hanya ada kehijauan dan tiada Putrajaya. Hijaukan Bangi..Hidup HIJAU!

Anonymous said...

ups sorry delete plz [url=http://duhum.com].[/url]

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...